You don’t have to be big. You have to be remarkable

Libya Bebas Pemerintahan Gaddafi

Salam Semua
Tak sangka pemerintahan Gaddafi menimbulkan kesengsaraan dalam kehidupan rakyat di Libya. Oopsss... Aku masih menggali info Siapakah Gaddafi yang sebenarnya.. :) Selamat membaca..


BENGHAZI - Pemerintah baharu Libya kelmarin mengisytiharkan negara berkenaan bebas daripada pemerintahan Muammar Gaddafi selepas 42 tahun beliau memerintah.

Seorang peguam Abdel Rahman el-Qeesy, yang membuat pengumuman tersebut bagi pihak Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di sini berkata, firaun sepanjang zaman (Gaddafi) telah dibuang ke dalam tong sampah dalam lipatan sejarah.Kini katanya, masa depan Libya dibayangi demokrasi dan perdamaian.

Pengumuman pembebasan Libya itu turut menetapkan pelan ke arah sebuah pentadbiran baharu yang demokratik melalui proses pilihan raya dalam tahun 2013.

Pada masa yang sama, ketua NTC yang memerintah Libya, Mustafa Abdel Jalil mengulangi janjinya untuk mewujudkan undang-undang syariah di negara Afrika Utara itu.

"Semua syuhada termasuk orang ramai dan tentera menanti detik ini. Namun, kini mereka berada di tempat paling baik iaitu syurga yang kekal abadi," kata Mustafa.

Beribu-ribu orang berhimpun di sini, timur Libya kelmarin untuk mendengar pihak berkuasa yang baharu mengumumkan pembebasan Libya daripada cengkaman rejim Gaddafi.Sementara itu, terdapat rakyat Libya yang bimbang negara itu akan sekali lagi terjerumus ke dalam kancah peperangan kerana mereka sangsi tentang kepimpinan Mustafa yang dianggap kurang tegas. Beliau dibimbangi tidak dapat mengawal kumpulan-kumpulan serpihan dalam NTC yang memungkinkan negara itu kembali kacau-bilau.
- Reuters

Sumber: Kosmo Online
P/S: Bebas dari Firaun?
0 Comment for "Libya Bebas Pemerintahan Gaddafi"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top