Special Offer

Author

Lelaki Rebus Telinga, Daging Kekasih

Salam Semua...

Sedar tak korang yang tahap kesihatan mental masyarakat dunia semakin menurun. Malaysia pun sama.. Semakin maju kehidupan,semakin manusia kurang pandai dalam menguruskan tekanan dalam kehidupan. Semakin canggihnya dunia, semakin manusia kurang berkomunikasi dan keadaan ini menyebabkan manusia lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak menceritakan masalah yang dihadapi. So bile berada dlm keadaan tertekan dan tidak tahu bagaimana utk menguruskan tekanan dengan betul manusia akan berfikir dan bertindak secara tidak rasional... Dalam segmen Penyakit Sosial mengenai kisah lelaki yang merebus telinga dan daging kekasihnya sendri.. Korang baca la kat bawah ni ok.

BEBERAPA anggota polis memeriksa rumah McCuin di Tyeler, Texas
TEXAS – Polis di Texas, Amerika Syarikat (AS) menemui satu telinga manusia yang direbus dalam periuk dan seketul daging yang diletakkan pada pinggan di meja dapur di sebuah rumah. Menurut siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, seorang lelaki, Christopher Lee McCuin, 25, dipercayai memasak sebahagian badan teman wanitanya yang berumur 21 tahun itu.Pihak berkuasa mendapati dia juga cuba untuk memakan daging milik kekasihnya itu.

Polis berkata, semua gambaran itu diceritakan sendiri oleh McCuin yang menghubungi pihak polis yang menyebabkan kejadian berkenaan terbongkar.Suspek itu dijangka didakwa atas tuduhan membunuh. Beberapa pegawai berkata, lelaki itu kini berada di sebuah penjara di Texas sejak malam kelmarin dan dia tidak mempunyai seorang peguam belas.Nilai ikat jaminnya adalah sebanyak AS$2 juta (RM6.56 juta). Pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada McCuin sudah menggunakan sebahagian daripada badan si mangsa.

“Tiada sebarang bukti yang menunjukkan suspek berbuat demikian,” kata Syerif daerah County, J.B. Smith.McCuin turut disyaki menikam seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki baru bekas isterinya, pada awal pagi Sabtu lalu.

Selain itu, suspek dilaporkan mempunyai rekod jenayah termasuk memandu dalam keadaan merbahaya dan dakwaan melakukan kesalahan menyerang dengan senjata. Beberapa pegawai berkata, kejadian pembunuhan itu bermula selepas McCuin membawa kekasihnya itu, Jana Shearer dari rumahnya di Texas malam Jumaat lalu sebelum membunuhnya. – AP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Korang kenal Jack The Ripper? Go and google it kalau korg suka baca kisah pembunuhan.. :)
0 Komentar untuk "Lelaki Rebus Telinga, Daging Kekasih"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top