Friday, September 30, 2011

Tulis Wasiat Bukan Doa Untuk Mati

Salam Semua...

Ari ni menimba ilmu pasal wasiat sikit.. Kebetulan dpt klien yang da mati dan hak perlu dipulangkan kepada waris.. Tapi mcm mane nk trace waris sebab tak de wasiat.. Sebut pasal wasiat je semua org relate dengan mati.. Mula la menerjah difikiran dengan perasaan kurang enak dan "mungkin tak lama lagi"-- Buat wasiat bukan doa untuk mati cepat.. Korang baca la info kat bawah ni..


Bayangkan benteng kekeluargaan yang dibina dengan kasih sayang, tolong menolong dan hormat- menghormati tiba-tiba roboh begitu sahaja. Keluarga berpecah-belah kerana satu perkara yang seharusnya boleh diselesaikan secara musyawarah iaitu wasiat.

Wasiat yang tidak diurus dengan baik boleh menyemarakkan perasaan benci sehingga ada anggota keluarga sanggup bergaduh dan berbunuhan kerana berebutkan harta pusaka.

“Itulah realiti yang berlaku dalam institusi kekeluargaan setiap kali berhadapan dengan soal pembahagian harta pusaka.

“Kita tidak boleh menafikan kebanyakan manusia mempunyai sikap mementingkan diri atau tamak. Manusia adakalanya sanggup melupakan tali kekeluargaan hanya kerana harta.”

Demikian akui Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya Legacy Services Sdn. Bhd., Rafie Omar mengenai kepincangan keluarga yang berlaku disebabkan perebutan harta pusaka.Ini berlaku apabila seseorang menghembuskan nafas terakhir tanpa meninggalkan wasiat.

Dalam masyarakat Melayu, wasiat adalah sesuatu yang agak tabu untuk dibincangkan dalam keluarga.Anak-anak yang mengusulkan wasiat dibuat biasanya dituduh sebagai derhaka kerana seolah-olah mahu ketua keluarga segera meninggal dunia.

Tetapi hakikatnya, pada zaman ini, wasiat tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif. Mengapa? Menurut Rafie, jika tiada sebarang penulisan wasiat, ia akan menimbulkan banyak masalah dalam sesebuah keluarga pada kemudian hari. Hari ini kebanyakan kita mempunyai pelbagai harta contohnya rumah, kenderaan mahupun akaun simpanan. Apabila ia tidak diwasiat, di sinilah timbulnya perbalahan keluarga.Antaranya ialah ahli keluarga akan mengalami kesempitan wang kerana pengagihan harta tanpa wasiat mengambil tempoh yang panjang.

Perlu diketahui ketika tempoh mentadbir harta pusaka, waris tidak akan mendapat harta, walaupun satu sen. Ini kerana semua harta si mati dibekukan termasuklah wang simpanan dalam bank.Ia tidak boleh dikeluarkan selagi pentadbiran harta pusaka masih belum selesai.

Selain itu, tanpa wasiat juga sering berlaku penganiayaan terutamanya ke atas pewaris muda.

“Apabila berlaku kematian, harta pusaka si mati akan menjadi hak milik ahli waris. Oleh itu, pewaris yang lebih tua akan bertindak selaku pentadbir mewakili ahli keluarga yang masih kecil,” ujarnya ketika ditemui

KOSMO!, di pejabat Amanah Raya Berhad (ARB), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Sekiranya anak yang tua berlaku adil dan faham akan pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah dalam surah An Nisa’ (ayat 7, 11, 12 dan 176), maka pembahagian harta dapat diagihkan dengan mudah.

Namun begitu kebanyakan waris tua tidak memahami pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh surah tersebut. Kesannya, waris kecil teraniaya dan tertindas gara-gara harta milik mereka jatuh ke tangan individu yang tidak sepatutnya.Bagi umat Islam yang bimbang masalah perebutan harta pusaka berlaku dan memecah-belahkan hubungan persaudaraan, anda dinasihatkan membuat surat wasiat, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sebagai manusia, kita tidak dapat menjangka atau mengetahui tarikh kematian. Oleh itu, penting bagi kita untuk membuat persediaan wasiat dengan kadar segera dan seawal yang mungkin.Ia bertujuan agar harta peninggalan dapat disalurkan kepada individu yang dikehendaki oleh si mati, terutamanya mereka yang memiliki anak angkat. Ini kerana harta yang ditinggalkan tanpa wasiat, secara automatiknya diberikan kepada pewaris keluarga mengikut faraid.

Hukum faraid yang berlandaskan syariat Islam menekankan bahawa harta si mati perlu diagihkan mengikut kedudukan hierarki waris seperti ibu bapa, suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.

Selain itu, hukum faraid juga menyatakan anak angkat atau keluarga bukan Islam tidak boleh mewarisi harta umat Islam, kecuali ia tertera pada wasiat.Bagi wasiat orang yang bukan beragama Islam pula, pembahagian harta pusaka boleh diwasiatkan mengikut hasrat dan keinginan pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

“Jika orang bukan Islam tidak membuat wasiat maka harta pusakanya akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958,” kata Rafie.

Siapa yang patut menyediakan wasiat?

Tambah Rafie lagi, individu yang sudah menjangkau umur 18 tahun ke atas dan berfikiran waras sudah boleh membuat wasiat.

“Mereka yang memiliki harta seperti harta alih mahupun tidak alih seperti akaun simpanan dan semasa di bank seperti Akaun Amanah Saham, Akaun Lembaga Tabung Haji, tanah dan rumah sudah boleh menyediakan wasiat, ” jelasnya Rafie lagi.

Bukan itu sahaja, individu yang berpoligami, saudara baru, memiliki anak angkat atau pasangan berkahwin yang tiada zuriat turut diberi penekanan supaya menulis wasiat.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan ARB, tidak dapat dinafikan kesedaran masyarakat negara ini terhadap kepentingan wasiat masih lagi rendah.

Laporan statistik ARB dari tahun 1998 hingga tahun 2007, menunjukkan agensi itu telah menguruskan 21,033 wasiat orang beragama Islam manakala bagi golongan bukan beragama Islam angka tersebut sekitar 8,222 orang.

Tulis testamen bukan doa cepat mati
Setiap kali disuruh oleh anak-anak untuk menyediakan wasiat atau testamen harta pusaka, ibu bapa pasti melenting kerana menyangkakan anak-anak mereka tamakkan harta.

“Ramai yang salah faham dengan penyediaan surat wasiat. Mereka menganggap menulis surat wasiat ketika masih sihat dan bertenaga, seolah-olah meminta mereka (ibu dan bapa) cepat menuju saat-saat kematian.

“Kira-kira 80 peratus masyarakat Melayu masih belum menyedari tentang penyediaan wasiat. Mereka berpendapat apabila wasiat sudah dilakukan maka secara automatiknya harta tersebut menjadi hak milik si pewaris. Sedangkan pada hakikatnya, wasiat hanya berkuatkuasa selepas si pewasiat meninggal dunia,” jelas Rafie lagi.

Selain itu, harta yang mempunyai penama seperti dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau insurans juga sering disalah ertikan oleh orang ramai.

“Individu yang dilantik atau dipilih menjadi penama ke atas KWSP atau dokumen yang lain, bukanlah pewaris tunggal yang akan mendapatkan sepenuhnya harta tersebut.

“Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1973, penama hanyalah sebagai pentadbir (wasi) bagi harta yang ditinggalkannya. Selepas mendapat harta si mati, penama perlu mengagihkan harta tersebut kepada ahli waris lain mengikut faraid,” jelasnya yang menambah seharusnya penama mempunyai sifat amanah dan tahu membahagikan harta.


Banyak kes menunjukkan penama tidak amanah dan membolot harta pusaka si mati. Penyelewengan harta pusaka telah mengakibatkan ada waris yang teraniaya.

Ramai orang meletakkan penama di kalangan ahli keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, isteri dan sebagainya. Tetapi kita harus ingat, mereka juga akan meninggal dunia dan kemungkinan meninggal dunia dahulu daripada kita.

Penulisan wasiat adalah penyelesaian kerana dalam wasiat, kita boleh melantik pentadbir bagi harta kita. Jika seseorang menulis wasiat di ARB, mereka menyediakan tiga perkhidmatan serentak iaitu penulisan wasiat, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat.

ARB akan bertindak sebagai pentadbir bagi harta-harta tersebut. Oleh itu, isu dan masalah penama yang tidak amanah atau membolot harta pusaka tidak akan berlaku.
Kepada anda yang ingin memberikan harta anda kepada rakan-rakan, masjid, sekolah, jiran atau persatuan, anda boleh melakukan sedemikian, asalkan ia tidak melebihi satu pertiga daripada harta anda.
“Untuk merealisasikan impian tersebut, pastikan anda menulisnya dalam wasiat kerana jika tiada sebarang catatan dalam wasiat, harta-harta anda hanya diberikan kepada ahli keluarga,” ujar Rafie

Sumber: Kosmo Online

P/S: Harta boleh buat keluarga bergaduh.. Cari harta sendiri la

Thursday, September 29, 2011

Pasir Penghurai Emosi

Salam Semua...

How come pasir boleh huraikan emosi manusia? Mcm formula kimia yang perlu dihuraikan utk membentuk apa yg ingin dibentuk? Ok2.. Kali ni aku nak sharing pasal Sand Therapy... Kat bawah ni info pasal Sand Therapy dan KLIK SINI kalau korang nk tahu pengalaman aku join Sand Therapy Session.


PERMAINAN pasir adalah satu kaedah menarik untuk meneroka perasaan dalaman kita. Banyak transformasi boleh berlaku pada peringkat ini kerana corak yang terbentuk adalah saling berkaitan. Ia bagaimanapun tidak bersifat mengancam.

Permainan pasir merupakan sejenis kaedah terapi psiko dan kaunseling yang telah digunakan sejak lebih 75 tahun lalu. Ia telah diaplikasikan ke atas kanak-kanak, remaja dan orang dewasa baik di sekolah, hospital, agensi-agensi kebajikan mahupun diamalkan dalam kaunseling peribadi. Ia membentuk satu jalinan antara terapi lisan dengan terapi ekspresif dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.

Permainan pasir membolehkan aspek jiwa dalaman untuk bekerja secara natural dan selamat. Ia amat berkesan dalam mengurangkan punca berlakunya perilaku buruk.Ia boleh digunakan sebagai sokongan dalam perkembangan emosi dan pengurusan tekanan serta sebagai jalinan bagi menyokong penggunaan kepelbagaian modaliti Terapi Ekspresif (ET).

Sesebuah bilik Terapi Permainan Pasir akan dikelilingi dengan pelbagai barangan. Antaranya termasuklah rak-rak buku, patung-patung kecil yang merangkumi manusia kerdil dan binatang. Selain itu ikan, burung, pokok, bangunan, semak-samun, barangan kemas, rangka manusia dan sebagainya.
Sedulang pasir juga menanti untuk menjadi simbol dunia dalaman kita. Dulang pasir ini menyamai apa yang pernah kita gunakan sewaktu bermain di tadika dahulu. Pasir-pasir ini menanti untuk disentuh, digerakkan dan dibentuk.

Peserta boleh memulakan sesi terapi dengan menyusun pasir bagi membentuk bukit, lurah, sungai mahupun garis-garis pantai. Terapi ini mengajar pemainnya bermain dengan serius sambil menambah patung dan sepanjang proses tersebut, peserta dapat menyaksikan perasaan, sikap, pemikiran dan harapan yang diwakili oleh setiap patung yang diaplikasikan.

Menerusi kaedah ini, peserta mula memahami diri mereka dengan lebih jelas atau sekadar berasa lebih lega. Peserta juga berpeluang berkongsi harapan dengan pelancar kerja permainan pasir dan merasai kemesraan penerimaannya.Patung-patung dalam rak-rak tersebut boleh mewakili kehidupan luaran dan dalaman serta menjadi simbol yang signifikan untuk mereka.

Terapi permainan pasir berfungsi sebagai satu peralatan yang mengintegrasikan minda, perasaan dan keadaan fizikal. Melalui permainan ini, seseorang kanak-kanak akan membebaskan pemahaman lama dan juga membentuk pemikiran baru.

Permainan pasir digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi, menuntut semula kualiti yang telah dilupakan, membuka pedoman dalaman dan meluaskan pengetahuan di samping meneroka mitologi peribadi.
Dengan merasai sendiri, pasir dapat mengimbas kenangan zaman kanak-kanak. Ia dapat menghubungkan perasaan sewaktu berada di pantai sebagai signifikan kepada keadaan yang bebas tanpa perasaan bimbang.
Peserta menggunakan tangan untuk membentuk pasir pula menyaksikan tenaga dibebaskan daripada tangan yang bergerak.

Dulang pasir merupakan tempat selamat untuk meneroka isu yang sedia dibebaskan daripada keadaan tidak sedar dan membentuk tafsiran dunia dalaman dirinya. Ia merupakan ruang penerokaan yang suci dan berbeza daripada realiti kehidupan harian.

Disebabkan itu, dulang pasir dan simbol-simbol itu tidak seperti barangan permainan lain tetapi dikhaskan untuk penerokaan tentang perasaan dalaman. Misalnya, seseorang kanak-kanak, Siti yang sentiasa berasa gelisah untuk ke sekolah berhenti menjejakkan kaki ke sekolah dan akhirnya berhenti selama sebulan.

Memandangkan keadaan itu, ibu bapa Siti akhirnya membawa Siti untuk berjumpa dengan seorang pakar psikologi kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia.

Dalam kes ini, pakar psikologi telah menyarankan Siti mencuba terapi permainan pasir. Selepas menjalani terapi tersebut, dia sudah berupaya meluahkan perasaan dalamannya tentang kegelisahannya untuk ke sekolah.

Terapi ini telah membantu Siti mengenalpasti punca masalahnya iaitu ketakutannya terhadap guru tertentu di sekolah. Pada masa yang sama, terapi ini membantu Siti menangani ketakutannya.
Peralatan permainan pasir dibina khas untuk menangani masalah dalaman dan justeru itu ia membezakan permainan atau peralatan yang digunakan oleh seseorang kanak-kanak.
Semua ini dapat menyediakan ruang untuk menyelesaikan segala isu dan mendorong seseorang itu berdepan dengan masalahnya. Penyusunan simbol-simbol ini boleh meneroka jiwa, ego dan inti pati dalaman seseorang.

Pada mulanya, kebanyakan peserta beranggapan permainan pasir hanya sesuatu yang main-main. Namun, selepas mencuba sendiri, mereka mulai memperoleh pemahaman signifikan.
Memandangkan imej pasir boleh dibentuk tanpa perkataan, ia merupakan kaedah terbaik untuk mereka yang menghadapi kesukaran untuk bertutur atau sesuai untuk cara bukan lisan.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Bukan murah nk join workshop sand therapy ni ok.. Sebab mmg benar2 berkesan!!

Sushi: Suka Makan tapi Tak Tahu

Salam Semua..

Sushi King!!!!!
Sapa suka makan sushi tapi tak tahu sgt pun pasal sushi.. Makan sushi pun atas dasar suka tapi tak pernah tahu lebih detail tentang Sushi.. Sushi aku tak layan sgt. 5 bulan skali bleh la.. Tu pun aku memilih. Bukan semua aku sebat.. Jimat duit tak payah nk mkn Sushi.. Well kalau korang baca info kat bawah ni and if rajin buat je sushi sendiri...


Makanan Jepun yang paling terkenal adalah sushi. Namun ia dikatakan berasal dari China dan diperkenalkan di Jepun pada kurun ketujuh. Ketika itu, ikan diperam dengan garam dan beras supaya tahan lama. Sushi menjadi kegemaran ramai kerana ia juga diperbuat daripada beras. Malah ikan peram juga seringkali menjadi bahan isiannya.

Terdapat pelbagai jenis sushi. Jenisnya bergantung pada isinya (bahan sumbat) dan bagaimana ia digulung. Ada nori (bahan daripada rumpai laut) di sebelah dalam, ada yang di luar. Ada juga yang disalut dengan telur udang. Sushi yang paling mahal tentulah yang menggunakan telur ikan yang paling sukar diperoleh.

Sushi ideal untuk yang berdiet (selagi tidak mengandungi terlalu banyak telur atau bahan berkolesterol tinggi). Selalunya, ia sangat rendah lemak dan berkhasiat. Sebanyak tujuh hingga sembilan keping sushi mempunyai 300 hingga 450 kalori. Protein dan lemak asid omega-3 datangnya daripada ikan. Sementara sayur-sayuran adalah sumber vitamin. Nori pula kaya dengan iodin. Manakala karbohidrat kompleks terkandung di dalam nasi.

Nori melalui pelbagai proses untuk menghasilkan varieti nori seperti rangup dan kenyal. Baunya agak unik dan berbeza serta tidak begitu menyelerakan bagi sesetengah orang. Namun nori merupakan bahan penting dalam pembuatan sushi.

Bahan perisa yang paling penting ialah kicap cair (juga dijual atas jenama Kikkoman) dan wasabi (horseradish Jepun). Kicap adalah sebagai pencicah. Kadangkala ia dicampur dengan wasabi. Rasa wasabi bukan saja pedas menyengat tetapi ‘kepanasannya’ boleh menjalar sehingga ke telinga. Anda mungkin rasa kurang selesa. Untuk menghilangkan rasa ini, minumlah air banyak-banyak.

Bahan sampingan lain ialah halia jeruk. Ia dipanggil gari. Gari dimakan secara berselang-seli dengan setiap kunyahan sushi untuk menyegarkan mulut bagi menikmati rasa yang seterusnya. Halia jeruk yang diwarnakan merah boleh dibeli di dalam botol di pasar raya yang menjual bahan mentah Jepun.

Ikan mentah dipanggil sashimi. Ikan yang biasa dimakan mentah adalah salmon. Manakala belut yang diasapkan (smoked eel) dipanggil unagi. Rasa unagi sangat sedap kerana ada bau asap. Lagipun isi belut begitu lembut, ia seolah-olah cair di dalam mulut bila dikunyah.

Selalunya, sushi disediakan dengan beras jenis Calrose. Namun begitu, oleh kerana ia sukar didapati, saya menggantikan dengan beras biasa (untuk menanak nasi). Bahan yang memasamkan nasi untuk sushi adalah mirin atau sejenis wain beras.

Oleh kerana mirin mengandungi 14 peratus alkohol, saya cuba menggunakan cuka biasa yang berwarna putih (di dalam botol). Selain daripada itu, saya juga mencampurkan sedikit mayonis supaya nasi berasa lemak dan melekit serta mudah digulung.

Timun Jepun atau timun yang berasal dari Eropah juga dikenali sebagai courgette. Ia lebih rangup dan hijau daripada timun biasa di negara kita. Ia juga kurang berair dan tidak akan merosakkan rasa sushi. Namun begitu, sekiranya sukar didapati, anda masih boleh gunakan timun biasa.

Selain ketam dingin beku dan telur dadar yang dipotong memanjang, anda boleh menggunakan isi salmon yang disalai dan hot dog. Pastikan hot dog dimasak terlebih dulu. Sekiranya mahu menggunakan seekor udang rebus, boleh diletakkan di atas sushi dan tidak perlu digulung seperti biasa.

Telur yang dibuat scramble juga boleh digunakan. Malah ada banyak variasi bahan bergantung pada kesukaan dan kreativiti masing-masing. Ada juga yang menggunakan serunding sebagai bahan isian sushi. Nampaknya kita telah mengubah selera sajian popular orang-orang Jepun ini!

Untuk menyimpan sushi yang sudah siap, bungkus dengan plastik nipis. Kemudian bungkus pula dengan aluminium foil. Selepas itu, simpan di dalam bekas kedap udara dan letak di atas rak peti sejuk. Bila hendak dimakan, baru dikeluarkan dan dibiar pada suhu bilik selama satu jam sebelum dipotong. Sushi sesuai dibawa sebagai bekalan ke sekolah atau berkelah.

Nori pula mesti disimpan di dalam bekas kedap udara selepas bungkusannya dibuka. Semasa membeli nori, pastikan saiznya besar. Ada jenis yang telah siap dipotong dan tidak sesuai untuk resipi di bawah ini. Nori mudah menyerap kelembapan udara. Ia akan menjadi lembik dan tidak rangup lagi.

Modal membuat sushi tidak mahal. Anda harus mempunyai pelapik buluh bagi memudahkan anda menggulung sushi. Namun, jika tiada, ia tidak menimbulkan masalah besar. Anda masih boleh menggulungnya dengan kemas sekiranya berhati-hati. Jika selalu membuat sushi di rumah, anda pasti akan menjadi mahir!

Sumber: Kosmo Online

P/S: Penggemar Tegar Sushi, belajar la buat.. Tak kan nk makan yg beli je..

I'm Pathethic Worker

Salam Semua...

Lately aku rasa sgt demotivated. Mungkin dlm post sebelum ni aku ada bagitau yang aku sangat DEMOTIVATED!!! Stress ngn job aku skang ni.. Actually keje aku ni tak stress pun tapi yang stress nya bila irrationality takes place dlm kepala otak aku ni.. Lossssssss

Pathethic!!
Well aku ada apply for one position and well mmg aku hope sgt dpt position tersebut so that aku lebih enjoy nak buat keje aku. Then pagi semalam i told my General Manager nk balik awal becoz i have phoned interview at 5pm.. And she's quite shocked and suddenly muka GM aku da berubah muka.. Alamak.. Macam salah time je.. Masuk keje da bagi bad news pada dia.. Sigh**

Then dia tanya aku nk resign ke and aku ckp aku nk tgk dlu mcm mane interview tu kan.. Start dri situ mula la banyak ckp.. Almost one hours aku ngn dia borak pasal jobs ni.. She ask me why and tak suka keje ni ke and bla bla bla... So aku ckp keje ni ok cuma aku rasa mcm aku tak sampai target aku je.. Aku jenis orang yg ada target but i dont see credibility aku untuk jadi sales person.. Ngeee.. Macam mana aku terjebak ngn keje ni pun aku tak tahu.. Being consultant not like mcm yg aku fikir before this.. Then she said that it takes times to achieve the target because I'm still new and still in a learning process.. She keep compliment me * aku tak masuk angkat bakul sendiri ok* She also said that she do hope aku tak keluar dri company tu but she wont stop me.. But she keep repeating that she hope that aku tak resign.. Suddenly aku rasa mcm serba salah plak..

Alamak.. Otak aku mula ting tong balik dripada desperate nk tukar keje tetiba mcm motivated utk keje balik..But it takes time because I feel demotivated almost 2 weeks ago.. A lot of thing singgah kat kepala otak aku tanpa di jemput.. Datang tak diundang then menyusahkan aku betul.. Lurviey aku pun ckp tak payah tukar keje.. Stay with current position.. It takes times to achieve wat i need.Sigh**

So masa bincang2 tu aku terfikir setiap position dalam sesebuah company pasti ada pro and cons.. Yang paling aku suka pasal tmpt keje aku ni adalah:

1. Time masuk keje
Time masuk office pkul 9 but ada pekerja yg dtg pkul 10 n 11.Tapi bukan aku.. Aku of coz on time.. Punctuality is my PRIORITY. Masuk pkul 9 then tepat pkul 5.30 aku da off pc and balik.. Haha.. Aku la org yang selalu keluar dlu.. Personal time la plak after 5.30.

2. Pakaian
Dtg keje tak payah nk pening2 nk fikir pasal baju apa nk pakai, kena pakai formal ke tak.. Casual je kot.. Dtg pakai slack and t-shirt. Jumaat dorg memang santai pakai jeans.. Ok yg ok la bagi aku.. Tapi kadang teringin nk pakai formal like professional suits but mcm tak sesuai sebab xkan aku sorg je nk pakai mcm ni.

3. No Gossip
Hahaha.. Actually kalau kite tgk kat big company yg majoriti nya________ *korang isi sendiri banyak mulut tapi tangan malas gerak buat keje kan? Then kalau kat company aku skang ni xde masa nk bergosip nk bercakap sebab masing-masing fokus dengan keje masing-masing.. Just like me, dtg keje buat call, research and other thing yang aku kena assign la..

4. New thingy
Actually doing sales memang tak de dlm kepala otak aku.. So aku banyak belajar la kan sini kan.. Cuma apa yg aku belajar bleh la aku apply sikit.. Tapi yg paling memeningkan kepala aku bila last week CEO assign aku utk baca pasal shares.. OMG... Aku tak ingt la pasal benda mcm ni. Basic thing yg aku belajar dlu pun just ekonomi masa STPM. Payah gile nk faham..

Benda yg aku tak suka?? Emm ntah la.. Mungkin aku set kat kepala otak aku ni pasal gaji kot.. But according to my CEO he said that money is not the priority when u come to work but the skills that u get during working here. Emm.. Time tu aku angguk je la kepala then abis tu bile demotivated tak yah ckp la.. Aku tak dgr ckp orang lain da.. 

Berbalik kepada cerita kat atas td. Ptg aku balik la kat rumah and tunggu pihak bertanggungjawab utk call aku for interview session but sigh** tak call... Memang hangin la aku.. Apa ni.. Da la aku balik awal then mcm ni plak.. Ckp suh aku pilih wat time nk call then bile da pilih tak call plak.. Adoii... Time ni aku terfikir mungkin sbb Tuhan nak aku stay kat company ni lagi and may be aku kena bersabar and gain more experience here.. Because masa before dpt this job, senang je aku dpt interview kat sana sini... Dlm masa sebulan lebih almost 10 interview yang aku dpt tp aku attend just 2 je coz kt tmpt lain aku tak tahu nk pergi macam mne.. Interview pertama tu aku dpt keje tapi aku tolak sebab gaji ciput sgt and aku ckp for the time being aku not interested.. Position title nk up je mcm big company tp gaji ciput.. Alasan sebab aku tak de pengalaman.. Kalau tak bagi pengalaman sampai bile pun fresh grad tak dpt pengalaman... Cuba la faham sikit ngn org fresh grad macam aku ni.. Adoii.. Then aku apply lagi and dpt tapi aku tak dpt pergi even job tu memang yang aku minat and memang bidang yang aku ambil pun.. Last interview aku attend tmpt keje aku skang.. Almost 2 hours interview than balik.. But still kena tunggu result daripada CEO kat Australia.. Aku pun balik kg.. Balik kg punya desperate nk keje.. Tak sbr nk keje sebab fikir hutang yang bertimbun and nk cari duit nk tanggung diri sendiri. Malu la da abis belajar tapi masih nak harap papa and mama tanggung.. So aku dpt jugak keje ni.. 

Then after da dpt keje ni aku ada try apply keje lain yang memang aku rasakan aku layak tapi aku tak tahu kenapa susah sgt aku nak dpt interview sampai la dpt phone interview.. Mungkin buat masa skang ni aku masih perlu bekerja di company aku and company aku perlukan aku?? Erk.. *flying without wings bila GM ckp "U shud proud with urself" Ngeee... 

So now aku still dlam rasional tak rasional.. Tak tahu sampai bile.. hope semuanya akan selesai dengan segera. Aku da letih nak hadap isu demotivated.. Aku ada target utk future aku.. Before reach 26 aku mesti.... Arghhh aku tak kira.. Aku akan cuba berusaha.. 2011 da nk sampai dipenghujung da.. So aku ada masa setahun lebih je.. Utk masa skang mungkin aku akan stay lagi dua bulan and see how my progress.. Ok ke?

P/S: Otak aku da ting tong...

Gigi 100,000 Tahun Di Temui

Salam Semua..

Soalan pertama sebelum baca entri ni lebih lanjut.. Sapa suka sejarah kat sini??? Aku sejarah susah benor nak dpt A. Nak ingat fakta punya la susah.. Disebabkan itu aku kurang la sikit.. Apa kena mengena sejarah ngn entri aku kali ni? Naa.. Kan kalau barang yang berjuta-juta tahun dulu kan dlm buku sejarah kata artifak/fosil kan? Kalau salah betulkan aku.. Aku da ckp aku tak pandai sejarah sgt. Tapi tak bermakna aku langsung tidak ambil peduli pasal sejarah.. Ok artikel untuk perkongsian hari ini adalah gigi berusia 100,000 tahun ditemui.. Nak tahu gigi manusia ke gigi haiwan korang baca la.. :)


GAMBAR salah satu batang gigi manusia Neanderthal yang ditemui di sebuah gua di Poland.

WARSAW - Sekumpulan saintis Poland kelmarin menyatakan mereka menemui tiga batang gigi manusia purba Neanderthal yang tinggal hidup 80,000 hingga 100,000 tahun lalu.Menurut seorang arkeologi dari Universiti Szczecin, Mikolaj Urbanowski, sebelum ini artifak manusia zaman itu telah ditemui di Poland tetapi gigi tersebut ditemui buat kali pertama di negara berkenaan.

Urbanowski berkata, gigi itu ditemui di Gua Stajnia bersama peralatan batu api dan tulang gajah gergasi serta badak yang hidup pada zaman Ais.Dia berkata, beberapa penyelidik turut menemui tukul yang diperbuat daripada tanduk rusa dan tulang beruang gua yang menunjukkan haiwan tersebut dimakan oleh penduduk zaman itu.

"Beruang gua itu besar dan merupakan haiwan yang berbahaya dan ia sekali gus menyokong dakwaan bahawa manusia purba tersebut merupakan pemburu yang cekap," katanya. - AP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Teringin nk menyibuk mcm ahli arkeologi..

Wednesday, September 28, 2011

Populariti Pelancongan Gay

Salam Semua...

Dah kenyang mkn, da solat isyak, apa lagi, bgi blogger mestilah blogwalking and update entri dan bagi pembaca yang ingin dapatkan info ttg apa yg berlaku, surf internet or baca papers, or tgk tv kan..kan..kan.. Ok malam ni santai mlm aku kongsi artikel yang aku petik dri Kosmo mengenai Populariti Pelancongan Gay.. Aku petik, aku credit, aku kongsi okey.. Bukan mcm setengah blogger yg pandai petik tak pandai nk credit.. Bajet mcm hak sendiri, Bile dikenal pasti oleh blogger berkenaan baru terkial-kial nk menjawak.. Hamikk kaww..


Sejauh manakah perkahwinan gay di Nepal dapat mempopularkan industri pelancongan negara itu?
NEPAL mahu mengangkat industri pelancongannya tanpa menidakkan hak golongan gay

IA mungkin kedengaran pelik di sebuah negara yang masih tertutup dan tebal dengan kepercayaan tabu. Tahun ini Nepal akan menyaksikan sebuah perkahwinan diraja yang agak berbeza apabila seorang kerabat diraja India akan berkahwin dengan pasangannya di sebuah kuil Hindu di Kathmandu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Nepal, putera raja itu berkahwin secara terbuka dengan seorang lelaki.Acara tersebut merupakan satu permulaan yang dipercayai oleh penggubal undang-undang Nepal, Sunil Babu Pant akan mendatangkan bisnes yang menguntungkan kepada Nepal. Pant percaya program tersebut dapat melonjakkan industri pelancongan Nepal yang selama ini terumbang-ambing ekoran perang sivil yang berakhir pada 2006.Pant merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang mengamalkan gaya hidup gay telah menubuhkan sebuah agensi pelancongan untuk pelancong homoseksual yang menurutnya didiskriminasi di kebanyakan negara Asia.Pant percaya Nepal yang agak terbuka mengenai isu gay mampu menjana pendapatan bernilai AS$670 juta (RM2.3 bilion) daripada pasaran dunia.

"Jika kami dapat membawa satu peratus daripada pasaran tersebut ke Nepal ia sudah memadai, tapi saya berharap kami dapat menarik sepuluh peratus.

"Pilihan untuk pelancongan gay dalam rantau ini sangat terhad dan tiada saingan dari India atau China. Nepal merupakan salah satu tempat di mana pelancongan pengembaraan boleh didapati," kata Pant yang telah dipilih mewakili satu parti komunis di parlimen.

Pant memberitahu, dia amat teruja sejak menubuhkan agensi pelancongan tersebut, Pink Mountain.Syarikat tersebut menawarkan lawatan bertemakan gay ke tempat-tempat pelancongan utama Nepal termasuk kuil Hindu yang terdapat ukiran tuhan Shiva separuh wanita dan separuh lelaki.Rancangan Pant juga mendapat sokongan daripada Kementerian Perlancongan Nepal yang merupakan sebuah negara Hindu konservatif dan mempunyai polisi progresif mengenai homoseksual di Asia.Dua tahun lepas Mahkamah Tinggi negara tersebut telah mengarahkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memastikan hak golongan gay dan lesbian terbela selepas sebuah kumpulan yang diketuai oleh Pant, Blue Diamond Society menyerahkan satu petisyen.

Cetuskan publisiti

Perlembagaan baru sedang didrafkan oleh penggubal undang-undang yang diharapkan dapat mendefinisikan perkahwinan sebagai satu ikatan di antara dua orang dewasa tanpa menghiraukan gender sekali gus menghapuskan diskriminasi terhadap gender.Setiausaha bersama Kementerian Pelancongan Nepal memberitahu, kerajaan tidak mempunyai polisi yang spesifik terhadap pelancongan gay tetapi mereka menyokong usaha Pant.

"Kerajaan telah mengumumkan misinya untuk menarik satu juta pelancong ke Nepal pada 2011. Ia merupakan peningkatan yang ketara.

"Nepal merupakan destinasi yang selamat sekarang. Kami mahu membangunkan destinasi pelancongan yang baru dan mendapatkan pelancong selepas perang sivil," katanya.

Pada tahun 2009 sebanyak 500,000 pelancong asing telah mengunjungi Nepal. Perkahwinan putera India Manvendra Singh Gohil, kerabat diraja yang pernah memerintah Rajpipla di barat Gujarat, dilihat telah mencetuskan publisiti yang amat diperlukan oleh industri pelancongan Nepal.Pant percaya selepas melangsungkan upacara perkahwinan pasangan lesbian dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) di Mustang, Himalaya banyak lagi acara dan pelancong datang ke Nepal.Pant terdorong untuk meningkatkan ekonomi Nepal dan berharap inisiatif itu dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat marginal di negara miskin itu.

"Kebanyakan pakar kecantikan dan pendandan rambut terbaik di Nepal adalah daripada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Mereka terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan sukar mendapat pekerjaan. Justeru, perkahwinan gay merupakan satu usaha yang membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan tersebut dan kerajaan," katanya. - AFP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Port baru utk gay melancong dgn selamat tanpa diskriminasi.. Erk..

Budak Lelaki 5 Tahun Di Rogol

Salam Semua..

Selamat Petang.. Berapa jam lagi nak abis waktu keje then boleh balik berehat.. Esok nk keje lagi.. Bosan sungguh aku dgn rutin mcm ni.. Well balik jap lagi aku ada phone interview.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. I need new job!!! Ok2.. back to the entry.. Kita seringkali dgr pasal budak perempuan yang kena rogol, gangguan seksual kan.. Lelaki sgt jarang kita dgr.. Tapi kalau kat luar negara banyak kes yg direkodkan berkenaan salah laku seksual terhadap kanak-kanak lelaki.. Jom terjah korek info..


NEW YORK - Seorang budak lelaki berumur lima tahun mengalami serangan seksual yang dilakukan oleh empat daripada rakan kelas tadikanya di sini, kata ibunya, Yenny Valero.

Valero dari Astoria di daerah Queens di bandar raya ini mendakwa serangan ke atas anak lelakinya itu berlaku di dalam tandas sekolah tersebut beberapa minggu sebelum penghujung tahun akademik baru-baru ini.

Si mangsa kini mengalami serangan fizikal dan tekanan ekoran serangan yang berlaku pada Jun lalu itu.

"Anda tidak pernah menjangkakan kejadian ini akan berlaku ke atas anak anda," kata Valero.
Dia kini merancang untuk menyaman pihak pengurusan bandar raya kerana anaknya diserang, didera secara seksual dan dirogol.

"Saya tidak pernah menjangkakan kejadian ini akan berlaku terhadap anak anda terutamanya di sekolah," tambah Valero kepada akhbar Daily News. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Selalu kalau kes budak lelaki kena buli or apa2 salah laku mesti port toilet jadi pilihan.. Kenapa eyh?

Ikan Kap Gergasi

Salam Semua...

Selamat Siang Malaysia, Selamat Siang Pembaca... Masa untuk bekerja... Breakfast sambil update entri.. ngeee... Sapa kat sini suka ikan kap?? Confirm ramai.. Kan..kan..kan... Pernah tengok ikan kap gergasi.. Kat bawah ni.. Korang baca la.. Tapi bukan di Malaysia...


PARIS - Seorang pemancing, Raphael Biagini berjaya menangkap seekor ikan kap koi gergasi berwarna keemasan seberat 13.60 kilogram di sebuah tasik di selatan Perancis, lapor sebuah akhbar semalam.Ikan yang seberat budak perempuan berumur tiga tahun itu dianggap antara yang paling besar pernah ditangkap pemancing.

Biagini bertarung selama sepuluh minit dengan ikan itu sebelum ia dapat ditarik keluar dari tasik berkenaan baru-baru ini.Detik-detik yang mengembirakan buat pemancing itu berlaku selepas beberapa rakan memberitahunya bahawa mereka telah menghabiskan masa selama enam tahun sebelum ini untuk cuba menangkap ikan tersebut.

"Ikan itu merupakan haiwan yang kuat melawan tetapi ia gagal untuk menang (pertarungan tersebut)," kata Biagini.

Selepas bergambar dengan ikan itu, Biagini melepaskannya semula ke tasik berkenaan. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Ada tak orang mkn ikan koi.. Biasa ada je yg suka mkn benda yang org biasa tak mkn..

Lelaki Terpendek Di Dunia

Salam Semua...

Belom tido lagi? Masih blogwalking? Jom santai baca entri tambah ilmu mengenai Lelaki Terpendek Di Dunia. Malas nk mengarut lebih, korang baca la sendiri..


NEW YORK - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar setinggi 56 sentimeter (sm) yang bakal diisytiharkan sebagai manusia paling pendek di dunia apabila umurnya mencecah 18 tahun pada bulan depan, telah melawat bandar raya New York kelmarin.

Dia melawat bandar raya itu buat pertama kali ketika mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh program pertunjukan pelik, Ripley's Believe It or Not.Dengan memakai sehelai baju berwarna putih dan jaket saiz anak patung, gambarnya dirakamkan oleh beberapa jurugambar di Times Square di sini.Sebelum ini Ripley's Believe It or Not mengisytiharkan Magar yang seberat lima kilogram sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Namun, The Guinness Book of Records pada Isnin lalu mengisytiharkan Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm dan berusia 24 tahun sebagai manusia terpendek di dunia.Alasan pemilihan Nino itu adalah kerana The Guinness Book of Records tidak mengiktiraf Magar kerana dia dianggap masih belum cukup umur disebabkan usianya 17 tahun.Bagaimanapun, Magar akan berumur 18 tahun pada tahun depan sekali gus akan merempas gelaran manusia terpendek daripada Nino secara rasmi.

Seorang jurubahasa Magar yang mengikutinya melawat Amerika Syarikat (AS), Min Bahadur Rana berkata: "Dia (Magar) amat gembira. Dia ketawa berulang kali. Dia mahukan seorang kekasih yang besar dan bukannya yang kecil," kata Rana. Menurut Rana, Magar mahu menjadi seorang doktor.Magar menghidap sejenis penyakit tumbesaran terbantut yang menyebabkan tubuhnya tidak membesar seperti orang dewasa lain. - AFP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Speechless.. Tak tahu plak nk kata apa..

Tuesday, September 27, 2011

Simulasi Solat Ketika Perang

Salam Semua...

Segmen Rohani plak malam hari ni.. Korang pernah terfikir tak macam mana orang sedang berperang solat? Macam mana eyh? Nk protect diri daripada ditembak and at the same time nk solat.. Nk tahu baca la info dibawah.. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua yang singgah baca entri ni..

  
TENTERA muslimin terpaksa menangguhkan solat mereka seketika selepas dserang oleh askar musuh

SOLAT merupakan ibadat yang terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Maka tidak hairanlah apabila solat disebut sebagai tiang agama bagi menghindarkan seseorang muslim itu daripada segala dosa dan noda. Lebih istimewa, solat lima waktu yang wajib ke atas semua umat Islam merupakan kurniaan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku lebih 1,400 tahun dahulu.

Fitrah setiap manusia adalah berkehendakkan kebaikan dalam hidup. Jadi solat merupakan ‘hadiah’ daripada Allah kepada hamba-hambanya untuk terus berada dalam landasan kebaikan.Justeru, Islam tetap menganjurkan penganutnya menunaikan solat dalam apa jua keadaan sama ada ketika sakit atau keuzuran dengan cara-cara yang ditetapkan selain solat juga wajib biarpun ketika di medan peperangan.

Solat di medan perang atau lebih dikenali sebagai solat khauf (semasa dalam ketakutan) pernah ditunaikan oleh Rasulullah beberapa kali dengan pelbagai cara seperti yang diterangkan secara terperinci dalam kitab-kitab hadis. Menyedari kepentingan bersolat dalam apa jua keadaan, seramai 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah, Machang, Kelantan mengadakan demonstrasi solat khauf bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Badan Dakwah dan Rohani (Badar) baru-baru ini. Guru penasihatnya, Razali Harun, 45, berkata, demonstrasi tersebut berlangsung selama 30 minit dengan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu tentera Islam dan tentera musuh.

KETIKA musuh datang dari arah bertentangan kiblat sebahagian tentera Islam menunaikan solat, manakala selebihnya berkawal bagi memastikan keselamatan rakan-rakan

 Menurutnya, modul solat khauf yang dipraktikan oleh para pelajarnya itu diperoleh daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat jamak takdim dan jamak takhir. Jelasnya, melalui cara itu para pelajar akan lebih faham, selain dapat merasai sendiri situasi sebenar menunaikan solat ketika perang yang tidak mempunyai begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak, menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang.

“Untuk simulasi ini, kita melakukan solat mengikut tiga keadaan iaitu ketika musuh datang dari arah bertentangan kiblat, arah kiblat dan semua arah. Situasi pertama, imam akan membahagikan pasukan tentera muslimin kepada dua kumpulan.

“Kumpulan pertama akan menunaikan solat bersamanya sehingga selesai, manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan.

“Kemudian berlaku pertukaran kumpulan yang mana kumpulan pertama akan mengambil alih tugas mengawal keadaan, manakala kumpulan kedua akan menunaikan solat berjemaah bersama imam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Solat ikut arah musuh

Razali memberitahu, bagi situasi kedua iaitu musuh datang dari arah kiblat, pasukan tentera muslimin akan berpecah kepada empat saf. Mereka semua akan menunaikan solat dan ketika saf pertama dan ketiga rukuk bersama imam, dua saf lain iaitu kedua dan keempat akan berada di dalam keadaan qiam dan bersedia menghadapi sebarang ancaman.

“Saf yang pertama dan ketiga kemudiannya akan menyudahkan solat mereka sehingga selesai. Sesudah itu saf kedua dan keempat pula akan menyudahkan solat mereka, manakala saf pertama dan ketiga akan mengawal keadaan.

“Bagi situasi terakhir berlaku serangan musuh dari semua arah, tentera muslimin mengambil tempat untuk menyelamatkan diri dan membalas serangan. Setelah selesai tentera muslimin tadi akan menyudahkan solat mereka sama ada dalam keadaan duduk, berbaring ataupun berdiri mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.


 
SETELAH situasi kembali aman, tentera muslimin akan menyudahkan solat mereka seperti biasa.

Seorang pelajar yang juga imam solat khauf, Tuan Abdul Rahman Tuan Sheik, 16, berkata, dia teruja kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam menjayakan solat berkenaan biarpun secara simulasi.Katanya sebelum ini, dia dan rakan-rakan hanya belajar secara teori cara untuk melakukan solat itu, namun kali ini dia dan rakan-rakan berpeluang melakukannya secara praktikal.

“Walaupun negara kita tidak pernah berperang, pengalaman yang saya kutip ketika menjayakan simulasi ini amat berharga buat diri saya. Insya-Allah ilmu yang saya pelajari ini akan digunakan sebagai mungkin selepas saya menamatkan pelajaran di sekolah ini.

“Kesimpulan yang dapat saya buat sepanjang mengikuti latihan simulasi ini menunjukkan Islam cukup menitikberatkan solat. Walau apa jua keadaan berlaku, solat harus ditunaikan kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap muslim,” jelasnya.

Sementara itu Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Wataniah, Zakaria Yusof berkata, demonstrasi solat itu dapat memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada para pelajar tetapi masyarakat.

“Melalui cara ini kita dapat melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dengan ilmu dunia, tetapi dalam masa yang sama dibimbing dengan ilmu akhirat,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Mudahnya Islam :) I Luv Islam

Video Seks RM 86.72 Juta

Salam Semua...

Santai petang dgn info ringan-ringan..
Perghh belek arkib berita banyak jugak info yg menarik tertarik la kan.. Video Seks bekas Model Playboy bernilai RM 86.72 juta.. Milik sapa? Kim Kardashian.. Sapa tak kenal model seksi cantik tu kan.. Body hot sampai ada pihak yg menuduh Kim buat implan bontot.. Jeles la tu..

Hot and sexy Kim
LOS ANGELES – Satu video seks berdurasi 39 minit yang menampilkan bekas model Playboy yang kini personaliti televisyen, Kim Kardashian dengan penyanyi Ray J mempunyai nilai lebih AS$29 juta (RM86.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Nilai itu dibuat oleh pemilik video seks tersebut yang merupakan syarikat penerbitan video lucah, Vivid Entertainment.
Seorang firma undang-undang Tennessee yang mewakili seorang pembida bertanya kepada syarikat penerbitan video lucah tersebut mengenai harga tersebut kerana dia mahu membelinya.Ketua Vivid Entertainment, Steve Hirsch memberitahu sebuah akhbar bahawa, harga pemulaan video seks itu ialah AS$29 juta. Pembida itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Kardashian.
Baru-baru ini, Kardashian berkahwin dengan Kris Humphries yang merupakan pemain bola keranjang sebuah kelab di Amerika Syarikat. – Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Hot lagi meletop mmg mahal la kat pasaran kan.. Erk..

Larian Pakaian Dalam Di Amerika

Salam Semua..

Santapan pagi untuk korang yg masih malas nk celik mata.. Bangun la wei.... Da siang da.. Pergi keje/study sapa2 yg berkenaan.. Sigh** aku dlm mood kemalasan nk pergi keje kot.. Tapi apa bleh buat.. Hidup mesti diteruskan.. Kena cari experience.. aku tak nak tanam anggur.. Jom ushar artikel Larian Pakaian Dalam.


SALT LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar ini kerana membantah undang-undang negeri yang dianggap kolot.
Penganjurnya, Nate Porter berkata, acara yang dikenali sebagai Larian Pakaian Dalam itu diadakan pada Sabtu lepas untuk memprotes sistem politik konservatif di Utah.

Pihak penganjur, bagaimanapun, tidak membenarkan orang ramai berbogel dalam larian berkenaan.Mereka sebaliknya berlari dengan memakai coli, seluar dalam, gaun malam dan seluar pendek manakala sebahagian peserta turut menulis mesej-mesej yang menyokong perkahwinan sejenis di dada serta belakang mereka.Menurut Porter, sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.6 kilometer itu di pusat kota raya ini. - AP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Kalau Malaysia buat mcm ni alamatnya semua org dtg.. Mat saleh dtg pakai bikini pun da terjojol mata keluar..

Kapal Selam Buatan Kayu

Salam Semua...

Kapal yg kat laut tu mmg dibuat dri kayu kan?? Tapi kalau kapal selam dibuat daripada kayu macam mana plak eyh? Info baru ni.. utk aku la.. Mungkin utk korang yang tak thu macam aku jugak.. Jom baca artikel kat bawah untuk tambah ilmu..


MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu.Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah


Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama. Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.- Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Tetiba aku teringat kapal selam dalam citer Doraemon..

Monday, September 26, 2011

Fenomena Manusia Bertanduk

Salam Semua...

Jom santai baca entri FENOMENA MANUSIA BERTANDUK.. Kisah benar.. Tak nak melalut lagi mengarut jom baca berita kat bawah ni..


TANDUK sering dikaitkan dengan haiwan yang meragut rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan jantan yang memiliki tanduk.
Bagaimanapun, seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya.
Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang.
"Tanduk ini bermula daripada sebuah bentuk yang tebal, kulit kasar di tepi kiri dahinya. Kami tidak perasan mengenainya pada awalnya, tapi kemudian ia terus tumbuh.
"Sekarang ada sesuatu yang tumbuh di sisi kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk yang lain," kata anak bongsunya, Zhang Guozheng, 60.
Tanduk itu menyebabkan sakit pada kepalanya. Wanita bertanduk itu memiliki tujuh orang anak, enam lelaki dan perempuan dengan anak paling tua berusia 82 tahun.
Tinggal di daerah pedalaman dan hidup terlalu miskin untuk membayar kos rawatan hospital, anak-anaknya bimbang tentang keadaan ibu mereka tetapi terhibur oleh kenyataan bahawa dia tidak mengalami kesakitan.



Implan
Keadaan ini dikenali sebagai tanduk kulit yang jarang berlaku. Terdiri daripada keratin, tanduk ini biasanya berkembang pada orang dewasa yang lanjut usia, terutama mereka yang mempunyai sejarah berjemur di bawah sinar matahari.
Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon.
Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.
Seorang lagi rakyat China, Huang Yuanfan, tumbuh tanduk kecil berukuran 7 sentimeter di belakang kepalanya. Tanduk tersebut tumbuh dua tahun lepas dan ia semakin membesar.

Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar," katanya.
Menurut lelaki itu lagi, tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh.
"Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ia tetap tumbuh semula," kenang beliau.
Walaupun manusia bertanduk dianggap aneh, masih ada pengikut fahaman tertentu khususnya yang berkaitan penyembahan syaitan membuat implan tanduk. Ini termasuk seorang lelaki dari Tulsa, Amerika Syarikat, Jesse Thornhill, 28, yang mengaku diri pengikut syaitan.



Manakala cerita manusia bertanduk sentiasa mendapat tempat di dada akhbar berpengaruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Britain.
Minggu ini, akhbar-akhbar melaporkan bagaimana seorang budak lelaki berusia lima tahun, George Ashman, mendapat benjolan berbentuk tanduk di kiri dan kanan dahinya selepas melakukan pembedahan membuang tanda lahir di Hospital Great Ormond, London.
Ibunya, Karen, membuang tanda lahir itu kerana khuatir anaknya akan menjadi bahan ejekan rakan-rakannya.
Ketika George berusia empat tahun, dia menjalani pembedahan untuk meregangkan kulit dahinya sehingga tanda lahir tersebut dapat dihilangkan dan ditutupi dengan jaringan kulit baharu.
Doktor turut menyisipkan dua jaringan peregang di bawah kulitnya, yang akan membesar secara bertahap sehingga terlihat seperti dua tanduk besar.
Selama empat bulan, gumpalan tersebut mengembang dan meregangkan kulit dahinya. Karen sangat terkejut.
"Tanduk itu lebih besar daripada yang saya sangkakan. Ia nampak seperti syaitan," ujarnya. Mujurlah alat itu dikeluarkan empat bulan kemudian iaitu April lalu.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya..

Happy 3rd Anniversary Redzuan Ridz

Salam Semua...
Salam Redzuan-Ridz aka Lurviey..

1
.
2
.
3
.
4
.
5
.
6
.
7
.
8
.
9
.
10
.
11
.
12

Happy Redzniey's Day
Happy 3rd Anniversary


Chenta Heartyqu, my dear Lurviey.

Sungguh pantas masa berlalu sedar tak sedar 26 September menjelma lagi.. Genap 3 tahun menyulam kasih dengan Lurviey aka Redzuan Ridz.. Dalam tempoh 3 tahun pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuh. Macam-macam perangai terlihat.. Ngee... Tapi itu lebih baik kan.. Tunjukkan perangai sebenar, tak payah la nk hipokrit.. Kalau suka makan byk tak payah la nak cover2 kan.. Aku pelik jugak tgk sesetengah pasangan yang nk cover2.. Pompuan la.. Suka sgt nk cover ayu.. Lepas tu lapor..

17 September 2008, kali pertama aku jumpa dengan Lurviey.. Jumpa plak kat Library.. Busy ngn assignment plak time tu kan.. But I still remember those moments.. I love him so much.. Seorang yang caring.. I still remember apa yang Lurviey ckp.. Kalau Lurviey caring, caringnya sampai orang tak tahan.. Oh.. Memang benar.. Da over caring da.. Apapun I know kenapa he act like that.. Dunia aku dengan Lurviey.. Tak de lagi social life ngn geng aku. Maksud aku kurang la sikit. Bak kata dorang aku da ada komitmen lain. Memang pon...

Anyway nk celebrate our anniversary xdpt coz terpaksa dipostponed kan.. Tak pe la.. Ngee..
If U read these entry honey I just want u to know that i love u so much and i care about u.. I miss u every single moment.. I need ur motivation injection daily as my breakfast. When I feel down u alwiz support me. When I feel stuck u help me.. Thank honey... I'm waiting for 2012.. Ngee..

P/S: Doa agar dpt kawin cepat.. Amin

Sunday, September 25, 2011

Wanita Berambut Afro terbesar di dunia

Salam Semua...

Apa khabar ari ni? Monday blues??? Terasa malas je ari isnin.. Tapi aku percaya kalau kerja yang kita suka, kita akan buat dengan rasa happy dan kejap je masa tu berlalu.. Tapi kalau kita tak suka keje tu kita akan sentiasa tgk jam.. Tunggu abis waktu keje.. But nowadays we have no choice. Utk sesuap nasi terpaksa la kita keje. Kalau memilih keje mmg susah la.. Tanam anggur tanpa duit la..Hari ni seleksi artikel aku adalah "Wanita Berambut Afro Terbesar di Dunia.." Moh le baca entri ni..

Pegang rekod dunia ni..
NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.
Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter. Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Boleh rebonding tak rambut Afro?

Tukang Sapu Jadi Presiden

Salam Semua...

Esok da ari isnin.. Maka yang bekerja, akan bekerja yang study akan study. Yang best keje sendiri.. Fleksibel je time.. Tak yah nak pening2 terikat dgn masa.. Okey2.. Aku tak ckp banyak korang baca la artikel pilihan mlm ni oleh aku. Daripada seorang tukang sapu, kini bergelar Presiden.


Presiden Zambia

LUSAKA, Zambia - Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.

Berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Sata, 74, menuduh pemerintah terdahulu, Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah. Tidak mahu mengulangi kesilapan sama, beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

"Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang. Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa," katanya.

Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara.

Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.
Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih. Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250). - Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Pendapatan per kapita di KL tinggi or rendah??

Satelit AS Jatuh Ke Bumi

Salam Semua..

Selamat berhari Ahad.. Well as usual belek2 majalah ni yg menarik perhatian aku.. Satelit AS jatuh ke ruang bumi. Bahayanya!!! Nasib tak jatuh kat atas orang.. Aku baru tahu satelit pun ada yang tamat tempoh.. ngee.. Jom terjah baca artikel kat bawah dipetik dri Kosmo..


Satelit ni lah...

WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.
Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.
Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.
Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).
Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.
NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.
NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Landing terbaik kan..

Norman, Memey Sah Suami Isteri

Salam Semua...

Kontroversi antara pelakon kacak bergaya dan cantik jelita, Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah pun berakhir.. Lepas ni hope dgr lagi berita-berita sensasi kan.. Aku respect la Abby Abadi datang time akad nikah.. Buang yang keruh amik yang jerneh.. Jodoh di tangan tuhan kan.. :) Apapun tahniah.. Ramai yg nikah la tahun ni..


KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.

Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.
Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.
Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Untungla kawin ditaja...  Bak kata junior aku..

Epal Cinta Redzuan Ridz

Salam Semua...


Note: Inilah adalah Entri yang telah diupdate sebelum ini tetapi baru nk publish.. Sekian..
Burppppp... lunch dengan epal cinta Redzuan Ridz aka my dear Lurviey.. =)
Nak mkn apa eyh lepas ni.. Aku pun tak tahu.. Ble la nk pergi beli rice cooker.. Duk rumah sewa kena la manfaatkan peluang yang ada.. Peluang menjimatkan duit.. Ngeee..

Ok la berbalik peada entri di atas, ari Khamis yang baru je lepas, aku keje sampai 3 ptg je.. Then off to UM settlekan hutang library. Abis settle hutang aku off ke Taman Melati jumpa Lurviey kat sana. Ari hujan lebat time tu.. Ari-ari hujan time ptg.. Dalam pkul 6.45 Lurviey sampai.. Hehe.. Ada surprise dripada Lurviey.. Sweet.. I love you honey... =) Macam mana aku nk start citer pun tak tahu... Sumpah terharu.. Aku mampu bercerita melalui gambar je.. This pic from my iPhone.. ngeee


Phewiiit... Apa la yg ada dlm benda ni mula2 aku dpt..

Light purple and white,kombinasi yang menarik
Tadaaa... Epal rupanye... aku memang suka epal..

Sweet.. Dlm epal ada cinta..ngeee


Simple but meaningful..
Thank honey.. Love u so much...

P/S: I love surprise but I dont know how to act.. **erk

Persidangan Facebook f8 di San Francisco

Salam Semua...

Mlm ni otak ting tong skit. Hati skit tada tenang.. Nk blogging pun tetiba mood hilang plak.. Aduhai... Sebelum tido belek-belek sikit apa info yg bleh dikongsi before melelapkan mata. Jumaat lalu masuk paper ttg ketidakpuasan pengguna facebook dengan aplikasi layout baru. Ianya sudah menjadi tidak privacy seperti dlu.. Macam aku punya fb pun da jdi tak private.. Terpaksa kena setting semula tapi tak de masa. Then ari ni tgk pasal Persidangan Facebook f8 di San Francisco. Tajuk artikel yg dipetik dari Kosmo ialah "Facebook tarik minat syarikat rakaman muzik". Nak tahu apa yang menarik minat syarikat tersebut moh le terjah isi kandungan artikel kat bawah ni..

Persidangan Facebook f8, CEO pakai simple giler kn??

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook.
Kolum Ticker memaparkan kemas kini aktiviti pengguna Facebook dalam pelbagai aplikasi media di laman jaringan sosial itu seperti langganan muzik dan filem.
Kolum itu menjadi medan pasaran baharu untuk syarikat rakaman dan media AS mempromosikan produk mereka.
Menerusi Ticker, syarikat rakaman boleh mengesan sama ada aplikasi yang mereka tawarkan popular di kalangan pengguna Facebook atau sebaliknya.
Apabila pengguna mengklik kolum Ticker kenalan mereka, pengguna terbabit secara automatik ditawarkan untuk mencuba secara percuma pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti pelan muzik Spotify dan Rhapsody yang digunakan kenalan mereka.
Selepas tempoh tawaran percuma itu tamat, pengguna yang berminat boleh terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan dengan membayar yuran bulanan.
Ketua Eksekutif firma langganan muzik Deezer, Axel Dauchez berkata, penyertaan Deezer dalam Facebook membolehkan syarikat itu memasuki pasaran lebih 130 negara di luar AS dalam tempoh cuma beberapa minggu.
Menurutnya, syarikat itu kini memiliki sekitar 1.4 juta pengguna berbayar di Perancis dan Britain dengan Facebook menawarkan pasaran yang jauh lebih besar.
Kolum Ticker itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin untuk memudahkan 800 juta penggunanya berkongsi muzik dan media lain dengan kenalan mereka.
Zuckerberg turut memperkenalkan perubahan besar pada profil pengguna Facebook yang dinamakan TimeLine.
Profil baharu itu boleh digunakan oleh pengguna untuk mendokumenkan dan memaparkan kehidupan mereka dalam bentuk buku skrap dalam talian.
"Ia menyimpan semua kisah anda (pengguna), semua aplikasi anda sekali gus satu kaedah ekspresi diri yang baharu," kata Zuckerberg ketika berucap pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di bandar raya San Francisco, AS.
"Saya menggelarkan profil baharu ini sebagai 'kisah hidup anda'" tambahnya.- Agensi

Sumber: Kosmo Online

P/S: Agak2 satu hari nanti kena subcribe ke FB macam LinkedIn?

Kejujuran Aset Dalam Perhubungan

Salam Semua..

Kejap je sok da Ahad.. Lusa dan mula keje balik.. Huarghhh (smbil menggeliat) malas rasa nk masuk office Isnin ni tapi apa boleh buat da name keje.. Nak tak nak kena la pergi keje.. Skang ni aku da mula rasa tak percaya sapa2 lagi.. Semua org tak boleh diharapkan. Aku kena berusaha untuk diri aku.. Untuk masa depan aku.. Better prepare before something yg tak diingini berlaku..

Ok back to the entry.. Well tentang kejujuran.. Kejujuran sangat penting dlm perhubungan. Betul tak? Semua orang tahu pasal benda ni TAPI bukan semua orang mampu untuk berlaku jujur dalam perhubungan. Kenapa? Bagi aku rupe tak cantik/kacak tak pe janji bukan seorang yang penipu.. Fizikal tak penting tapi isi dalaman tu penting.. Takat ada rupa dan berbangga dengan fizikal semata-mata tak guna kalau barang kat dalam tak baik, tak elok..

Tanpa kejujuran hancur sebuah perhubungan..
Tanpa kejujuran individu boleh berubah
Tanpa kejujuran pudarnya cinta
Tanpa kejujuran punahnya impian
Tanpa kejujuran musnah segalanya..

Lu ada mata lu tgk, ada telinga lu dgr ada otak lu pikir la sendiri.. Bak kata nabil pikir la..

P/S: Mata memandang melihat menilai..