Special Offer

Author

Maher Zain Live in Sarawak 2011

Salam Semua...

Sapa org Sarawak kat sini komen kt chatbox!!!!
Untunglah org Sarawak Maher Zain dtg buat konsert kat sana..


Date: Saturday, November 19 · 8:00pm - 10:00pm
Location: Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak
 
Baca lah info kat bawah ni

Kejutan menanti peminat Maher Zain di Sarawak apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Insya-Allah itu akan menghiburkan peminatnya di sana pada November depan.

Dianjurkan oleh Marctensia Concerts, konsert yang dinamakan Maher Zain Live In Sarawak ini akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November depan pada jam 8 malam. Harga tiket yang dikenakan adalah RM103, RM203 dan RM303 dan pre-jualan tiket akan mula ...dijual mulai 19 September sehingga 2 Oktober. Sepanjang tempoh itu, peminat yang membeli tiket akan menikmati diskaun sebanyak 10% menerusi pembelian melalui online iaitu http://www.ticketcharge.com.my/jl/ atau menghubungi talian TicketCharge 03-92228811. Untuk mendapatkan tiket VIP, peminat boleh menempahnya dengan menghubungi talian hotline Marctensia iaitu 03-20921199 atau emel kepada ticketing@marctensia.com

Memandangkan ini adalah julung kali Maher menjejakkan kakinya ke negeri yang mendapat jolokan Bumi Kenyalang ini, pastinya konsert ini bakal menarik ramai peminatnya yang sebelum ini tidak berpeluang menyaksikan dua konsertnya yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dan apa yang pasti, penampilan sulung Maher di Sarawak nanti bukan saja memikat penonton tempatan tetapi juga bakal mengundang peminat dari negara jiran tetangga untuk sama-sama berhibur dengan penyanyi itu.

Tidak dapat dinafikan, sejak lagu Insya-Allah nyanyiannya mendapat sambutan, penyanyi berusia 30 tahun ini mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia. Buktinya, sejak membuka akaun di laman sosial Facebook dua tahun lalu, dia sudah berjaya mengumpul lebih dua juta peminat. Maher juga mencatat sejarah tersendiri apabila album Thank You Allah berjaya dijual sebanyak 120,000 unit dan dianugerahkan dengan enam anugerah platinum di atas kejayaan cemerlangnya itu di Malaysia. Pada tahun yang sama, dia dinamakan sebagai individu yang paling kerap dicari dalam enjin pencarian Google di Malaysia. Justeru tidak hairanlah Maher terus menjadi kegilaan peminat di negara ini.

Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang marctensia.com.my atau hubungi talian 03-20921199

Pre-sale Starts 19th September till 2nd October 2011
[Enjoy 10% Discount During Pre-Sale Period]

Ticket Price: RM 103, RM 203, RM 303, VIP

TicketCharge Hotline: 03 9222 8811
Online Purchase: www.ticketcharge.com.my  

VIP Booking via Marctensia Hotline: 03 2092 1199 or ticketing@marctensia.com


Sumber: Facebook

P/S: Best ke pergi konsert?
0 Komentar untuk "Maher Zain Live in Sarawak 2011"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top