You don’t have to be big. You have to be remarkable

10 Jenis Lelaki yang Perlu Dihindari

Salam Semua... Entri kali ni adalah perkongsian berkenaan lelaki yang perlu perempuan hindari. Sebagai manusia biasa sememangnya kita tahu tidak ada manusia yang sempurna tetapi kadang kala melalui pembacaan dan pengalaman hidup anda semestinya tahu bahawa terdapat banyak jenis sifat dan sikap buruk manusia. Di sini terdapat beberapa tips khusus yang wajib di baca oleh kaum wanita sebelum declare dengan pasangan anda kerana lelaki jenis ini tidak akan memberi membuat anda gembira dan adalah lebih baik untuk anda hindari lelaki jenis ini sebelum anda "stuck" dalam perhubungan yang TIDAK  menggembirakan anda. Jom baca...

1. Complainers
Lelaki jenis ini adalah lelaki yang sentiasa mengharapkan kesempurnaan daripada pasangannya dan anda pastinya merana kerana anda perlu memenuhi apa yang dikehendakinya. Oleh itu elakkan diri daripada lelaki ini. Nak berkawan boleh tapi untuk end-up dalam hubungan intim better jangan. Anda sentiasa akan dikritik dan ini akan memberi kesan kepada esteem kendiri anda.

2. "Damaged" Guys..
Lelaki jenis ini pula adalah lelaki yang boleh di anggap rosak yang mana ibarat dah tak boleh diperbetulkan lagi dah. First date korang ngan lelaki jenis ni dia akan bagitau yang die telah patah hati dan telah give up untuk menemui cinta lain. Oleh itu tak perlu la anda terhegeh-hegeh kat lelaki jenis ni kerana diaorang dah tak nak korang. (Biasanya lelaki jenis ni ada yang setia sebab tu tak nak cari lain da.. dan ada jugak yang da serik dalam bercinta dan tak percaya dengan perempuan lagi)

3. Lelaki yang lebihkan sukan daripada anda.
Kebanyakan lelaki meletakkan sukan as priority dalam hidup mereka tapi mereka akan sentiasa bersama dengan anda jika anda memerlukannya. Lelaki yang sangat obsess dengan sukan tidak mempedulikan hal ehwal rumah tangga lagi (anak menangis ke, rumah terbakar ke semua da tak kisah) asalkan dapat melihat perlawanan sukan.

4. Analyzer
Lelaki jenis ni mungkin perasan yang die ni Freud sebab tu setiap pergerakan anda sentiasa dianalisis daripada apa yang anda suka makan, perasa apa hinggalah jenis muzik yang anda suka dengar. Lelaki jenis ini akan duduk dan dengan senyuman seperti ilmu penuh di dada dan mengetahui segalanya sambil melabelkan diri anda sebagai... (apa-apa yang dia mahu label). Kemudian dia akan cuba untuk membetulkan diri anda dengan teori-teori peliknya.. So better jauhkan diri daripada diri lelaki ni.


5. Pretty-pretty boys.
Lelaki jenis ni biasanya terlalu obsess dengan penampilan. Over daripada perempuan dan biasanya lelaki ni bila spent time dengan korang die akan lebih suka membetulkan rambut dan membelek-belek wajah hingga merasakan yang die lebih cantik daripada anda. Elakkan daripada lelaki ni kerana anda akan bosan dengan nya selepas tiga kali keluar date dengannya. Percayalah!!!

6. Mr. Im-Better-Then-Everyone …

Lelaki jenis ni akan sentiasa mengatakan dirinya lebih bagus daripada orang lain. Dia tidak akan senyum atau tidak gembira dengan anda dan jika anda spent time dengan lelaki jenis ini anda akan mula berasa yang anda seperti berada dalam perlawanan.. PERLAWANAN SIAPA YANG LEBIH BAIK.. Oleh itu tinggalkan si dia dan carilah seorang yang lebih matang dan sentiasa mengakui akan kebolehan orang lain bukan hanya berpusat kepada diri sendiri.

7. Lelaki Paranoid
Lelaki jenis ni seharusnya anda memang perlu elak.. Wajib elak.. Anda tidak akan gembira bersamanya kerana lelaki jenis ini sentiasa bersyak wasangka. Seharusnya dalam perhubungan perlu ada kepercayaan. Bila tidak ada kepercayaan dalam perhubungan ianya akan menjadi hambar. Lelaki jenis ini akan sentiasa mengulangi apa yang anda katakan dan sentiasa akan menuduh anda menggatal. So, tolong jangan bercinta dengan lelaki jenis ini. Anda akan merana...
8. Men who just haven’t grown up …
Lelaki jenis ni biasanya tidak bekerja, dan menyalahkan orang lain di atas kemalasan dirinya. Lelaki yang sentiasa menyalahkan orang lain dan keadaan ini adalah lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. So better jangan la kawin dengan lelaki ni.. Anda pasti akan merana..

9. Lelaki Penipu.
Lelaki yang jenis penipu ni akan sentiasa menggunakan alasannya untuk melepaskan diri. Dan lebih menguntungkan jika lelaki ni pandai bersandiwara. So, berhati-hati dan jika anda sayangkan lelaki jenis ini untuk kepastian adalah anda siasat terlebih dahulu untuk memastikan kesahannya. Tidak ada siapa yang dapat membuktikan bahawa "Sekali Menipu, Selama-lamanya akan Menipu"

10. Lelaki Kejam.
Lelaki yang baik tidak akan menggunakan kuasanya untuk membawa anda ke mana yang dia suka. Lelaki yang baik tahu batasan dalam perhubungan dengan anda lebih-lebih lagi jika belum berkahwin. Tinggalkan lelaki yang suka mengangkat tangan ke arah anda.. Sekali tangannya telah menyentuh anda dengan kasar dia akan mengulanginya lagi walaupun telah berjanji tidak akan mengulanginya. Larilah secepat mungkin daripada lelaki jenis.

SUMBER:  LAZYDESIS FORUM

P/S: TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA. PERANGAI YANG BURUK BOLEH DIUBAH.

0 Comment for "10 Jenis Lelaki yang Perlu Dihindari"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top