Special Offer

Author

Skim Rumah Pertamaku

Salam Semua..

Kalau tak silap aku tahun lepas kot isu tentang skim rumah pertamaku ini mula dihebahkan dimedia masa. Time tu aku tak amik port pun sbb aku tak fikir lagi pasal nk beli rumah.. Otak serabut nak praktikal kot masa tu. Now da keje, mula la terfikir nk beli rumah dulu. Kereta tak penting pun bagi aku.. So aku pun teringat ttg skim rumah pertamaku ni.. So aku ushar cari info and aku share la kat sini. Sharing is caring... Now aku da faham..

Rumah Idaman aku.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-Ciri dan Faedah Utama
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja 
Kriteria Kelayakan
Peminjam/Pelanggan Yang Layak
  • Warganagera Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat 
Harta yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM220,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan) 
Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan 
Permohonan
  • Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.
Hubungi

Da abis baca da?? So mcm mane? Kalau korang tak faham boleh emailkan pertanyaan korang tu or call bank yang terlibat untuk mendapatkan informasi lebih lanjut ttg skim ni. Bagi aku personally aku mungkin tak amik skim ni kot sbb aku punyer bajet rumah so far semua melebihi RM220k.. Ntah la skang masih tgh ushar2 lagi.. Financial kena betul2 stabil baru bleh buat loan untuk rumah.. Pening kepala aku.. Target aku before kawin tahun dpn nk ada sebuah rumah.. Tak kisah la atas langit ke atas tanah ke. May be aku nk beli apartment and biar Lurviey beli atas tanah..

P/S: Td da tgk rumah and floor plan.. terbaik la.. Tap kat Country Homes Rawang.. Jauh.. X mo..
0 Komentar untuk "Skim Rumah Pertamaku"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top