You don’t have to be big. You have to be remarkable

Papa I Love You

Salam Semua..

Attention!!!!

Ada sesiapa kat sini nak Blackberry Playbook PERCUMA plus dpt tiket utk tgk wayang premier Papa I Love You bersama Lisa Surihani pada 27 Disember ni kat MBO Subang Parade, laju-laju tangan korang klik sini untuk join Contest Papa I Love You.
Rugi kot kalau tak join.. Aku? Aku tak photogenic plus kt FB aku tak ramai kawan-kawan so aku tak berminat la. Bagi korang-korang je la. 


Layan Trailer Papa I Love You ni okey...


Sinopsis Papa I Love You

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.
Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.

Sumber Sinopsis: Aniyz Blog
P/S: I love my Papa too!!!!!


0 Comment for "Papa I Love You"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top