Special Offer

Author

Bicara Hati Mencari Katarsis



Salam Semua..




Syukur Alhamdulillah sangat2 kerana diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di atas bumi Allah yang hanya sementara untuk aku ini. Semalam bagaikan nyawa mahu berpisah dengan badan.. Susah nak gambarkan  mcm mane rasa semalam. Semalam juga terima berita sedih bahawa abah kepada Huda (one of my besties) telah dijemput oleh Ilahi. Mohon sedekah al-Fatihah bagi yang membaca entri ini. Terasa mcm baru je jmpe abah Huda masa convo ari tu.. Tapi itulah ketentuan yang telah tersurat di loh mahfuz. Tidak lewat dan cepat walau sesaat. Semuanya telah ditentukan..

Semakin berdepan dengan realiti kehidupan yang sebenar semakin membuat aku berwaspada dengan setiap apa yang berada dipersekitaran aku. Semakin banyak peristiwa yang menganggu fikiran aku, semakin banyak aku menggunakan hati untuk berbicara. Bicara hati lebih indah,tenang daripada berbicara dengan manusia yang mahu bertikam lidah dan menggunakan senjata kata untuk membunuh hati secara tidak langsung. Arghh...Tiada siapa tahu, tiada siapa mengerti isi hati ini walau nampak seperti tiada masalah,happy, keluar tapi jauh disudut hati tersimpan 1000 masalah,1000 perasaan, 1000 persoalan, 1000 impian yang masih belum terlaksana. 

Kadang kala cukup letih dan tenat untuk berkompromi dengan sikap manusia yang langsung tidak mengerti apa yang sedang aku lalui. Sudahnya hanya janji tinggal janji. Aku semakin sedar bahawa "the power of me" semakin hilang dalam diri aku. Ke mana ia menghilang? Aku harus mengumpul kekuatan and memungut kembali sisa dan cebisan "the power of me" yang masih berbaki dan dicantumkan kembali agar aku bangkit kembali. Kembali bangkit untuk mencari KATARSIS. Ianya bagaikan satu perjalanan yang sangat panjang untuk aku bertemu katarsis diriku. Di sini tiada elemen katarsis kerna disini bermula satu egois yang mengkucar-kacirkan elemen homostesisku. Sekian


P/S: Kalau bisa waktu kembali lagi. 


Tag : emovere, personal
0 Komentar untuk "Bicara Hati Mencari Katarsis"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top