Walaupun Blackie aku x seglamour Rado yang dibangga-banggakan oleh ramai sangat orang sampai jalan pun x jejak tanah, tgk jam pun sampai selak lengan baju sampai siku just utk tgk jam. Apa ke peliknya cara nk tgk jam. Tapi tu lantak diaorg la. Yang aku amat kisahkan sangat ni cara orang yang pakai jam tu menghargai masa. Apa guna pakai jam mahal2 tapi tak tahu menghargai masa. Tak malu ke (Emo sikit). Sepanjang aku hidup ni aku boleh bilang ngan jari aku berapa orang yg betul2 menghargai masa dan menepati masa yang lain haram nak tepati masa.
Kalau takat lewat 30 minit tu aku leh la lagi nk consider tp kalau da melebih2 melampau la kan. Usahkan masa orang lain nak hormat, masa utk diri sendiri pun confirm hancur gak tu. Tu baru masa belum tang benda lain. Emm post kali ni nk citer la sikit pasal ragam manusia ni. Mmg kadang kala ada certain thing yang menyebabkan kite lewat tapi tak bermakna tu menjadi alasan utk terus lewat dan buat alasan. Nak cakap kang sensitif plak orang2 nih. Tak faham betul. Ni baru kat Malaysia. Kalau keje kat overseas buat perangai endah tak endah ngan masa habislah kerjaya. Hancur.
Masing-masing dianugerahkan otak dan akal fikiran. Masing-masing perlu ada kesedaran before mereka berubah. Tapi mostly hanya akan berubah bile diri mereka ni tak selesa ngan keadaan mereka. Tapi tang masa ni aku boleh confirm la ramai yang tak boleh uruskan masa dengan cekap. Aku tak ckp yang aku ni cekap tapi at least aku cuba utk menggunakan masa aku secara berkesan dan aku nampak ke mana aku abiskan masa aku sehari-hari. Aktiviti apa yang aku lakukan. Jadi aku tak de la rasa bersalah.. Bagi sesetengah orang tu ckp je MASA ITU EMAS tapi sebenarnya masa diaorg Emas pun. Maaflah, bukan nak mengutuk tapi daripada pengalaman hidup dan dari apa yang aku lihat. Bukan ckp pakai hembus tapi apa yang aku lihat. Dapat buat comparison lagi..
Thank you Lurviey sebab kembalikan Blackie nih... Selamat Kembali Blackie.
P/S: Entri seterusnya berkenaan dengan masa lagi dan aku tidak akan pernah jemu untuk berbicara tentang MASA. MASA itu lebih bernilai daripada EMAS. Walaupun sesiapa yang mempunyai duit yang berjuta-juta anda tidak dapat membeli masa kerana masa berlalu pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi.










2 comments:
nice entri :) semahal mana jam yang kita pakai, masa tu lebih bernilai dari segala-galanya. :)
yes exactly... :)
Post a Comment