More Links

Tuesday, November 30, 2010

Sand Therapy Day at TTDI

Salam Semua

Ari ni aku nak bercakap ttg Sand Therapy atau terapi pasir. Apa tu terapi pasir? Pernah dgr tapi tak thu apa tujuannya...Khamis minggu lepas buat pertama kalinya aku mendapat pengalaman mengikuti sesi terapi pasir ni. Masa tu pergi kat rumah lecturer aku yang bertempat di Kondo TTDI. Kondo tu lecturer aku mmg gunakan untuk sesi terapi pasir kat klien. Mmg cantik sgt2 tempat nya.. Apapun nanti aku akan jelaskan lagi.

Apa tu sand therapy??

"Sand therapy is a process of creative expression using trays of sand and miniature objects to create the many worlds of your inner reality. The sandtray act as mirrors in which you can see and heal the burdens, issues and conflicts of your inner life, connect to the longings of your soul, and see the beauty and power of your true self."

Skang da tahu kan sikit-sikit berkenaan ngan apa. Hebat kan.. Kat bawah ni aku punyer tray and hasil aku la. At first aku mmg tak tahu pun nak buat pasal apa. Each tray ada tema yang tersendiri. Tapi bagi aku tema utk tray aku ni adalah FUTURE.



Bertemakan Future


Di sebabkan akhir-akhir ni aku banyak berfikirkan ttg masa depan aku hingga buat aku stress akhirnya ni la hasilnya. Tentang keluarga aku masa hadapan. Aku tinggal di rumah yang cukup selesa, penuh dengan ketenangan, dalam zon yang selamat, dan mempunyai suami yang sangat penyayang,bertanggungjawab dan memahami aku. Kalau korang dapat lihat bintang kat atas tu actually refer to bintang kat langit yang mana aku mmg suka tgk bintang waktu malam. So masa sesi tu terapis ada tanya bile aku tgk bintang siapa yang ada ngan aku masa tu. Then aku jawab my lover. Then .... Further ques. Lagipun aku bukan klien yang sebenar pun. Just untuk bagi pendedahan awal kepada kami sebagai bakal kaunselor yang mungkin akan menggunakan kaedah ni untuk merawat klien nanti.


Ni plak lebih kepada fantasi dan simbol kehidupan aku. Kenapa banyak sangat rama-rama kat situ?? Sebabnya aku ni mahukan kebebasan. Kebebasan dari aspek kewangan terutamanya. Ye la bile da ada wang aku boleh buat apa yang aku nak and boleh beli apa yang aku suka and pergi kat mana yang aku nak. Aku pun nak tolong keluarga aku. Mmg betul duit tak memberi makna apa-apa. Tapi bagi orang yang berduit mmg la ckp mcam tu sbb mungkin diaorg da dapat apa dorang nak kan. Diamond biru tu plak refer to masa aku. Seperti yang y'all tahu aku ni mmg sangat obsess ngan masa aku. Kadang tu sebab masa aku boleh gaduh ngan orang.. Then kek coklat tu plak melambangkan aku yang suka makan kek coklat and suka buat kek. So mungkin dalam masa yang terdekat ni aku nak belajar buat byk lagi kek. Then high heels tu plak adalah kehidupan masa depan aku. Mmg aku suka sgt2 pakai high heels and ianya simbolik kepada makin tinggi heels tu makin tinggi la cabaran aku dalam kehidupan dan makin sakit aku rasakan sebab heels tu makin perit la aku dalam hadapi cabaran tu. Aku gak nak ada satu bilik utk high heels and handbag. Tu macam kepuasan bagi aku. Kamera tu plak adalah kerana lately ni aku suka amik gmbr.

Cantik tak??





Alatan yang digunakan untuk sand therapy ini memakan kos sebanyak RM60,000.. Macam-macam bentuk and tema yang ada. Cantik plak tu..


Aku ngan tray aku. Tak sempat amik byk2. Ni pun amik sendiri. :P

Ni aku ngan member-member and ngan Queen (lecturer). Queen banyak mengajar aku tentang kreativiti.



Naa.. ni sapa lagi. Lurviey aku la. Kenapa mata bulat mcam tu.. Sebab ngantuk lagi kot. Aku suh Lurviey antar aku kat kampus. Thanks honey..

Terima kasih kepada Leong Kit Yen kerana menumpangkan aku ke TTDI.Anway rasa happy got new experience. Wish that one day aku pun jadi kaunselor yang gunakan sand therapy.

P/S: PELUAHAN DALAM SESI TERAPI PASIR TU MENYENTUH EMOSI MANUSIA DAN IANYA KADANG KALA MENUNJUKKAN UNFINISHED BUSINESS DALAM KEHIDUPAN KITA YANG PERLU DISELESAIKAN.

Monday, November 29, 2010

GIGIT KUKU JARI

Salam Semua...

Baru abis exam blogging jap before sambung balik utk paper sok...

Ok la ari ni nyer entri pasal orang yang suka gigit kuku jari nih.. Mesti korang pernah tgk member-member korang ke sedara korang ke yang suka gigit kuku jari ni. And if korang perasan kuku diaorg ni sentiasa pendek tapi nampak sgt macam kering sbb nye kesan air liur tu.




Mengigit kuku adalah kebiasaan yang sangat umum dan kebanyakkannya bukan sahaja mempengaruhi kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Keadaan ini memanifestasikan bahawa seseorang yang mengigit kuku itu berasa dalam keadaan kegelisahan, tertekan dan bosan. Hal ini boleh menjadi tanda kepada gangguan mental atau emosi.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa:

28%-33% daripada kanak-kanak yang berumur 7-10 thn mengigit kuku
44% di kalangan remaja
19% hingga 29% dari orang dewasa muda
5% dari orang dewasa tua.


Suka ke Kuku Macam ni??





Dengan mengigit kuku dapat menghakis gigi dan ini akan menyebakan masalah gigi seperti yang ditunjukkan di atas..Korang nak ke gigi korang macam ni. Kalau tak nak cepat2 la berhenti mengigit kuku anda tu yer... Banyak cara yang boleh membantu anda yang ada habit mengigit kuku ni. Antaranya behaviour therapy. Ia memang berkesan. Apa yang penting adalah keinginan dan kesedaran anda untuk mengubah habit anda yang buruk yang merosakkan penampilan anda..


P/S: MUKA CANTIK/HANDSOME TAPI KUKU JARI???? FIKIR-FIKIR KAN LAH

Sunday, November 28, 2010

Cara Wanita dikhatankan..

Salam Semua..

Emm sempena musim cuti sekolah ni mesti ramai lelaki yang berkhatan. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Kali ni nak cerita pasal wanita yang berkhatan plak. Mungkin ada yang tidak ambil tahu sejauh manakah wanita berkhatan dan bagaimana wanita tu dikhatankan. So, kali ni aku nak share la serba sedikit maklumat yang aku baca dan mungkin ada orang yang tak terbaca ttg ni.

Tujuan bersunat adalah untuk menjaga kebersihan dan juga kesihatan batin. Menurut petua orang lama, berkhatan ni dapat memelihara diri daripada mendapat penyakit.

Menurut Nikmah Suhaidi,49 tahun seorang pengamal perbidanan tradisional menyatakan bahawa berkhatan merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti.

Selain bayi, Nikmah juga turut menyunatkan wanita dewasa, bukan sahaja wanita yang baru memeluk islam bahkan ada wanita Melayu yang tidak pernah disunatkan.

Berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap lelaki dan menurut pengalaman Nikmah, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka.

Bagi bayi perempuan, lazimnya akan disunatkan ketika masih kecil selepas beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.



Cara Wanita dikhatankan.

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan."




 
Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 cm) dan alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa. Kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

Kain putih biasanya akan disediakan oleh pihak yang ingin dikhatankan dan bagi bayi perempuan kain yang diperlukan ialah satu meter dan bagi wanita dewasa pula ialah dua meter.

Kain putih digunakan untuk mengalas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. Bagi wanita dewasa pula, kain putih turut digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam.

Naa... sekarang da tahu kan bagaimana proses perempuan/wanita dikhatankan... Mungkin tak ramai ambil berat tentang ni dan mungkin ada juga yang tak tahu pun pasal ni sehingga ada yang memandang remeh perkara sebegini.

SUMBER: KOSMO

P/S: SEMOGA IANYA DAPAT MENAMBAHKAN ILMU BAGI SESETENGAH PIHAK YANG TIDAK PERNAH MENGETAHUI CARA BAYI PEREMPUAN/WANITA DIKHATANKAN.

Friday, November 26, 2010

REVIEW BASIC INSTINT 1

Salam Semua...
Haa.. korang nampak cover citer basic instint kat bawah tue.. Cover pun perghh... Citer lagi la... Haha.. Before korang judge aku jom tgk baca sinopsis basic instint ni.






Sinopsis.

Basic Instinct merupakan thriller erotik Amerika pada tahun 1992 yang telah diarahkan oleh Paul Verhoeven dan ditulis oleh Joe Eszterhas, dan dibintangi Sharon Stone dan Michael Douglas.


Filem ini berkisar tentang Detektif  Nick Curran (Douglas), yang sedang menyiasat kes pembunuhan kejam seorang bekas bintang rock kaya. Penulis yang manipulatif dan mempunyai daya tarikan, Catherine Tramell (Stone) terlibat dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Detektif Curran. Filem ini banyak berkisar berkenaan bagaimana seseorang itu menggunakan instint dalam membuat prediction.

Basic Instint banyak menimbulkan kontroversi kerana isu seksualiti yang ditayangkan secara terbuka di dalam filem ini. Filem ini juga banyak mendapat kritikan berkenaan penggambaran seorang wanita biseksual sebagai pembunuh psikopath

Pengalaman aku.

Tgk movie ni mmg syok.. Aku mmg suka citer thriller ni. Masa mula-mula beli ni aku tak tahu pun yang filem ni ada aksi ganas yang tidak sesuai ditonton oleh mereka di bawah umur. Aku beli ni pun sebab ada related ngan psikologi dan filem yang berkaitan dengan pembunuhan mmg aku suka. So mmg tak rugi pun if tgk citer ni. Jangan salah sangka. Sebenarnya ianya banyak memberi pengajaran dalam cerita ni.

"Trust your basic instint"


P/S: SESAPA NAK TGK FILEM NI PERLU ADA KEKUATAN SBB CARA PEMBUNUHAN MMG KEJAM DAN BANYAK AKSI-AKSI YANG MUNGKIN SESETENGAH WANITA TAK SANGGUP NAK TGK. 

Good Luck!!!

Salam Semua...

Emm... ari ni first paper aku "Addiction Counseling".. Pada saat ni aku masih tidak melelapkan mata aku angkara diri aku yang baru study last minute ni. What happen to me...Tak pernah terjadi aku study last minit cam minit. Emm.. Apapun aku nk tido after abis exam nanti la.. Now baru je abis study jap. Then update blog la jap... Byk nk update tp tak sempat sbb otak pening nak faham pasal dadah. Nampak mudah tp bukan semudah yang disangka.



Apapun gd luck utk diri aku yang study last2 minit. Gd luck jugak utk Lurviey aku. Sama-sama first paper ari ni. Cuma tmpt exam n masa je lain.. Paper pun lain. Emm.. Aku nak sambung study balik before aku celaru masa jawab paper tu nanti...

Tuesday, November 23, 2010

Exam Bermula!!!!

Salam semua...

Semalam Exam da bermula... Tapi first paper aku jumaat nih. Fuhh... Macam tak caya je da masuk minggu exam. Tak rasa pressure langsung nih. Biasanya da pressure tahap apa pun aku tak tahu, Tapi sem ni mcam relax jer.. Adoii... Parah ni. Bukan sebab da banyak ilmu di dada tapi aku sendiri pun tak tahu kali ni relax je. Minggu study week goyang kaki and lebih fokus pada assignment yang stuck tak gerak-gerak...

Apa nak jadi ngan aku nih. Sem lepas tmpt aku study kiranye corner aku study much more better than this semester. Sem ni tak berkesempatan utk menghiasi study corner aku sbb busy yang melampau. Ari sabtu pun ada program. Mana ada masa. If ada kat bilik pun time utk rest and buat keje sikit.

Sem ni tak pergi jumpa Mr.Robinson. Setiap sem before exam aku akan jumpa die la kejap.. At least dua tiga kali jugak la. Sebab dapat motivasi free if jumpa Mr.Robs ni. Lima paper sem ni tapi dua paper je kat exam hall yang lain semua kat Fac. Boring nyer.

Drug Addiction
Gestalt Therapy
Professional Issues and Ethic in Counseling and Psychology
Individual Assessment
Information Services and Dev in Career Counseling

ni la study corner aku yg tak seberapa indah compare ngan last sem punye.


ni study corner aku last sem.

Tapi bagi aku last sem punye lagi better than this semester. Tapi apapun tak kisah la as long as selesa nak study sebab aku ni suka study kat meja. Tak suka study kat katil. Kang bukan aku yang study.. Buku yang study aku. So bila da jadi macam tu hancus berkecai ler.. Anyway now bru dpt mood nak study sikit. Nanti da xde masa nak study sbb ada benda lain yang nak kena buat khamis ni. Jumaat da exam.


P/S:SEMOGA RESULT EXAM SEM NI LEBIH BAIK DR LAST SEM. AMIN...

Kerana Cinta itu BUTA

Salam Semua....

Okay.. Kali ni entri aku pasal cinta... Tahukah anda bahawa "KERANA CINTA WANITA MENDERITA DALAM DIAM??" Sukar untuk didefinisikan apa itu cinta kerana setiap orang mempunyai definisi dan pandangan yang berbeza tentang cinta.

Mengikut perspektif Islam, cinta adalah unsur suci yang berasaskan fitrah. Cinta, baik kepada Pencipta insan tersayang, keluarga atau sesama manusia perlu dibaja supaya terus subur dengan kasih sayang.

Jom kita tgk senario di bawah berkenaan dengan cinta.

Senario 1
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu. Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30 Ulu Yam Lama di Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Februari lalu. Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, di dakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak  perut mangsa, bagaimanapun, ibu kanak-kanak malang itu tetap menaruh perasaan sayang terhadap teman lelakinya itu, malah mendakwa teman lelakinya itu sangat sayangkan anaknya.





Senario 2
"Walaupun dia ditahan atas kesalahan menagih dadah, saya tetap menyayangi dan menghormatinya sebagai suami" itu luahan Wook Kundor, 108 tahun, dipercayai wanita tertua di Malaysia terhadap suaminya, Mohd Che Musa, 38 yang kembali ke pangkuannya selepas di bebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut. Baginya, kasih sayang terhadap suami tidak penah pudar,sebaliknya semakin menebal sebaik melihat wajah yang jarang ditemuinya, sejak lebih setahun. Wook mengakui pernah melawat Mohd Noor lima kali sejak suaminya ditahan di PUSPEN. Biarpun mahu kerap berjumpa, jarak yang terlalu jauh dan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan menjadikan dirinya pasrah menunggu sehingga hari pembebasan suaminya. "Kini, suaminya kembali ke pangkuan saya dan saya berharap rumah tangga akan bahagia hingga ke akhir hayat". Isteri mana yang tidak gembira apabila dapat bertemu dengan suami tercinta. Walaupun kita ditinggalkan selama setahun, kasih sayang kita tidak pernah sama sekali luntur," katanya.


Senario 3

Penerima pemindahan wajah pertama di Amerika Syarikat, Connie Culp, menderita rosak wajah akibat ditembak tepat dimuka oleh suaminya pada 2004. Selama bertahun-tahun, Connie menjalani hidup dengan wajah cacat. Connie setiap hari selama bertahun-tahun menghadapi reaksi masyarakat, terutama kanak-kanak yang takut dek wajahnya, termasuk anak-anaknya sendiri. Dia menjalani pembedahan pemindahan wajah yang berlangsung selama 22 jam, tahun lalu. Bagaimanapun, Culp mengejutkan penonton apabila mengeluarkan kenyataan masih menyintai suaminya dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen. Alasannya, suaminya itulah cinta pertamanya. Malah beliau sanggup menunggu suaminya, Thomas G Tom Culp keluar dari penjara. Anaknya sendiri mengkritik 'kemaafan' diluahkan ibunya yang disifatkan tidak masuk akal.


 Wajah Connie sebelum dan selepas pembedahan


Kerana cinta ramai yang menjadi BUTA. Cinta seharusnya indah, namun ada wanita yang tegar mempertahankan cinta walaupun mereka hakikatnya menderita.Tiga senario yang dipaparkan adalah antara kisah cinta wanita yang mendalam terhadap pasangan sekali pun ramai melihat pasangan mereka tidak layak mendapatkan cinta mereka.

________________________________________________________________________________ 
CELIK CINTA


Statistik Jabatan Pembangunan Wanita mencatatkan kes keganasan wanita yang mendapat perkhidmatan kaunseling pada 2008 ialah 957 kes. Jumlah itu meningkat kepada 1633 pada 2009 dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini 1008 kes sudah dilaporkan.

Wanita harus diberi pendidikan dan kesedaran sewajarnya berhubung cinta dihati mereka dan perlu sedar mereka mempunyai hak mempertahankan diri dari segi undang-undang jika didera atau dikasari pasangan.
Penderaan bukan dalam bentuk fizikal semata-mata, sebaliknya ada dalam bentuk emosi dan psikologi, lazimnya dilakukan lelaki yang menganggap wanita tidak setaraf dan lemah hingga boleh diperlakukan sesuka hati.Penderaan emosi, boleh menyebabkan wanita berada dalam keadaan trauma dan sentiasa murung dan boleh menyebabkan gangguan mental.

________________________________________________________________________________



Renung-renungkanlah. Mungkin tak berlaku pada anda tapi berlaku kepada kenalan anda atau saudara mara anda. Berfikir secara rasional dan jangan menjadi hamba cinta.

P/S: KEHIDUPAN YANG SEMAKIN COMPLICATED. MANUSIA SEHARUSNYA BIJAK BERFIKIR BIJAK BERTINDAK DAN TAHU BAGAIMANA UTK MENDAPATKAN PERTOLONGAN SEKIRANYA TIDAK MAMPU UTK SELESAIKAN. :)

















Warna Warni Kehidupan.

Salam Semua....

Emm akhirnya pagi td sampai jugak kat KL. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tak de apa yg buruk happen. Cuma aku je rasa pening macam mabuk.. Kejap je seminggu kat rumah then da balik KL semula. Banyak benda yang perlu disettle kan... Emm.. begitulah kehidupan macam-macam benda yang nk kena buat.. dengan pelbagai perasaan...

EXAM + THESIS + ASSIGNMENT= PRESSURE

Sampai KL je Lurviey aku yg datang amik.. Ngee... Happy nyer dapat jumpa lagi. After seminggu tak jumpa then ari dapat jumpa balik. Then pergi sarapan.. Da lama tak sarapan sama2...  Then balik kolej check in then rest... After rest keluar lepak and borak2 tentang masa depan dan byk lagi perkara2 lain yang perlu disettlekan.. Aku pun semakin berdebar-debar memikirkan bagaimana masa depan aku nnti...

P/S: DA DPT BUKAK BLOG TETIBA BLUR NK POST ENTRI APA. WISH ME LUCK... :)

Thursday, November 11, 2010

Aku "Melankolik"

Salam Semua..

Beginilah perasaan aku ketika ini. Mau menangis meraung-raung tak ingat dunia.







5 jam kemudian aku akan naik bas n pulang ke kampung. Aku rasa nak nangis sbb akan berpisah ngn Lurviey aku buat sementara waktu (seminggu je, tp rasa mcm lama) Daily we spent time together, jumpa, ckp2 so bile x jumpa sehari akan rasa mcm lain la.. So bila balik ni pun dapat contact by phone je. Tapi dlm hati ada la rasa gembira sbb jumpa keluarga.. Aku syg keluarga aku.. Sapa ckp aku x syg. Bile nk balik sini aku plak yg berperasaan mcm skang kt keluarga.. I'm STUCK!!!.  








Beruk aku buat hal plak. Masuk aku berukband ( broadband) aku. Ye la hal nye aku tak byr bil. Tgk la nnti macam mana if rajin bayar if x mmg tak online la seminggu. So blog ni pun x update la seminggu..

apapun dalam cuti seminggu ni aku nak siapkan keje yg still x siap2 and also siapkan edit thesis aku balik. Letih tuhan je la yg tahu. Penat otak aku sem ni. Tapi tak pe la...

P/S: HONEY, I MISS OUR MOMENT YESTERDAY AND NYANYI LAGU DLM KETE. SEE U AFTER ONE WEEKS. PLEASE TKE CRE N JAGA KESIHATAN..

Kasut Kulit Babi

Salam Semua...

"AHH.... Selesanyer pakai kasut kulit ni.. Lembut sgt2..Jalan macam tak jejak bumi (erkk... maksud aku lembut sgt smpi pijak bumi yg kasar ni x terasa ibarat naik BMW la pecut laju pun tak terasa.. "


Entri kali ni just nk memberi peringatan sebelum membeli kasut kulit. Tak salah ingat mengingati kan  Semalam post aku pasal high heels... Ye la aku salah seorang penggemar high heels tapi tak berkesempatan nak shopping banyak2.. So after siap post tu tetiba ingat lak pada ex-rumet aku dulu.


One day die balik then check kasut die then die cakap kasut tu daripada kulit babi (B). Agak kasarkah aku cakap tuh.. Apapun aku mintak maaf la if mcm kasar. Emm.. berbalik pada kisah kasut kulit ni. Sebenarnya ramai yang tak tahu mungkin ada yang di beli tu diperbuat daripada kulit B. Jadi adalah penting untuk para pembeli before beli tu check dlu kulit kasut tu macam mana. Tak susah pun nak check.


Kalau kita tgk kasut yang diperbuat daripada kulit B ni ada tiga titik dalam satu tompok. So jika korang beli kasut then nampak ada tiga titik satu tompok TOLONG JANGAN BELI ( bagi orang ISLAM) sebab tu adalah kulit B. Biasanya kasut yang diperbuat daripada kulit B ni adalah sangat murah jika dibandingkan dengan kasut kulit yang diperbuat daripada kulit binatang yang lain. Selain tu kulit B ni dipasang di dalam bahagian kasut sebab dia lembut dan paling banyak pada kasut kanak-kanak perempuan dan juga kasut wanita. Bagi wanita suka shopping time mega sale tu please take note sebab biasanya yang murah terlampau ni biasanya kasut yang diperbuat daripada kulit B. Tapi tak semestinya jugak. Apa yang penting anda check la ek. Dekat handbag jugak perlu dicheck. Namun, awas untuk kaum lelaki coz mungkin kasut atau sandal yang anda pakai tu ada yang diperbuat daripada kulit B. Tak salah kalau kita check. Cegah sebelum kena.


Kasut daripada kulit B banyak terdapat di :

1. PERANGIN MALL
2. BUKIT JAMBUL
3. GURNEY PLAZA
4. KOMTAR
5. SUNSHINE
6. GAMA
7. PACIFIC
8. SOGO
9. QUEENSBAY

Mesti ramai yang suka shopping ni kan lagi2 kat SOGO tu selalu je ada MEGASALE. Harga Runtuh semua rambang mata tapi ingat jgn rambang mata sampai tersalah beli dan tertipu..

ni la tiga titik satu tompok yang aku ckp tadi. Mungkin benda ni ada yg da tahu dan masih ramai yang belum tahu dan tak amik berat pun ttg apa yang dorang pakai.








Jadi korang da pun tgk mcm mana nak kenal kasut kulit yang diperbuat daripada kulit B ni kan. So apa lagi g la check. Mana la tau ada ke. Aku da check da ksut aku. Bebas.. :)

Sumber: Laman Emjay.
P/S: APA YG PATUT KITA LAKUKAN UNTUK MEMBENDUNG PENJUALAN KASUT KULIT B NI. NAK ASINGKAN KE?? BAGUS JUGAK KAN??


Wednesday, November 10, 2010

Kisah "High Heels itu Aku.."

High Heels mmg tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Maksud aku sesetengah perempuan la.. Bukan semua boleh pakai high heels dan bukan semua yang suka pakai high heels. Kenapa aku ckp macam tu sbb aku melihat dengan mata aku sendiri ada perempuan yang tak pandai nak imbangkan badan bila pakai high heels. Ye mmg ada.. Ada jugak jenis perempuan yang suka beli high heels tapi tak pakai high heels.. Kenapa tu?? Tu aku tak tahu la..




Ok berbalik kepada tajuk entri "High Heels itu Aku" merujuk kepada diri aku sebenarnya.. High heel tu ibarat sebahagian daripada hidup aku. Maksud aku kat sini benda yang aku suka la.. Tak de la aku ni mati kalau tak de high heels. Cuma perasaan kecewa tu ada la bile tak dapat beli high heels. Mana tak nye.. Sale depan mata then cantik tapi tak sambar.. Rugi tu...

Bagi aku high heels melambangkan confident aku. Aku lebih confident bile aku pakai high heels. High heels jugak simbol hidup aku. Kalau aku diminta utk melukis simbol hidup aku perkara yang wajib ada adalah high heels...

High Heels for High Hopes

Semakin tinggi High Heels yang aku pakai bermakna semakin tinggi harapan yang aku bawa dan ingin dicapai dan semakin banyak halangan dan rintangan yang akan aku tempuhi. Ianya ibarat high heels, makin tinggi makin sakit dan makin lama kita pakai untuk berjalan makin terasa. Kesakitan itu ibarat  halangan yang aku tempuhi dalam kehidupan aku.

Hajat dihati nak pakai high heels 5 and 6 inch masih belum tercapai. Aku pun da lama tak masuk kedai tgk and beli high heels. Tak de masa plus tak de duit. Kalau nak pakai high heels biarlah kite selesa. Harga no. dua. Apapun biarlah berpada-pada.

Sejarah aku pakai high heels ni bermula sejak aku kecik lagi. Masa tadika lagi aku mmg da suka pakai ni. Parent aku akan belikan setiap kali perayaan. Aku masih ingat lagi high heels aku yang warna merah. Masa tu aku darjah satu. Tapi tapak tak runcing lagi la. Ala-ala orang tua punye. Dlu bleh la pakai macam tu. Skang aku da tak suka tapak macam orang tua. Aku suka yang runcing. Hehe.. Aku start belajar pakai yang runcing ni masa aku darjah tiga. Letih jugak la nak berjalan. Yang penting mesti ada style. :P Setiap kali berbicara ttg high heels ni aku mesti teringat zaman aku kecik-kecik dlu. Aku panggil high heels ni "Kasut Tongkat" haha. Sebab apa... ntah la susah la nak jelaskan. Aku je yang tahu.

Aku bercita-cita untuk ada boutique high heels aku sendiri. Ntah la bila fikirkan balik mampu ke aku capai cita-cita aku ni. Kadang tu memendam rasa bila tak dapat beli.. Urghhh kecewa sungguh.... Tapi aku akan cuba untuk capai impian utk ada bilik yang penuh dengan high heels ngan handbag macam Kimora Lee Simmons (KLS).

Adakah impian aku ini akan tercapai.. Emm akan ku coret lagi dalam penulisan maya NBL ni bile da tercapai. Semoga aku panjang umur dan murah rezeki.. Boleh la aku update nanti. :)

P/S: HIGH HEELS FOR HIGH HOPES

Tuesday, November 9, 2010

REVIEW: Lactacyd & Dalacin T

Salam Semua

Ok berbalik kepada entri berkenaan dgn produk jerawat ni yang mana semua nye x tahan lama pun ngan aku n asyik bertukar-tukar je until aku jumpa produk ni dan bertahan ngan aku sampai skang. Aku da guna ni almost 4 bulan da.. Memang berkesan.

Lactacyd Skin Cleansing and Protection.

Tak ramai sangat yang thu Lactacyd ni ada pencuci muka. Bila sebut Lactacyd je org inga feminine hygiene. Sebenarnya Lactacyd ni ada la asid laktik yang bagus untuk merawat masalah kulit. Boleh guna untuk badan dan juga muka. So apa yang paling penting bila korang menggunakan produk ni adalah make sure korang just guna dua kali je sehari. Tak boleh lebih. Nanti kulit korang jadi makin kering dan menggelupas plak. Tapi masa mula-mula guna dlu muka aku mmg menggelupas tp tu kat bahagian mulut ngan hidung je. Memang berkesan. Dalam masa sebulan da kurang jerawat dan yang tinggal parut jerawat. So skang ni fokus pada parut la plak. Bila nk guna Lactacyd ni make sure jgn letak banyak sgt sebab ni kan asid tapi tak bahaya. Kalau bahaya tak kan ada jual kat farmasi. So korang boleh la mencuba Lactacyd.









Dalacin-T



Ni nyer produk korang boleh la gunakan after cuci muka ngan Lactacyd tu. Apa yang korang perlu korang hanya apply kat jerawat je. Dua tiga hari hilang kecut la jerawat tu. Tapi jangan kongsi ngan sesapa plak. Kang hancur plak muka korang.. So aku da guna da produk ni dan dua-dua ni memang berkesan

Korang hanya perlu menyediakan RM50 je untuk dapatkan produk ni.

Lactacyd Almost RM20 depend pada tmpt korang beli la. Then Dalacin T tu dlm RM35 je. Tapi kalau korang beli Dalacin-T korang kena tanye pharmacist sebab die x de pamer kat rak-rak. Dalacin-T tu leh dapatkan kat Guardian or Watson. Then nak bagitau korang yang Lactacyd ngan Dalacin-T ni leh tahan 2 bulan, so kalau fikir balik mmg berbaloi la sbb tahan lama.

Selamat Mencuba

IKLAN: DPTKAN COLLAGEN EYE MASK YANG MURAH... BAGUS UTK MERAWAT MATA YANG SEMBAB, LINGKARAN HITAM, KEDUTAN DI KELILING MATA. PM SAYA DI 0179656087 ATAU PM DIRECT DI FB https://www.facebook.com/StylezStoreHouse

P/S: Ini hanya review produk dan entri ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan mungkin produk ini adalah untuk anda... :)

Monday, November 8, 2010

Jom Makan- Chop N Steak House

Salam Semua...

Haa.. Kali ni nak bawak korang jalan-jalan cari makan kat Kg Baru tapi bukan di Restoran Sukhumvit mcam entri aritu.. Kali ni nk share makanan yang ada kt Chop and Steak House.

First time datang kat Chop and Steak House ni tmpt die mcm agak tersorok la. Tu bagi aku la sbb aku bukan orang KL or Selangor.Tmpt die mmg sangat menarik tapi aku tak sempat snap la.. Reka bentuk restoran yang sgt klasik tu buat keadaan tmpt tu tenang dan damai. Di tambah plak ngan lampu yang suram menambahkan lagi suasana ala-ala romantik. Boleh la dikatakan romantik sikit sebabnye kalau korang pergi korang kena la pandai pilih tmpt duduk if nak romantik la. Takat nk dtg group ramai2 lepak ngan member-member kat boleh je mana-mana. Tapi nak dapat tmpt yang baik dan berdua-dua mmg susah la sbb tmpt nye selalu ramai orang. Sebut pun Chop and Steak dan confirm la makanan ala-ala Western. Tapi ada gak nasi macam Chicken Rice Sizzling, Morocco Rice dan banyak la lgi. Aku tak smpt snap gmbr before this sbb tak bawak Snappy aku on that time. Tak dapat la nak snap. So yang dapat aku snap ni je la..




Sangat menarik kan... Bagi yg suka badget duit tu boleh la pilih makanan ikut bajet sbb harga da disenaraikan. Senang la kan.




Chicken Chop and mmg tangkap leleh lah... Confirm tak rugi cuba ni..


Ni aku lupa lak menu apa.. Chicken Wing apa ntah... Tapi ni pun sangat best... :)


 


Bersama Lurviey orang yang bertanggungjawab membawa aku makan di sini. Kalau tak ntah bila aku akan sampai ke sini pun tak tahu.. Thank you honey... :)

Korang da tgk kan. Apa lagi pergi la cuba sendiri keenakan makanan Western kat sana.. :)

P/S:MUNGKIN BANYAK LAGI ENTRI PASAL MAKANAN YANG AKAN MENYUSUL YANG AKAN AKU KONGSIKAN SBB AKU PENCINTA MAKANAN. AKU MAKAN APA YG AKU SUKA JE.. :)


Merawat Tumit Merekah

Salam semua...
Hari ni aku nak share sikit info pasal merawat tumit merekah dengan kaedah yang sangat murah. Korang tak perlu nk pergi beli2 ubat kat farmasi tuh.. Sebelum tu biar la aku explain sikit even korang tak nak tahu pun kenapa tumit manusia ni merekah.



Tahu tak tidak ramai yang menitik beratkan penjagaan kaki padahal kaki adalah penting dan dengan melihat kaki lelaki atau wanita kita dapat tahu dia ni seorang yang pembersih ke pengotor. Apa lah gunanya kalau muka cantik jelita dan menawan kalau penjagaan kaki diabaikan. Duit diabiskan untuk penjagaan wajah semata-mata. Ni aku nak share la sikap aku masa zaman sekolah menengah dulu kat kampung aku muka mak cik-mak cik perghh cantik licin putih merah lagi.. Kalah aku. Ntah apa ditempeknya kat muka tu pun aku tak tahu. Tapi yang aku nak gelak nye sikap aku ni bila tgk muka orang aku ngan automatiknye akan tgk kaki.. Hehe.. Beza tu... Wajah putih melepak tapi warna kulit kaki... Erkkk aku rasa korang pun tahu apa yang aku nak ckp kan... Tak de la kot ye pun gosok la kaki tu kasik hilang daki kat celah-celah jari tu.

Ok la berbalik pada tumit merekah, ianya berbentuk garisan halus kat tumit kaki and if tak dirawat ianya akan menyebabkan rekahan yang panjang then lama kelamaan kulit kaki akan menjadi keras dan kasar (kematu) .

Ini adalah diantara punca tumit kaki manusia merekah

1.Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar. Perlu dielakkan.. :P
2.Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan kulit mudah pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini. ( Badan berat then tambah plak ngan berdiri terlalu lama)
3.Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan meningkatkan tekanan pada tumit. (pakai la kasut tertutup yerk)
4.Kelenjar peluh yang tidak aktif.
5.Bentuk tapak kaki terlalu leper.
6.Memakai kasut yang terlalu ketat.
7.Aktiviti lasak juga akan menyebabkan kaki manusia merekah

So terdapat banyak jenis cara untuk merawat tumit merekah tetapi aku nk kongsi satu je la kat sini sebab yang ni yang paling senang. Korang pun mampu la and mudah didapati.. Lagipun sejak dua menjak ni aku mengabaikan penjagaan kaki aku..

Apa yang korang kena sediakan adalah

1. Biji Baldi besar yang muat utk kaki anda
2.Air panas + Air Sejuk= Jgn bagi terlalu suam
3.Batu sungai atau apa2 yang kasar yang boleh anda gosok kaki anda
4.Losyen (tak kisah la losyen apapun )
5.Tumit anda yang merekah.

Cara-cara

Ok masukkan air panas yang telah dicampur dengan air sejuk ke dalam baldi dan kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit sekurang-kurangnya. Then bila kulit tumit anda da lembut adan boleh la gosokkan dengan batu sungai td. Tak payah terlalu kuat sebab korang boleh buat ni hari2 pun tak pe. Then lepas siap tu basuh kaki anda dan lap kaki anda dengan tuala dan akhir sekali sapukan losyen di tumit kaki korang. Lakukan 3 kali seminggu ( terpulang pada korg, aku wat hari2 and kesan dia dapat lihat kejap je) Tak sampai sebulan tumit kaki korang bebas dari merekah...



P/S: Selamat Mencuba!!!!


REVIEW PRODUCT : JERAWAT part one

Salam semua... Entri kali ni nak pasal review produk-produk kecantikan yang pernah aku gunakan utk menghilangkan jerawat. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi.. So apa-apa nanti aku akan jelaskan satu-satu pengalaman aku ngan produk yang pernah aku gunakan.

Sebut pasal jerawat ni semua wanita aku rasa confirm nak bebas jerawat kan. Aku pun sama gak. Tak moo... Dulu masa form 5 jerawat tak de.. Masa form 6 pun tak de gak. Then masuk UM ni jerawat aku pun mula la bermaharaja lela masa second year. Apa silapnya pun aku tak tahu. Tapi aku rasa sebab aku pakai satu foundation plus bedak miami (cosway) kot. Sebab yang aku perasan muka aku berminyak then aku pun pi pakai lagi... Then aku ni jenis degil... Lurviey da tegur jangan pakai tapi aku pakai gak then aku yang merana.. Stresss...

Bermula dari situlah bermacam-macam produk yang aku guna yang makin menyebabkan muka aku ni makin hancur... Tak de gmbr aku nak tunjuk bukti. Hehe. Tapi ini adalah benar dan kenyataan.

1. Sendayu Tinggi


Ni la produk yang aku guna. Tapi masa ni muka aku tak de la jerawat sgt. Tapi disebabkan pengaruh testimoni dalam majalah mingguan Wanita yang menyatakan bahawa ianya boleh menghilangkan jerawat aku pun apa lagi sambar la trial set satu.. Trial set mmg la murah tapi boleh tahan dalam dua minggu jer.. So bile pakai trial set ni muka rasa better la sikit. Jerawat pun kecut. Then bila da ok tu aku pun sambar la pek yang beso tu...agak mahal la bagi sorang student. Tapi muka pnyer pasal tak pe la. Then pakai tu muka rasa makin ok. Cuma tak tahan... Then bile nk masuk Botol yang kedua da tak menjadi da.. So aku pun give up.. Tapi masa tu aku baru je try Scrub muka ST ni. Memang menjadi dan sangat bagus sbb keluarkan blackhead kat muka. Blackhead pun mudah nk dikeluarkan. Di sebabkan  pencuci muka tu da tak menjadi utk aku, aku pun mengambil keputusan untuk tidak membeli set ini lagi. Mungkin produk ni tak sesuai utk aku.


2.Biore Deep Action Cleanser



Seperti yang korang tgk kat produk ni tertulis "Cleans deep down to the pores" so aku pun beli la produk ni lak sbb nyer jerawat tu kat terjadi sebab minyak yang tersumbat plus kotoran yang tersumbat yang menyebabkan jerawat. So, aku fikir untuk hilangkan jerawat aku kena la bersihkan pori-pori yang tersumbat. Tapi apa boleh buat.. Tak berhasil pun. Cuma minyak tu kurang la sikit. Jerawat tak hilang pun... Sama je. Mungkin orang lain sesuai aku tak sesuai..

3. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Cleanser





Yang lain tak menjadi aku beli yang lain plak.. Sebab apa?? Kali ni pengaruh dari adik aku plak. Adik aku pun jerawat gak tapi da hilang sbb pakai benda alah ni lah. Aku pun apa lagi setelah disyorkan aku pun beli la jugak. Tak sampai seminggu aku guna muka aku aku rasa makin teruk je. Jerawat makin keluar. Sesetengah produk ada menyatakan tu tindak balas dia bagi keluar semua kotoran tu dlu. Tapi aku da tak sanggup akhirnya tersadai je dalam bilik air kat rumah aku and bagi kat adik aku bile die balik nanti. Tak sanggup da aku nak menggunanya.

4.ST.Ives Apricot Scrub
Produk ni aku suka pakai sebab mmg betul2 berkesan untuk hilangkan minyak kat muka. Maksud aku bagi orang yang muka berminyak tu boleh la kurangkan minyak kat muka tu ngan pakai skrub ni. Memang menjadi ngan kulit aku. Aku guna ni sbb nak kurangkan minyak dan aku berfikiran bahawa jerawat aku akan kurang. Bolehlah.. Harga tak mahal sangat pun dalam Rm20 je. Sangat mampu nak beli nih.. Leh dapatkan kat Watson or Guardian.. Tapi aku ni jenis yang tetap nak cari produk yang betul2 boleh hilangkan terus jerawat dari muka aku nih...

5. Oxy Deep Cleansing Wash

Produk ni boleh la tahan dua bulan je ngan aku. Sebabnya aku tertarik cm biasa la aku review product tgk keberkesanan orang lain then aku beli la. Tapi mmg ok la jerawat hilang tapi lama-lama kulit aku ni mcam da lali plak kena Oxy ni.

6. Safi-Pembersih Muka Anti Jerawat Gamat

Safi selamat lagi suci memang sangat berpatutan harga produk ni. Kalau beli kat mydin mmg boleh dapat murah dri kedai-kedai biasa. Cakap ttg produk ni mmg ok la.. Boleh kasik jerawat tu hilang tapi amik masa. Kena sabar la bagi sesapa yang ada jerawat penuh muka. Tapi bagi yang ada jerawat takat empat lima bijik tu kejap je kot da ok. Lepas pakai pencuci muka ini boleh la pakai ngan krim anti jerawat. Tapi kalau ngn kulit aku krim tu buat muka aku kering.. Tapi boleh la... Bagus... Kalau tgk review produk ni kat forum mmg dapat rating yang tinggi la.. Ramai yang syorkan produk ni.. So apa lagi... aku beli la utk mencuba keberkesanannya.. Mmg berkesan la..


Ni la antara produk yang aku ingat yang aku guna untuk menghapuskan jerawat kat muka aku... Nampak mcm sikit tapi sebenarnye banyak. Tapi aku da tak guna da safi sebab skang aku jumpa satu yang baru dan mmg sesuai ngan muka aku. If jerawat tumbuh pun tu time nak period. Muka semakin bebas jerawat yang tinggal hanya parut dan mengambil masa tuk hilangkan parut... Nak tau produk apa.. Nantikan Review produk part 2.

P/S: SATU PRODUK MUNGKIN SESUAI UTK AKU TAPI TAK SESUAI NGAN ORANG LAIN OR SESUAI NGAN ORANG LAIN TAPI TAK SESUAI NGAN AKU. kADANG TU KITE KENA TRY AND ERROR SBB KITA TAK TAHU KECUALI PERGI JUMPA DERMATOLOGIST. TAPI MMG KENA SEDIAKAN WANG BERKEPUK LA.. 


Sunday, November 7, 2010

Tidak Beretika Sungguh!!!!!

Salam semua...

Cewah entri mcam aku ni beretika sangat... Bukan apa ni just lately ni aku tgk sikap manusia makin menjadi-jadi. Ye la apa taknye. Manusia makin tak berdisiplin dan ada diantara mereka ni tak sedar di untuk. Sebab apa aku ckp macam ni.. ok.. sabar2..



Fenomena Satu: Facebooking Masa Kerja



Korang yang da keje ni da dapat keje tu keje la. Ni bukan nak keje. Duk main facebook. Adakah anda dibayar gaji untuk facebooking??? Tak kan. Da dapat keje tu keje la. Bersyukur la sikit sebab anda dapat keje. Nasib anda baik daripada orang-orang yang sedang mencari kerja. Ada sesetengah tu menganggur. Keje tak de duit pun tak de.

Aku tak faham sebab ni confirm boss tak pantau pekerja diaorg ni. Bukan facebook bukan kejap.. Lama tu. Kemudahan internet di salahgunakan. Cuba sapa-sapa yang baca entri ni jadi boss la and then korang ada pekerja yang curi tulang time keje ngan facebooking, korang suke ker??? Mestilah tak kan sebab korang keluarkan duit bayar gaji dan tanggungjawab korang adalah memastikan pekerja bawahan anda ni buat keje..

Mesti korang nak ckp aku ni tak keje lagi so tak tahu la kan. Tapi berpada-pada la sikit. Korang ada tanggungjawab. Kang kena buang keje baru la padan muka.

Fenomena Dua: Datang Lambat Ke Kelas



Ni lagi satu sikap yang aku pantang la datang lambat ke kelas. Da la dtg lambat buat muka tak bersalah. Mentang-mentang la korang ni pelajar kolej/ Universiti then guna alasan tu nak dtg lambat ke kelas. Tak paham sungguh aku manusia ni. Makin menjadi-jadi perangai. Mmg la lecturer tak marah tapi kat situ da menunjukkan diri korang tu eeee yerk... Buruk benor ler... ( ni pandang aku la and aku letakkan diri aku di tmpt lecturer tu). Skali dua dtg lewat tu boleh di maafkan tapi if selalu datang lewat itu mmg tidak boleh dimaafkan. Bukan aku nk mengutuk ke apa tapi ini kebenaran... Aku nak tanye korang la ngan jujur kan tapi korang jawab dlm hati la, Sapa yang selalu dtg lewat kat kelas korang? Kaum mana tuh?? Lu pikir la sendiri bak kata Nabil.

Kalau aku diberi kuasa, aku nak buat satu kad yang boleh aksess kelas tu before kelas bermula and kad tu tak boleh berfungsi after lima minit kelas bermula. That's means if lewat lima minit student boleh masuk lagi la. Dan setiap kad yang da di aksess utk masuk kelas tu automatik dan register nama student tu dalam database attendant. So kat pintu kelas tu akan cencor la satu kad hanya utk sorang student je. Tak leh org yang tolong cencor kan. Ni bermakna lecturer pun kena dtg awal gak la. Baru la adil. Ni ada yang aku tgk sesetengah lecturer yang bukan mengajar aku nih masuk lewat ke kelas. Macam mana student nk berdisiplin kalau lecturer pun masuk lewat. So bila wat mcm ni sama2akan bertanggungjawab pada diri sendiri dan dtg awal ke kampus. Tapi maintenance mmg tinggi...

Korang ckp tak logik ker????
Hello... Kat atas aku da mentioned kalau aku diberi kuasa....


Fenomena Tiga: Merokok


Eee... ni lagi satu yang mmg buat aku geram and hangin nih. Tak terpampang besar da logo kat atas tu ada jugak manusia yang melanggar. Adoii.. Aku rasa peraturan ni masih tak ketat la. Mesti tak de orang yang kena denda. Takat denda 50 hinggit semua orang boleh bayar.. Yang si perokok ni nk merokok pun agak2 la. Jangan pakai hembus je asap tu. Rimas betul aku. Tak de kesedaran dalam diri langsung. Kau nk merokok ke kau tak ambil peduli pasal kesihatan ke tu kau punya pasal la. Tapi bila da libatkan orang lain ni (perokok pasif) tu mmg melampau la. 

Fenomena Empat: Buang Sampah Merata-Rata.



Ni la sikap masyarakat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Maksud aku sesetengah masyarakat je ok. Bukan semua. Alasan yang sering aku dengar kalau aku tegur jangan buang sampah

"nanti mak cik yang sapu sampah tu tak de keje.. makan gaji buta..baik kita buang sampah bagi keje kat dia"

Lebih kurang macam ni la dialog yang selalu aku dgr. Manusia-manusia, mmg mak cik tu tugas dia sapu sampah, tapi ingt sikit tak salah kalau kita buang sampah dalam tong sampah. Dapat pahala tolong ringankan beban mak cik ni.. Tak kisah lah mak cik ke kakak ke kan. Cuma tolong la bertanggungjawab sikit buang sampah di tempat yang betul. Susah sangat ke nak didik diri ni mcam ni. Patut la negara kita ni tak bersih and selalu ada sampah.. Mesti ada gak sikit. Kecuali tmpt2 yang terbuka yang ada orang memandang kan.. Mesti korang yang suka buang sampah ni tak berani la sikit kan. Kononnye ckp tempat ni tak leh buang sampah. Pandai plak time ni. Cuba kalau sepanjang masa mcm ni.

___________________________________________________________________________________

Ya.. Anda mampu mengubahnya. Aku bukan nak ckp aku bagus atau baik tapi untuk kebaikan bersama-sama. Semua orang boleh berubah ke arah yang lebih positif dan selesa. Apa yang perlu adalah kesedaran dalam diri manusia tersebut. Anda bertanggungjawab untuk diri anda dan tingkah laku anda dan bukan orang lain yang mengawal anda. Renung-renungkan lah.

P/S: Ni blog aku, bagi yang terasa aku mohon maaf tapi ini realiti.