Special Offer

Author

Malaysia Paling Ramai Obes



Salam Semua..

Pepagi bukak berita perghh tajuk depan Kosmo Online "PALING RAMAI OBES" . Tahniah diucapkan? Huh.. Macam mne la tak obes kalau life style pun makin teruk.. Semua nak bermalas-malasan.. Ingat semakin maju semakin tinggi kesedaran terhadap penjagaan kesihatan tapi tak.. Nak beli makanan just click je kat internet, tekan butang call da terpacak depan muka pintu makanan yg diorder. (turut mengingatkan diri sendiri). Bangun pagi je duk ngadap lappy then makan ntah hape je kan. Grr.. Melalut da aku ni kan. Baca la berita penuh kat bawah..



KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong)
.
Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Sumber: Kosmo Online
P/S: Da lama tak buat medical check up.. Sigh**


0 Komentar untuk "Malaysia Paling Ramai Obes"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top