Womens Clothing

Tuesday, December 21, 2010

Oh PMS... Indikasi Kesuburan??

Salam Semua...

Emm semalam tak update blog gara-gara hilang mood.. Adoii nak mengemaskan blog yang da serabai.. Maklum la tak de photoshop ni seksala sikit aku nk buat header blog aku nih.. ok la jom baca info pasal PMS a.k.a Pre Menstrual Syndrom... Entri kali ni agak panjang tapi sarat informasi terutama untuk golongan wanita. Jom Baca....


FARISYA Rahman, 25, merupakan seorang gadis yang aktif, periang, bertenaga dan sering membuatkan teman-teman di sekelilingnya ketawa apabila melayan setiap patah bicara dan keletahnya.

Namun, pada masa-masa tertentu setiap bulan dia akan menjadi pendiam, pucat dan pergerakannya juga terbatas. Malah, adakalanya Farisya akan menjadi emosi dan marah-marah tanpa sebab.
Pada masa itu, rakan-rakannya sudah tahu mengapa dia berkelakuan sedemikian.


"Hmm...datang bulanlah tu..." Terpacul sebaris ayat yang begitu klise dilontarkan terhadap kaum Hawa daripada rakan sekerja yang sudah lali dengan perubahan Farisya setiap bulan.
"Itulah yang saya hadapi setiap bulan ketika haid. Pantang ada orang cakap silap sikit, pasti saya akan marah-marah tidak tentu pasal. Keadaan ini menyebabkan ada segelintir rakan-rakan menjauhkan diri sepanjang tempoh tersebut," kata eksekutif di sebuah syarikat swasta itu.


Berlainan pula dengan Nurul Ain Rosly, 20, yang selalu menahan kesakitan akibat senggugut setiap kali haid.


"Hari pertama haid memang menyakitkan. Adakalanya, saya mengerekot baring di dalam bilik dan tidur kerana tidak betah melakukan kerja lain. Perut rasa memulas seperti mahu membuang air besar.
"Bagi mengurangkan kesakitan, apa yang saya lakukan adalah minum segelas milo O panas. Bukan saya sahaja, kawan saya juga mengalami masalah yang sama. Akibat kesakitan yang tidak tertahan, dia mengerekot baring di kaki lima ketika mahu pergi membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman," cerita pendidik itu.


Gangguan rutin


Mungkin itu senario yang biasa anda hadapi atau lihat yang berlaku di tempat kerja, sekolah, kuliah, di tempat awam dan sebagainya.
Kitaran haid bukanlah sesuatu yang asing dalam diari seorang wanita. Ia dikenali dengan banyak nama seperti rakan karib, bendera Jepun, The Curse atau ta yee mah.
Walau apapun namanya, kehadiran singkat dalam kehidupan kaum Hawa setiap bulan disambut dengan pelbagai ragam dan reaksi akibat perubahan hormon sehingga ia mengganggu rutin wanita.
Ada segelintir wanita pula mengeluh pada waktu haid kerana ia dianggap mengganggu perjalanan hidup mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu.
Mungkin ramai wanita tertanya-tanya, mengapakah kitaran haid menjadi punca ramai di antara mereka tidak senang duduk, mengurung diri, personaliti berubah, emosi di luar kawalan dan tidak kurang pula yang terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk menyambut haid yang menyakitkan?




"Haid ialah pendarahan daripada faraj. Ia adalah perkara normal yang berlaku pada tubuh gadis yang mencapai akil baligh dan ia akan berhenti apabila seseorang itu mencecah lingkungan usia 50 tahun.
"Sebelum seseorang gadis mendapat haid pertama, dia perlu mempunyai struktur otak yang normal, hormon yang seimbang dan organ reproduktif iaitu ovari, uterus serta faraj yang normal," kata pakar obstetrik dan ginekologi(O&G), Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj ketika menyampaikan forum interaktif mengenai haid anjuran PT Softex Indonesia. PT Softex Indonesia merupakan pengeluar utama tuala wanita di Indonesia.

Perubahan hormon


Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan telur. Proses tersebut dikenali sebagai pengovuman. Pada waktu itu, perubahan hormon berlaku bagi menyediakan rahim untuk kehamilan.
Jika pengovuman berlaku tetapi telur tidak disenyawakan, lapisan di dinding rahim akan gugur melalui faraj yang dikenali sebagai haid.


"Sesetengah wanita menghadapi kejang perut atau senggugut di bawah abdomen ketika haid bermula. Ia menyebabkan aktiviti seharian mereka terganggu.
"Amalkan menuam abdomen bagi mengurangkan rasa sakit," ujarnya berkongsi tip.


Kesakitan yang kerap dialami oleh wanita sebelum atau menjelang haid ialah sindrom sebelum haid (PMS). Ia merujuk kepada simptom fizikal dan emosi.
Antara simptomnya termasuklah keletihan, kekejangan abdomen dan sakit kepala. Selain itu masalah kembung perut merupakan perubahan fizikal yang dialami manakala ketidakstabilan emosi, keresahan dan kemurungan pula merupakan perubahan dari aspek mental.


Sesetengah kajian menunjukkan PMS berlaku kerana hormon progesteron yang dirembeskan selepas berlakunya ovulasi.
"Jika kita berasa sakit janganlah mengeluh kerana PMS menunjukkan seseorang itu sedang berovulasi. Itu petanda seseorang itu subur," katanya.
Namun, ramai mengaitkan kesakitan yang dialami kerana melanggar pantang larang ketika haid. Antaranya termasuklah minum air kelapa, makan buah nanas, tembikai dan minuman berkarbonat.


Ada pula yang memberikan petua supaya minum air halia bagi mengelakkan kesakitan. Sejauh manakah kebenarannya?


Dr. Harlina memberitahu, senario tersebut merupakan petua orang lama yang seringkali didengar.
"Sebagai contoh, ketika haid tidak boleh makan nanas kerana jika makan nanas ia akan menyebabkan darah haid keluar dengan banyaknya.
"Kita sering mengamalkan pantang larang yang kita pelajari daripada ibu kita dan mereka pula mempelajari daripada ibu mereka seperti pantang minum air kelapa atau makan nanas semasa haid tetapi tiada bukti klinikal bahawa ia berasas. Semuanya di minda kita, ia dikenali sebagai kesan plasebo," ujarnya.

Sehubungan itu Dr. Harlina menasihatkan supaya mereka yang mengalami PMS mendapatkan nasihat daripada pakar diet tentang pemakanan yang betul.
Penjagaan diet yang betul dapat membantu wanita menyesuaikan edaran haidnya, mengurus kekejangan perut dan mengurangkan senggugut.
Beliau memberitahu, ramai di kalangan pesakitnya mengadu mengenai kitaran haid yang tidak menentu.

"Ada beberapa faktor yang menyebabkan ketidaktentuan kitaran haid iaitu ketidakseimbangan hormon, perubahan gaya hidup kerana stres atau hampir menopaus.
"Daripada membuat diagnosis sendiri atau membandingkan pengalaman dengan orang lain, adalah lebih baik berjumpa dengan pakar ginekologi atau sakit puan," sarannya.


Elakkan kafein


Sementara itu, seorang kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagi Fadzli Omar, 33, berkata, pada peringkat awal berkahwin beliau juga amat sukar memahami simptom PMS yang dialami isterinya.
Anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya lelaki itu mengakui dia amat tertekan dengan sikap isterinya setiap kali mengalami pusingan haid.

"Adakalanya kami bergaduh hanya kerana perkara-perkara kecil kerana isteri saya menjadi sangat sensitif.
"Lama-kelamaan saya mula memahaminya dan memberi sokongan. Adakalanya isteri saya terpaksa mengambil ubat tahan sakit kerana senggugutnya agak teruk atau menuam bahagian bawah perut dengan air panas," kata bapa kepada tiga anak itu.


Pakar dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan wanita yang mengalami masalah senggugut perlu menghindari makanan yang mengandungi gula terproses seperti coklat, gula-gula dan air berkarbonat.


"Walaupun makanan ini dikatakan boleh menenangkan tetapi ia boleh meningkatkan kekejangan pada abdomen dan rahim selepas beberapa jam dimakan," ujarnya.
Selain itu, makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti makanan dalam tin, kerepek dan bertih jagung perlu dielakkan.


"Sebelum haid wanita akan mengalami penambahan berat badan beberapa kilogram (kg) dan sekali gus menyebabkan timbulnya simptom retensi (pengumpulan) air dalam badan.
"Sehubungan itu, dengan pengambilan makanan bergaram yang tinggi, kesannya akan menjadikan lebih banyak air terkumpul dalam badan dan mengundang ketidakselesaan," tegasnya ketika dihubungi.


Dr. Shariza juga tidak menggalakkan wanita yang mengalami simptom senggugut meminum air yang tinggi kandungan kafein seperti kopi. Begitu juga makanan yang mengandungi lemak seperti daging merah dan aiskrim kerana ia menyebabkan salur darah mengecut dan mengundang kesakitan pada bahagian abdomen.
Sehubungan itu, beliau menyarankan wanita yang mengalami masalah ketika haid mengambil sajian yang berbijirin penuh untuk mengelakkan rasa letih dan tidak bermaya.


"Selain itu juga, sayur-sayuran dan buah-buahan akan menyumbang kepada kandungan vitamin tambahan dalam badan.
"Malah, makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan dan makanan yang mengandungi vitamin B kompleks amat digalakkan selain pengambilan air dalam kuantiti yang banyak untuk menggantikan cecair yang hilang ketika haid," tegasnya.
_________________________________________________________________________________
Dah abis baca da kan.. Uish... Setiap perempuan/wanita mempunyai ragam yang berbeza setiap kali period. Ada kes yang pernah aku dgr perempuan bile period je senggugut sampai masuk hospital.. Bahaya kan.. Kalau macam tu setiap kali period masuk hospital. Alhamdulillah aku tak macam tu. Normal.. Tak de menganggu keje aku cuma emosi je la...  Info ni bagus untuk lelaki sbb ada lelaki yang haram tak tahu pasal wanita..  Apapun moga info ini dapat memberi informasi kepada pembaca blog NBL ini.

SUMBER: KOSMO

P/S: AKU ADA DGR ORANG CKP POMPUAN BILE DA KAWIN HILANG LA SENGGUGUT TU.. BETUL KER??

Sunday, December 19, 2010

Mengimbau Zaman Kanak-Kanak

Salam Semua.. Ye haa..I'm officially 23rd... Kejap je masa berlalu.. ikut bulan baru masuk 23.. tapi berapa ari lagi nak masuk new year then da 24 da..



Kebetulan semalam pergi KK Mart nak beli panadol then pusing-pusing dalam kedai tgk barang dulu... pas tu apa lagi tetiba nampak biskut ding dang then terus teringat kat tora, push pop, gula-gula dlm botol susu, and macam-macam la..

1. TORA DAN DING DANG

Tapi dulu-dulu masa pergi Kuantan ngan family, biasanya ari minggu la, papa sering bawak aku sekeluarga ke Kuantan jalan-jalan cuci mata. Time ni la selalu aku mintak nk beli tora.. terpengaruh ngan iklan die.. jom tgk iklan ni...



Da tgk da.. Lebih kurang macam ni la iklan die.. Tapi time aku kecik tu tahun 1990.Mana la tak terpengaruh budak-budak tgk iklan ni. Macam-macam bleh buat. Tapi nak gelak balik tgk iklan lama-lama ni. Sebab yg tukang baca tu ayat sebijik-sebijik die terangkan.. Haha.. Sudahnya da dapat kejap je la tahan. Then tak thu ke mana. .

2. CHOKI-CHOKI


Korang suka makan choki-choki nih?? Aku mmg suka.. Cuma skang da jarang beli la sbb tak puas.. Sikit sangat. Apa-apa yang berkaitan ngan coklat mmg aku suka. So dlu-dlu mmg suka makan choki-choki ni. Tgk la iklan die pun macam-macam. Budak-budak... Hehe... Teringat zaman dlu-dlu...

3.PUSH POP


Tadaa... Push Pop... Aku suka gak benda ni sbb tahan lama.. Jilat push pop ni then simpan.. Siap letak bawah bantal lagi.. Haha.. Apapun semua ni kenangan zaman kecik-kecik dulu... Yang lain aku tak dapat nak trace.. kononnya.. aku cari iklan tak jumpa.. so yang ni je la yg ado... Korang lak apa??

P/S:ANAK AKU NANTI MINTAK APA LA. YG POMPUAN JGN NK MINTAK BARBIE.. EE AKU TAK SUKA... :P

Saturday, December 18, 2010

Cukup Sampai Sini Je,,

Salam Semua..

Dear NBL....
Ari ni aku rasa sedih sgt2... Dan aku akan ingat sampai aku mati.. tarikh 18 December.. Sehari sebelum hari aku dilahirkan. Mungkin ari ni mak aku pun sakit nak lahirkan aku kot... Anak sulong la katakan.. Orang yang cakap anak sulong ni nak lahirkan sakit..

Tapi kali ni hati aku yang penuh dengan kesakitan...rasa macam ada duri je.. Bukan duri pokok bunga.. tapi duri yang ada racun ular berbisa tuh. Aku memang pantang ngan perkataan. Dengan perkataan je aku da boleh naik angin. Ni bukan pasal aku ni tak boleh kawal marah tapi bila da babitkan ngan orang yang aku sayang tak de maknanye nk profesional semua.  Aku tak suka bile orang yang aku percaya mula syak wasangka kat aku then tuduh aku macam-macam.. Apa kes nak tuduh2.. Ingat aku ni apa.. Patung tak de perasaan.. Tak pe.. Aku doakan kau dapat balasan daripada Tuhan sebab menuduh aku dan buat  hati aku sakit.. Tak de maknanye lagi...

P/S: BUAT BAIK TAK DIHARGAI BAIK BUAT JAHAT... KALAU LA MASA BOLEH DIUNDURKAN.. (MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA).

Kahwin Nanti Gemok lah...

Salam Semua...

Kejap je masa ari ni da ari Sabtu.. Emm.. Ari ni ada orang guna dewan kat kolej aku untuk Majlis Kahwin.. Tetiba je teringat kata-kata mak cik kat kedai makan yang lebih kurang macam ni la

"Die (iaitu aku) dah kawin nanti berisi la"


Kenapa orang selalu kaitkan kahwin je gemok.. Kahwin je semua jatuh, longgar, tak menarik... Adakah sebab seorang perempuan tu merasakan bahawa dirinya dah pun dimiliki so buat apa nak jaga lagi.. If da sayang berubah fizikal pun tetap akan sayang.. Betul ker??

Emm ntah la aku pun tak faham.. Sebab lain orang lain fikirannya... Tapi bagi aku perkataan "berisi" is much more better than gemok.. Bukan apa kalau cakap kat orang gemok pun orang gemok tak suke walaupun hakikatnya die memang gemok...

Aku lak tak leh terima bile orang ckp aku ni makin kurus. Ari-ari aku makan, melantak untuk naikkan berat badan aku then ckp aku makin kurus.. Lau macam tu baik aku tak yah makan.. Susah betul... Makan banyak pun tak naik if tak makan abislah... Tapi ada untungnya bile makan banyak tak naik so aku tak yah la nak berpantang sangat nak makan. Macam sesetengah orang tu terpaksa ikat perut, semata-mata untuk maintain berat badan...

Makin rancak menaip ni tetiba teringat lak kat seseorang perempuan yang mmg nak diet.. Cewah aku dengar la die ckp yang die ni nak kurus kat member die. Dalam locker die aku ternampak la pil untuk kempiskan perut and pil diet.. Ari-ari aku tgk die makan. Tapi yang tak boleh blah tu makan pil diet tapi seminggu dua kali gak makan KFC. If macam ni sampai bile pun tak berkesan ubat tu. Pas tu salahkan ubat lak. Padahal diri sendiri.

Aku ingat lagi time form 5 aku naik teksi sama ngan member aku then pak cik teksi tu ckp

"MASA KECIK YG GEMOK TU LA YG DISAYANG, DI RAMAS, DI CUBIT2, TAPI BILA DA BESAR SI GEMOK TU DIBIARKAN.. SI KURUS PLAK YANG DI SAYANG"

Teruk kan manusia ni. If anak gemok masa kecik terima la gemok di masa depan. Dah genetik macam tu kan.. Pelik sungguh aku..

P/S: AKU TUNGGU ORG CKP AKU "EH2 NANI KO DA BERISI LA SIKIT" TAPI AKU TAK NAK DGR "EH2 NANI KO DA GEMOK LA

Friday, December 17, 2010

Cinta Sampai Bertikam.. Dahsyat...

Salam Semua...

Selamat pagi.. Ari ni tak de lak berita awal pagi pilihan NBL.. Tapi apapun duk belek-belek berita terbaca la tentang bekas kekasih yang sanggup menikam kekasihnya.. Adoi... Giler talak... Orang da tak nak tu buat apa nak dipaksa-paksa. Seksa jiwa.. Ganas sungguh orang zaman skang bercinta. Frust sikit je upah orang bunuh, tak pun lempang sepak teranjang. Kalau dlu takat maki je. Tapi skang semua naik kepala and badan. Tu bukan namanye cinta. Kepada perempuan janganlah menjadi "HAMBA CINTA".
_________________________________________________________________________________
KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.

Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan.
Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.
Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya.
Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya.
“Gadis yang bekerja sebagai jurujual enggan melayan pertanyaan itu terus meninggalkan suspek.
“Suspek mengejar mangsa dan mengarahkannya memberhentikan motosikal ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


“Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.


“Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya
“Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.


“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. _________________________________________________________________________________
Alam percintaan ada yang indah ada yang indah. Seperti lagu Kain Cinta Putih.. Cinta itu perlu dicorakkan. Tapi kalau da corak warna warni, cantik-cantik tapi apa yg dicorakkan tu rosak adakah kain itu diperlukan lagi.,. Buang je la dalam tong sampah... Perempuan yang selalu kena pelempang sepak terajang lelaki ni tolong la sedar sikit yang lelaki tu tak layak utk miliki anda. Kecuali anda (wanita) betul2 perangai macam betina.. Tolong la tahu bezakan kasih sayang dan dipergunakan.. Tolong la jadi manusia yang asertif.. Anda yang tentukan hidup anda bukan pasangan anda...

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: WANITA PERLU DIBERI KESEDARAN. NAMUN ARI NI BUKAN WANITA JE JADI HAMBA CINTA, LELAKI PUN ADA. TAK KISAH LA LELAKI KE WANITA KE, ANDA PERLU TAHU APA MAKNA KASIH SAYANG. JANGAN ANDA DIPERGUNAKAN. JANGAN JADI HAMBA CINTA MANUSIA...

Thursday, December 16, 2010

Planet Baru ditemui Penyelidik Qatar

Salam Semua....

Semalam share pasal planet Nibiru.. Pelik je kan.. namanye.. Emm.. Tapi berita hari ni lak berkenaan planet yang baru ditemui oleh penyelidik Qatar... So nak tahu kisahnya.. Jom la baca...
________________________________________________________________________________
DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.

Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.
Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.


"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.


Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.
Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP
_______________________________________________________________________________

SUMBER:KOSMO

P/S: THERE IS NO P/S TODAY... SPEECHLESS..

Wednesday, December 15, 2010

Anak Lapar disisi Mayat Ibu Berulat

Salam Semua...

Emm kejap je masa berlalu dah pun ptg.. Mesti banyak perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku pada hari ni. Sama ada benda yan baik ataupun yang buruk. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang buruk.. Amin....

So ari ni akhirnya diterima jugak latihan ilmiah aku. So sambil relax and nak edit lagi sikit ni baca la Metro lak.. Awal pagi baca kosmo kan. So terkejut la jugak bila tgk muka depan tentang anak yang kebulur temani mayat ibu.. nak tahu apa kisahnya? Harap aku tak terlewat lagi untuk berkongsi apa yg aku baca ari ni...Jom Baca....
__________________________________________________________________________________
SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.



Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.


Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.


“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.


Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
__________________________________________________________________________________
Kesian sungguh kat anak kecil tu yang tak tahu apa2 pun.. Di manakah bapa budak ni?? Apakah nasib budak ni akan datang...

SUMBER: HARIAN METRO

P/S: BUDAK YANG TRAUMA AGAK SUKAR UTK DIPULIHKAN.. DI SINI PERLUNYA SOKONGAN TERUTAMA DARIPADA KAUM KELUARGA.. SEMOGA TUHAN MELINDUNGI KITA SEMUA.. AMIN...

Planet Nibiru- Kiamat 2012?

Salam Semua...

Bagi korang yang sering mengikuti isu-isu semasa mesti tahu pasal planet Nibiru ni yang dikatakan akan melanggar bumi pada tahun 2012 dan akan menyebabkan kiamat. Sejauh manakah kesahihannya.. Jom baca berita hari ni berkenaan planet Nibiru yang dikatakan tidak akan melanggar planet Bumi. Jom Baca....

_________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.


"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.
_________________________________________________________________________________
Apa komen anda?? Aku?? Tiada Komen... Hanya share dengan some of you yang tak baca paper.. Ni berita pilihan awal pagi.. Pilihan NBL...

SUMBER:KOSMO

P/S:SEMOGA USIA BUMI NI PANJANG LAGI, SEMOGA AKU PANJANG UMUR.. BYK LAGI BENDA YANG AKU TAK BUAT DALAM DUNIA NI...

Tuesday, December 14, 2010

Suami Jual Isteri RM50

Salam Semua...

Semalam pasal OKU dibunuh, then suami cederakan isteri kerana seks, ari ni isteri yg dalam kategori OKU plak dijual oleh suami yang kaki mabuk.. Dahsyat sungguh dunia skang yg semakin kejam. Nak tahu kisahnya... Jom la baca...
_________________________________________________________________________________

AMPANG: Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.



Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya, Sabtu lalu.
Menurut sumber polis, sebelum itu dia dipaksa bermalam seharian dengan seorang rakan suaminya di Lembah Jaya di sini.
Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.




“Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan dikalangan ahli keluarganya.
“Mangsa yang lembam dan lurus bendul kemudian menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakan sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit,” katanya.


Sumber itu berkata, mendengarkan cerita mangsa, bapanya kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain lelaki durjana terbabit dikatakan turut menerima wang daripada rakannya itu. Suami mangsa juga sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.


“Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat bapa mangsa itu.
“Kami sudah mengenal pasti dua suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
_________________________________________________________________________________
Apa la nasib perempuan ni dapat suami kaki mabuk.. Lepas tu lurus bendul plak hingga tak dapat bezakan apa-apa. Tapi boleh kahwin. Boleh ke mcm tu.. Sah ek...


SUMBER:HARIAN METRO

P/S: HIDUP YANG DA SUSAH BUKAN CUBA UNTUK UBAH NASIB KE ARAH YANG MENYENANGKAN TETAPI LEBIH MEMILIH KE ARAH HIDUP YANG SENGSARA. SUDAHNYA ISTERI MENJADI MANGSA.

Monday, December 13, 2010

Paksa Isteri Seks

Salam Semua... Sebenarnye post ni da berapa ari da kt dlm draft sbbnye mengejar berita terkini hingga lupa nk publish berita ni.. Kali ni pasal sorang suami yang sangap seks dari isteri tapi bile tak dapat isteri dipukul. Last-last masuk mahkamah... Pelik tul aku.. Bile tak dapat je seks mula lah "makan luar" la sepak terajang isteri la.. Haish... Tak de peri kemanusiaan langsung... Jom baca lau nak tahu lebih lanjut apa laki dalam gambar ni wat kat bini die...
_________________________________________________________________________________
Lelaki mengaku tak bersalah cederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca



MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.


Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.


Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.
Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.


Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.
_________________________________________________________________________________
SPEECHLESS...

SUMBER:BERITA HARIAN

P/S: NI MESTI TAK BELAJAR PENDIDIKAN SEKS SAMPAI JADI MACAM NI.. SUSAH NK FAHAM MANUSIA ZAMAN SKANG NI.. SUKAR UNTUK DI RAMAL

OKU pula dibunuh di kerat...

Salam Semua...

Cepat je ari ni da ari Isnin. Pejam celik Pejam Celik 2010  hampir melabuhkan tirainya.. Cewah... Emm ari ni kisah OKU pula yang dibunuh dan dikerat.. Tak abis-abis.. Bunuh, rogol, culik, dadah, rempit, curang dan macam-macam lagi la.. Apa salah OKU tu sampai dibunuh... Nak tahu kisahnya jom baca berita pilihan NBL pada hari ni...
_________________________________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.
Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.
Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.
Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.


“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.
Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.


“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.
“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.
Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.


Kes penemuan mayat dikerat


10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.


30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.


26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.


3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.




22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.


8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________________________
Hari-hari mesti ada yang mati dibunuh. Aku pun tak tahu nak komen ap. Bile search gmbar yang mati dibunuh, Masya-Allah... kejamnya manusia.. Korang nak tgk korang search la kat Google.. Aku ingt nk cari gmbr untuk entri ni tapi melihatkan keadaan mangsa-mangsa yang dibunuh dan dikerat dalam keadaan yang mengaibkan aku tak jadi la..

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: PEMBUNUH TU FIKIR DIRINYA BIJAK CAMPAK MANGSA MCM TU JE.. LAMBAT LAUN AKAN TERJAWAB JUGAK SAPA PEMBUNUHNYA...

Sunday, December 12, 2010

Kisah Penari Bogel Tua

Salam Semua...

Emm.. Mata da ngantuk tapi sebelum lelapkan mata nak baca berita apa lak yang hangat ari ni and jadi pilihan NBL. Ok la... Hari ni punyer citer agak menyayat hati. Bagi orang yang suka judge orang tanpa fahami orang tersebut akan terus menuding jari tapi menyedari bahawa sekali dia menuding jari ke arah seseorang, empat lagi jari menuding ke arahnya. Kali ni kisah Penari Bogel Tua. Baca dan hayatilah kisahnya. Kenapa jadi dia jadi macam ni. Jom Baca...
_________________________________________________________________________________
LEBIH tiga dekad lalu ketika umurnya baru 16 tahun, dia ialah penari bogel paling popular di ibu negara yang sangat digilai lelaki berhidung belang.

Pun begitu, pekerjaannya itu sebenarnya berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menganiaya dan mengeksploitasi dirinya demi wang dan nafsu serakah.


Namun, ketika umurnya kini sudah di ambang senja, Mak Uda (bukan nama sebenar), 54, menganggap dirinya ibarat sisa buangan yang tidak lagi diingini oleh mereka yang pernah mendambakan tubuhnya.
Justeru, dia sentiasa menguatkan hati dan tidak kisah jika hidupnya kini dicemuh segelintir masyarakat yang tidak pernah cuba memahami keperitan hidup yang dilaluinya.


Mengimbas punca dia terjebak ke kancah maksiat, Mak Uda memberitahu, segala-galanya bermula selepas dia melarikan diri dari rumah di Terengganu kerana tidak tahan didera ibu kandungnya sendiri.


“Saya tidak dibenarkan ke sekolah dan dipaksa melakukan macam-macam kerja tetapi semua wang upah saya bekerja diambil ibu.
“Selepas bekerja, kaki pula dirantai. Saya juga selalu dipukul oleh ibu dan ayah tanpa sebab.

Dirantai


“Mak saya pasang rantai besi di kaki supaya saya tidak dapat bergerak jauh dari kawasan rumah. Saya tidak tahu kenapa emak dan ayah sangat benci kepada saya.
“Tetapi suatu hari, rantai itu yang sudah berkarat dapat saya putuskan, jadi saya terus melarikan diri.
“Selepas keluar dari kampung, seorang lelaki tidak dikenali datang menegur semasa saya duduk di tepi jalan dan membawa saya pergi bersamanya menaiki kereta,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.


Tambah Mak Uda, sejak itu hidupnya berubah 360 darjah. Lelaki tersebut membawanya ke sebuah bangunan usang di Klang, Selangor dan Mak Uda dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki. Dia juga didera secara seksual.


“Selepas itu saya diserahkan (dijual) kepada sebuah kelab bogel di Kuala Lumpur. Saya menjadi penari bogel mengikut rentak cha-cha serta dipaksa melacur selama beberapa bulan.
“Apabila polis menyerbu kelab itu, saya ditangkap dan dipenjarakan. Setelah bebas, saya tiada tempat bergantung dan terpaksa melacur sebagai cara untuk menyara hidup.
“Selama beberapa bulan, saya pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk melacur.
“Saya berpindah-randah kerana tidak mahu ditangkap lagi,” katanya.


Pada usia 21 tahun, Mak Uda menemui seorang lelaki di Pulau Pinang yang kelihatan baik pada matanya. Mak Uda berasa selamat apabila berada di sampingnya. Mereka kemudian berkahwin.


Dia penagih


“Rupa-rupanya dia (bekas suami) penagih dadah dan kami bercerai tanpa anak.
“Hidup saya terdesak semula dan kembali menjadi pelacur sehingga hari ini dengan harga diri semurah RM30 sahaja,” jelasnya. Matanya berkaca menahan air mata apabila mengenangkan nasibnya itu.


Mak Uda merupakan sebahagian daripada kisah wanita pekerja seks di Kuantan, Pahang yang mengikuti program Pusat Singgah Masuk Wanita (PSMW) kendalian Komuniti Pencegahan Dadah (DIC) Pahang bagi membantu golongan tersebut memilih cara hidup sihat.
Menurut Pengurus Program PSMW-DIC Kuantan, Sazura Sarif, seramai 157 wanita pelbagai peringkat umur di sekitar Kuantan yang berisiko dijangkiti virus HIV mengikuti program tersebut termasuk pekerja seks seperti Mak Uda.


“Daripada jumlah itu, seramai 61 orang adalah pasangan kepada penagih dadah jenis suntikan, 57 pekerja seks, 22 wanita berisiko yang bukan pekerja seks, lapan wanita penagih dadah jenis suntikan dan seorang pengguna dadah sintetik.
“Selain itu, seramai 27 orang disahkan sebagai pembawa virus HIV.
“Manakala sembilan anak pekerja seks dan wanita penagih dadah itu dirujuk ke rumah-rumah perlindungan untuk diberikan kemudahan persekolahan,” katanya.


MAK UDA bergelar pelacur setelah melarikan diri dari rumah di Terengganu kerana tidak tahan didera ibu kandungnya sendiri.


Berisiko


Tambah Sazura, pihaknya menyediakan bantuan termasuk makanan berkhasiat, kemahiran asas, rawatan kesihatan oleh pihak perubatan sukarela dan sesi terapi bagi memulihkan semangat golongan tersebut.


“Kami memberi bantuan kepada wanita-wanita ini kerana mahu mereka hidup dengan cara yang lebih sihat.
“Kami tidak memaksa mereka berubah dan jika mereka memilih untuk meninggalkan cara hidup sekarang, kita sangat menggalakkannya.
“Kami juga membantu mereka mencari pekerjaan yang lebih baik jika mereka mahu berubah,” katanya sambil memberitahu program itu menerima bantuan dana daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia.


Sementara itu, Kaunselor PSMW-DIC Kuantan, Wan Norizan Wan Othman berkata, kebanyakan wanita berisiko yang diberi bantuan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai tempat bergantung.


“Ada juga kes melibatkan perceraian, berisiko atau sudah dijangkiti HIV kerana suami menjadi penagih dadah dan banyak lagi.
“Kita bersikap terbuka dan menerima setiap wanita berisiko seperti itu untuk datang ke pusat ini.
“Masyarakat tidak wajar mencemuh kerana ia tidak membantu, sebaliknya mereka perlu ditolong supaya berubah,” kata beliau semasa ditemui di PSMW-DIC di No.14 Jalan Bukit Ubi berhampiran Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.
_________________________________________________________________________________
Dah abis baca. Emm bersyukur la kerana anda dan saya tidak seperti Mak Uda yang didera oleh ibu kandungnya sendiri. Di rantai tanpa belas kasihan, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Ke manakah sikap seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang dan sikap lemah lembut serta penyayang.. Mungkin ada peristiwa hitam yang membuatkan ibunya bertindak sedemikian ke atas Mak Uda seakan protes untuk membalas dendam. (Ini hanya spekulasi). Emm apapun hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semoga ibu-ibu di dunia ini melimpahkan kasih sayang kepada anak-anak.. Amin..

SUMBER: KOSMO

P/S: IBU TIRI SELALUNYA DIKAITKAN DENGAN MENDERA TAPI KALI NI IBU KANDUNG.. PELIK KAN.. ZURIAT SENDIRI PUN BOLEH DERA.

Saturday, December 11, 2010

Isteri Juga Curang

Salam Semua...

Lewat hari ni aku share entri pilihan.. Sebabnya sibuk nak menganalisis data. Pening kepala aku. Skang relax jap nak share sikit berita pilihan NBL untuk hari ni..Kali pasal isteri curang plak... Apa nak jadi dengan dunia zaman skang kan.. Dulu lelaki je curang.. Sikit-sikit salahkan lelaki curang tapi skang isteri pun da curang.. Noktahnya perhubungan yang dibina tu di mahkamah dengan perceraian... Nak tahu kisahnya jom baca..
________________________________________________________________________________
ALOR SETAR: Geram kerana isterinya berlaku curang, seorang suami bukan saja nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), tetapi turut menampar isterinya yang berusia 36 tahun bersama pasangannya berusia 50 tahun ketika mereka ditahan pihak berkuasa itu kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.



Suami berusia 40-an itu dikatakan sudah hilang sabar dengan tindakan isterinya itu yang kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, dia dan isterinya kini dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu dan ia berkemungkinan berpunca akibat sikap wanita itu yang berlaku curang di belakang suaminya.


Menurut sumber Padal, pihaknya yang menerima maklumat daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi bergegas ke lokasi dan mendapati keadaan rumah itu gelap dan pintu berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.


“Lelaki itu memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.
“Hasil pemeriksaan menemui wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat berada di dalam rumah itu dan dalam keadaan takut selepas mendapati suaminya turut berada bersama kami,” katanya.


Sumber itu berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Katanya, ketika serbuan, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak pasangan suami isteri itu yang berusia lapan tahun turut berada dalam rumah terbabit dan sedang nyenyak tidur.


“Suspek lelaki yang ditahan itu memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.
“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan maksiat,” katanya.


Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri serta tiga anak tetapi kerap ke rumah ‘adik angkatnya’ itu untuk berkongsi kasih sayang antara abang dan adik.
Lebih malang lagi apabila suri rumah itu dan pasangannya terpaksa bermalam dalam lokap pada malam itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas tiada penjamin untuk menjamin mereka di pejabat agama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
_________________________________________________________________________________

Da abis baca da.... Emm teruk kan.. Macam-macam la skang ni. Sikap isteri yang melampau-lampau. Dapat suami yang baik isteri plak macam haram jadah perangai nya.. Sepatutunya bersyukur la dapat suami yang baik compare ngan suami yang suka mendera tu. Apapun tindakan lelaki tu untuk bercerai mungkin tu penyelesaiannya. Sapa sanggup kan bile da berlaku curang. Nak maafkan pun sukar kot.. Apapun renung-renungkan lah... Banyak faktor yang menyebabkan isteri curang.. Apa ek faktor die?? Mungkin korang ada jawapan nya..

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: KEPERCAYAAN ITU PERLU DALAM PERHUBUNGAN TAPI KADANG KALA SENTIASA KENA BUAT SPORTCHECK PASANGAN KITA. SEBELUM KENAL DULU PASANGAN. IF RASA TAK SESUAI TAK PAYAH LA KAWIN. NNTI MERANA LAK..

Jom Makan: Nasi Kukus Gulai Kawah

Salam Semua..

Kali ni plak dalam entri Jom Makan aku nak bawak korang pergi makan Nasi Kukus Gulai Kawah yang bertempat di Seksyen 16 Petaling Jaya. Emm nasi kukus gulai kawah ni selalunya dapat pujian sebab sedap.
Harga standard RM 4. Murah la kan. Makan mmg kenyang la. Aku makan pun kenyang melampau sampai tak abis kadang tu. So Lurviey aku yang abiskan. Thanks honey.


Enak kan dapat makan atas daun pisang ngan aroma nya. Nasi ngan ayam goreng berempah then sayur. Ayam tu korang boleh pilih nak yg mana. Mmg besar la ayam tu.

Kuah biasanya ada dua. Satu kuah daging then satu kuah ayam. Macam aku suka makan banyak kuah so mintak satu mangkuk untuk letak kuah. Syok la. Dalam kuah tu ada isi lagi.

Menyelerakan. Rugi kalau tak cuba. Nasi pak cik ni mmg laku. Ramai orang yang makan. Pak cik bukak gerai sampai pkul 1 pagi tapi before pkul 1 da tutup sebab da abis. Bukan sikit tapi banyak. Tak tahu la berapa ratus pinggan abis. Ratus ker?? Tapi rasa nya seratus tu mmg cecah la.

P/S: TIPS MAKAN NASI KUKUS GULAI KAWAH: PERUT KENA LAPAR TAHAP GASTRIK

Friday, December 10, 2010

Puaka Program Realiti Sehati Berdansa

Salam Semua...

Malam-malam macam ni bercerita pasal puaka plak kan. Naa.. Program Realiti Sehati Berdansa mesti ramai yang tengok kan. Ye la artis-artis masuk menari. Pas tgk korang pun undi kan. Haha. Aku tak pernah pun undi tapi tgk program ni mmg aku suka sebabnya kelainan tarian yang dibawa oleh peserta tu. Tapi kan apa yang puakanya program ni?? Puakanye sebab kebanyakkan artis yang masuk program realiti ni da pun bercerai.. Macam tak masuk la kan ngan nama program. Kata Sehati Berdansa tapi akhirnya... Apapun jom layan. Aku bukan nak memburukkan orang cuma ni adalah realiti dan kenyataan. Jom baca dulu then nanti tgk apa yang aku ckp kat bawah. Jangan judge aku before korang baca semua ni.

__________________________________________________________________________________

SHAH ALAM: Pasangan juara program Sehati Berdansa musim ke-3, Sein Ruffedge dan Nana, sah bercerai secara baik dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam. Sein, 27, atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa melafazkan cerai terhadap Nana atau Noor Diyana Muhammad, 26, pada jam 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan isterinya itu, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berpisah secara baik. Sebelum ini, Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri yang menyertai program yang sama turut bercerai dengan pasangan masing-masing.


Nana yang pernah menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan prosiding berjalan di depan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.


Peguam syarie Nana, Zuri Zabudin Budiman memberitahu mahkamah permohonan untuk bercerai difailkan kerana pasangan itu tiada persefahaman dan gagal menyelesaikan perbalahan yang berpanjangan.


“Pasangan itu tidak dapat menjalani kehidupan suami dan isteri serta pernikahan mereka juga tidak bahagia. “Mereka masih tinggal serumah tetapi sudah tidak tidur bersama. Pelbagai usaha dilakukan termasuk dibantu keluarga kedua-dua pihak, tetapi tiada jalan penyelesaian dicapai,” katanya.


Zainor Rashid selepas mendengar lafaz itu, mensabitkan gugur talak satu kali pertama terhadap Nana dan memerintahkannya beredah selama tiga kali suci.
Beliau juga memerintahkan perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan terbabit dibatalkan.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, ________________________________________________________________________________
Da baca kan.. Ok la sebenarnya bukan salah program realiti tu yg menyebabkan mereka bercerai. Walhal ramai lagi orang yang bercerai setiap hari. Cuma yang bezanya orang biasa ngan orang yang dikenali. Tu je. Artis mmg jadi tumpuan la bila bercerai la, gaduh la, kahwin la, bersosial la dan macam-macam lagi. Byk cara untuk selesaikan masalah cuma sama ada mereka ingin selesaikan atau pun tidak. Kaunseling Perkahwinan dapat selesaikan masalah jika dibarat tetapi kat tmpt kita ni bila pasangan seek for counseling they tend to judge.. OMG. Teruk kan. Lagipun masyarakat kita masih kuat dengan "Jangan Buka Pekung di dada". Ini bukan masalah pekung dibuka atau tidak tetapi mereka haruslah bijak untuk membezakannya. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

SUMBER:BERITA HARIAN

P/S: PENCERAIAN... SUDAHNYA ANAK-ANAK MENJADI MANGSA.

Thursday, December 9, 2010

Hakim Syariah Pun Berkhalwat??

Salam Semua..

Ari ni lewat lak update blog ngan berita panas pilihan NBL kan. Maklumlah letih...Ok la apapun still tak terlewat kan. Ari ni bukak paper tgk pasal orang berkhalwat. Ala selalu sangat kite dgr kan pasal berkhalwat ni. Tapi kali ni melibatkan hakim syariah.. Tak pelik ker. Hakim Syariah tuu.... Tapi bila cakap macam ni orang pun akan jawab "hakim syariah pun manusia jugak, ada nafsu". Emm apa-apa la. Masing-masing dikurniakan akal untuk berfikir. Jom baca...

_________________________________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.



Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.


“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.
“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.
Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.
Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.
Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.
Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.
“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.
_________________________________________________________________________________
Amacam... Ok tak... Emm tapi apapun yang peliknya kenapa la golongan sebegini yang boleh la dikatakan cerdik dalam soal bab agama ni boleh melakukan perkara sebegini. Bukannya bujang.. Da kawin... Bini tak kasik ker?? Teruk sgt ke sampai cari lain. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Cuma masing-masing boleh fikir kan...

 
SUMBER:HARIAN METRO
 
P/S: ORANG DA KAWIN BLEH MAIN BELAKANG LAGI EK. TAK KISAH LA SUAMI KE ISTERI KE. PELIK BETUL AKU SAMPAI BLEH MAIN LUAR. DINGIN SGT KE KAT BILIK TIDO TU. FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Wednesday, December 8, 2010

Mak Di Sembelih

Salam Semua..

Korang masih ingat kes anak yang sembelih bapak and datuk yang berlaku baru-baru ni dan pada mulanya dia disyaki menghadapi masalah mental, namun setelah ujian psikologi yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua kali menunjukkan bahawa dia bebas daripada tanda-tanda penyakit mental? Mesti korang ingat kan kisah tragis tu. And then kisah bapak yang sembelih anak ( gmbr kt bawah) tp bapak tu mmg ada masalah mental. Tapi kali ni plak amah atau pembantu rumah plak yang menyembelih seorang ibu tua. Jom baca kisahnya dalam pilihan berita NBL pada hari ni.

_________________________________________________________________________________
PASIR MAS: “Mak saya kena sembelih!” jerit seorang peniaga, Lee Chee Keong, 30, kepada sepupunya, Lew Beng Lai, 76, sebaik melihat ibunya ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Lubok Tapah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Lee yang pulang ke rumah untuk menghantar nasi bungkus kepada ibunya, Yeap Seok Pen, 60, terkejut apabila disajikan kejadian memilukan menimpa pesara jururawat terbabit.


Berikutan itu, Chee Keong memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya, Lee Lai Wing, 64, yang ketika itu berada di kedai jam milik keluarga mereka di bandar ini, selain memberitahu Lew yang tinggal di sebelah rumah.
Difahamkan, kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan amah yang baru diambil bekerja daripada ejen pembantu rumah di Kota Bharu sejak dua minggu lalu. Pembantu rumah itu didapati tiada di rumah ketika mayat Yeap ditemui.


Namun, dengan bantuan orang ramai dan kecekapan polis membolehkan pembantu rumah warga Indonesia berusia 20-an itu diberkas di Cabang Empat Tok Uban, di sini, kira-kira jam 5 petang.
Suspek dibawa sekumpulan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.
Menceritakan kejadian itu, Lew berkata, dia yang duduk di depan rumah bersama anak saudaranya terkejut sebaik mendengar jeritan saudaranya itu.


“Saya terperanjat apabila sepupu beritahu ibunya mati disembelih. Mulanya macam tidak percaya, tetapi keadaannya ketika mengungkapkan perkataan terbabit menyebabkan saya berdebar-debar.
“Sambil berdiri di pagar rumah, Chee Keong menghubungi ayahnya yang berniaga di kedai jam tangan di bandar ini selain melaporkan kepada polis,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia pergi ke rumah terbabit dan mendapati mangsa terlentang dan berlumuran darah di kepala.
Katanya, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama tiga ahli keluarganya termasuk suami dan dua anak lelaki mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.

“Mereka sekeluarga baru mengambil pembantu rumah itu dua minggu lalu.


Tujuannya untuk menjaga mangsa kerana keadaannya tidak begitu sihat dan perlu penjagaan rapi,” katanya.
Chee Keong yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit, bagaimanapun mengesahkan kejadian menimpa ibunya itu disedari sebaik menghantar makanan tengah hari ke rumah kira-kira jam 2 petang.


“Pagi sebelum kejadian, saya dan bapa meninggalkan ibu dalam keadaan baik di bawah penjagaan pembantu rumah. Dia seorang yang rajin dan mendengar kata.
“Saya amat terkejut melihat ibu dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu dan berlumuran darah di muka,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari selepas seorang anak mangsa pulang ke rumah bagi menghantar makanan kepada mangsa.
Beliau berkata, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Tapah, di sini, dan dipercayai ditikam penyerang yang juga pembantu rumahnya iaitu seorang wanita berusia 21 tahun.
Katanya, mangsa yang juga bekas kakitangan sebuah klinik pergigian di Pasir Mas menghidap Parkinson sejak beberapa tahun lalu.


“Setakat ini kami masih menyiasat motif kejadian dan menyoal siasat anak lelaki mangsa yang menemuinya terbaring di dalam rumah.
“Maklumat awal mengatakan ada jiran terdengar bunyi bising seolah-olah pertengkaran di rumah mangsa sebelum mayatnya ditemui berlumuran darah,” katanya.

Mazlan berkata, polis membuat sekatan jalan raya sebelum mengesan suspek di sekitar Cabang Empat Tok Uban, di sini, dengan bantuan orang ramai dan menahannya kira-kira jam 5.15 petang selepas itu.


“Suspek dikesan di sekitar Tok Uban dan hasil kerjasama orang ramai, suspek yang ketika itu dilihat berjalan ditahan.
“Kami akan menahannya untuk siasatan lanjut dan mengetahui punca dia bertindak demikian,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Mazlan, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
_________________________________________________________________________________

Kejam kan. Semakin hari semakin ramai orang yang bunuh orang. Tapi kali ni kita masih tak tahu sama ada si pembunuh ini mempunyai masalah mental ataupun tidak. Apakah punca masyarakat sakit mental? Hehe.. Aku da lupa da sikit apa yang aku da belajar. Yang pasti faktor persekitaran, faktor biologi turut memainkan peranan yang menyumbang ke arah sakit mental.

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: TEKANAN HIDUP YANG MELAMPAU YG MENYEBABKAN MANUSIA TIDAK DPT COPE MERUPAKAN SALAH SATU CIRI KESIHATAN MENTAL MANUSIA YANG TIDAK BAIK. KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MANUSIA HARUSLAH DIPELIHARA AGAR KESIHATAN MENTAL MEREKA BERADA DALAM KEADAAN BAIK

Gay Bogel Sedang Bercumbu

Salam semua...


Tak abis-abis kan  masalah sosial skang ni. Macam-macam..Kali ni pasal gay plak.. Emm kadang tu tertanya-tanya gak aku macam mana la nak kenal gay ni. Nampak normal tapi rupanya gay. Macam mana tue... So beware la ye bagi kaum wanita. Sangat berbahaya. Emm tentang tajuk kat atas ni korang baca la sendiri berita kat bawah ni. Tgk sikit kaum mana tuh..
____________________________________________________________________________
MELAKA – Keghairahan sekumpulan 30 gay bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi di sini kelmarin.

Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.


Pengarah (BPPA) Shahdan Othman berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.


“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam.
_________________________________________________________________________________

Dunia semakin berakhir, dengan pelbagai permasalahan sosial yang memerlukan perhatian pihak tertentu. Tapi di mana mereka. Bersembunyi??  Korang fikir la sendiri. Ramai orang pandai cakap tapi tak pandai nak bertindak. So bagi sesiapa yang pandai bercakap tu tolong la bertindak. Jangan cakap pakai hembus je. Fikir dulu sebelum cakap.

SUMBER: KOSMO

P/S: KENAPA PERKARA SEBEGINI BERLAKU, APAKAH PUNCANYA? BILA MASALAH INI AKAN SELESAI?? JAWAPANNYA... AKU PUN TAK TAHU...

Tuesday, December 7, 2010

Suami "makan luar" Isteri Derita

Salam Semua...

Emm..ari ni banyak sgt nk share tapi untuk skang share pasal ni dlu. Suami suka "makan luar". Aku pun tak faham la kenapa la suami ni suka sangat cari pasal. "Makan kat luar" then balik rumah isteri merana. Eeee.. Kesian si isteri dapat suami macam ni. Kawin ingatkan bahagia tetapi akhirnya derita. Pas tu kalau tgk kat filem-filem bile isteri da dapat penyakit suami mula salahkan isteri yang curang. Walhal diri suami tu sendiri yang buat hal. Nak tahu lebih lanjut baca la berita kat bawah ni.. Jom baca... 


_________________________________________________________________________________ 
KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.

Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan, yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).

"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan disini semalam.
_________________________________________________________________________________

Aku rasa la kan if suami yang suka sangat "makan luar" ni better tak payah kawin la. Menyusahkan. Alasan nak kawin kononnya nak menghalalkan hubungan then nak dapatkan anak. Kehidupan hari ni makin kompleks ngan pelbagai masalah dan tingkah laku yang boleh mengurangkan kesejahteraan psikologi manusia.

SUMBER:KOSMO

P/S: KITA HIDUP HANYA SEKALI DAN HIDUP LA DGN AMAL KEBAJIKAN BUKAN HIDUP DENGAN KEJIAN ORANG.

Monday, December 6, 2010

1432 Telah Tiba

Salam Semua...
Esok Maal Hijarah.. Aku mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Jom baca sedikit info ttg Bulam Muharam nih..


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan

dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan 



Peristiwa-peristiwa penting:



1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

SUMBER:FORUM-FORUM


P/S: TAHUN BARU UMAT ISLAM DA PUN TIBA DAN PASTINYA SETIAP UMAT ISLAM ADA AZAM TAHUN BARU MASING-MASING. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA UNTUKKU. AMIN