Special Offer

Author

Unedited Version of Emovere



I'm not in the mood... This entry I called it as "No Title, Unedited Version of EMOVERE"


Salam Semua

Attention: Entri ini adalah entri mentah yang belom ditapis dan tidak akan ditapis.. Ianya adalah original terhasil dan digerakkan oleh tangan. Dari otak ke tangan ke dunia maya (Sila tinggalkan entri ini jika anda tak faham)

Memasukkan cecair bercaffeine dalam badan adalah satu benda yang tak elok. But ada aku kisah? Sebab aku tak kisah aku masih memasukkan cecair tersebut ke dalam badan aku yang aku panggil NESCAFE. Kenikmatan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Tapi sudahnya kalau pengambilan secara berterusan akan mendatangkan kesan kesihatan. Ye aku tahu tu. Terima Kasih..

Masih dalam Unedited Version of Emovere.. Melontar pandangan kosong pada skrin sambil menanti tindakan refleks daripada otak untuk melontarkan fikiran dan emosi yang terluah di skrin dan digerakkan dengan tangan menaip di laptop yang kini telah dihuni oleh cencorot sampah teknologi. Terus meneguk NESCAFE dan menanti refleks daripada otak ke jari jemari untuk menaip. 

Tangan ringan bergerak menyumbat earphones sony ericsson ke lubang telinga, melayan perasaan dengan rentak lagu SAY IT RIGHT nyanyian Nelly Furtado. Yes.. Say it Right.. Please say it right.. Damn it.. Jam menunjukkan pukul 11.25 malam. Lappy lagging.. 11.33 Beralih kepada Rihanna, Umbrella Live in Manchester. Aku rasa seperti ingin melayang pergi ke satu tempat yang jauh daripada makhluk yang berakal dan hinggap di satu tempat yang tenang dan damai, segar. I can feel it right now.. Bau hutan, tanah, cacing.. Kesegaran oksigen di hutan yang membuatkan aku dapat bernafas dengan lebih mudah. Tidak seperti di sini, saat ini, sukarnya untuk bernafas mendapat udara yang segar seperti dihutan. Setiap hari pasti asap monoksida akan menceroboh masuk ke ruang yang pastinya milik oksigen. Arghhh.. ingin aku pergi ke sana tapi di mana?? Indahnya alam fantasi. 

11.39, mengulang kembali lagu Rihanna. Mata masih belum lelap. Habis kerja balik dan rehat dalam keadaan yang sangat penat. Penat mental dan emosi.. Bukan fizikal. Fizikal sudah ditrain dari sekolah menengah. Jadi keletihan fizikal tidak begitu memberi efek kepada aku tapi keletihan emosi dan mental yang membuatkan aku semakin hilang.. Hilang limitasi kesabaran. 

Tutup lampu, masih di hadapan lappy termenung....
Adakah ini dikatakan emosional?? Ini bukan emosional tapi aku sedang mencari katarsis.. Tapi katarsisku disini sangat terbatas. Akan singgah di taman privasi yang tiada siapa tahu.. Hanya aku.. Disitu katarsis maya yang sebenar. Katarsis realiti?? Hanya kepada Allah S.W.T aku memohon... Peritnya hidup, kejamnya dunia ni aku rasa. Tapi apapun ianya akan tetap kembali seperti hari ini semalam, dan kelmarin.. Kerna Esok Akan Tiba Jua.. Jika dipanjangkan umur untuk bernafas di bumi Allah yang hanya sementara ini pastinya akan bertemu dengan ari esok dengan buku baru tapi jalan cerita yang hampir serupa. Bosan? Exactly.. Kadang kala bosan dan inginkan sesuatu yang baru tapi apa yang aku inginkan tidak kena pada waktunya. 

11.53, kak alin mungkin da masuk alam mimpi tapi aku masih berada di alam realiti mencari rasional yang telah hilang seketika. Mencari equilibrium dan homoestesis sebagai makhluk berakal yang normal. Berada di dalam gelap seperti ternampak pelbagai bayang-bayang yang pasti bukan bayang-bayang aku.. Cuak seketika.. Tapi masih berada dan meneruskan jari jemari untuk mencari katarsis di sini.. Ingin melayan techno tapi tiada di folder lappy.. Techno dalam iphone tapi apakan daya iphone tak de nyawa..

Harus bergantung dan bergerak sendiri... Hati aku berbisik, dan aku berfikir.. Semestinya.. Dalam kehidupan ni tak boleh mengharap dan percaya 200% pada orang.. Sedikit demi sedikit aku dapat melihat realiti kehidupan di alam kedewasaan ini. Kejam... Alam yang penuh dengan tanggungjawab... Tapi bagaimana orang yang tidak mengenal erti tanggungjawab??? Bukankah ianya menyusahkan orang-orang yang signifikan? Arghh... Manusia... Memang ada yang begitu. Bercakap tentang janji dan masa.. Pantang dalam hidup aku orang berjanji tapi tak tunaikan. Kenapa manusia suka sangat menggunakan perkataan "Saya Janji bla..bla..bla..." Aku paling tak suka nak guna perkataan janji kerana bagi aku janji adalah komitmen dan kalau da janji make sure buat..Bukan sekadar cakap tapi nothing!!! 

12.04... Kepercayaan.... Satu nilai yang telah diterapkan sejak aku kecik.. Mama selalu cakap jangan khianati kepercayaan, once khianati no more... Dan kini aku.. aku pun macam mama. Aku mudah tak percaya orang. Semua sama je.. It takes times utk aku percaya orang tapi bile da bagi kepercayaan macam s**t plak buat.. 

12.10 terbang ke NY melayan Linkin Park lagi.. Bait-bait lagu memang kena ngan apa yang aku hadapi skang.. Arghhh pergi jauh2.. Syuhhhhhh... Aku mahu bersendirian.. Menapak dalam keperitan di lorong sepi yang tak berpenghuni.. Biar aku menapak mencari satu dimensi yang aku namakan zon keselasaan. Ye.. Zon selesa di alam realiti..

Aku dapat merasakan terlalu banyak hormon negatif di dalam badan aku.. Hey kau.. Nyah kau dari badan aku... Berat aku rasa... Sudah lama service badan buang toksin,hormon jahat dan jugak shapingkan badan.. Arghhh.. Masa terlalu padat.. Aku tak de masa utk itu semua.. Kat mana?? Shaping? Cakap pasal shaping mesti orang akan rasa pelik bile orang keding berckp nk shaping.. Ini shaping daripada lemak2 yang tergantung dan memburukkan pandangan.. Arghh aku tak suka lemak-lemak.. So what.. Tak de masalah pun.. 

12.16. Aku mahukan kanvas untuk aku corakkan apa yang sedang melanda diri aku skang.. But I dont have a canvas... Seakan tidak puas bila tak dapat ekspresi emosi.. Aku hilang punca dan arah.. Aku tak tahu macam mane nk cari cara yang dulunya ada tapi kini HILANG... Masih mencari dan terus mencari...Sekian... Menjenguk ke Tumblr mencari katarsis..Aku akan terus mencari hingga aku temui titik katarsis... 

P/S: Abaikan ayat yang mcm bangang because this is unedited version of MINE.


Tag : emovere, personal
0 Komentar untuk "Unedited Version of Emovere"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top