You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kepercayaan Tentang Burung Hantu

Assalamualaikum


Kepercayaan Tentang Burung Hantu : Pernah jmpe burung hantu?? Dlm hidup aku sekali je aku pernah tgk betul-betul depan mata aku.. Actually burung hantu tu yang sesat masuk dalam reban ayam papa aku. Riuh sekampung la kan bising si ibu ayam.. Tu first and the last time aku jmpe burung hantu depan mata.. Sebut pasal burung hantu ni, orang zaman dulu percaya yg si burung hantu ni membawa malang dan malapetaka.

Kepercayaan Tentang Burung Hantu
  1. Di India, sesetengah penduduk kampung di pedalaman India menganggap burung hantu sebagai penolong dan lambang kebijaksanaan.
  2. Di utara England, jika seseorang yang terlantar sakit terlihat burung hantu bermakna dia akan menemui ajal tidak lama lagi.
  3. Di Ireland pula, ada individu yang menggunakan bulu burung hantu untuk diletakkan di bawah bantal bayi agar si kecil mudah tidur.
  4. Di Algeria, meletakkan mata burung hantu jenis Eagle di tangan kiri wanita yang sedang tidur akan menyebabkan wanita tersebut akan bercerita kesemua rahsianya.
  5. Masyarakat Perancis pula menganggap jika wanita hamil mendengar suara burung hantu bermakna anak yang dikandung ialah bayi perempuan.
  6. Masyarakat di rantau Arab turut mempunyai mitos mengenai burung hantu. Mereka percaya kanak-kanak nakal akan insaf dengan perlakuan buruk masing-masing jika dihinggapi burung tersebut.
  7. Segelintir masyarakat China, Jerman, Greenland pula percaya haiwan tersebut mampu memberikan kekayaan, membahagiakan keluarga, memberikan sumber inspirasi kepada keluarga yang memeliharanya
  8. Bagi segelintir individu di negara Malaysia dan Indonesia, burung hantu lebih mengerikan kerana ia akan memakan bayi yang baru lahir.
  9. Orang Jepun ada yang menganggap burung hantu jenis Eagle pembawa mesej yang baik dan kemakmuran kepada keluarga.
  10. Di sebalik kepercayaan itu, burung hantu sebenarnya semakin terancam kerana menjadi buruan untuk diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik.

Bila tengok cerita Harry Potter terigin juga nak ada burung hantu spesis yang macam Harry Potter bela tu. Rupa burung hantu ni ada macam macam. Ada yang menakutkan, ada juga yang comel. Ada sesiapa yang bela burung hantu ke?


8 Comment for "Kepercayaan Tentang Burung Hantu"
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

heheheeh , burung hantu ni, scary tapi dia actually cantik kan

banyaknya mitos tp suka owl warna putih mcm harry potter. rasa comel

dasatnya kepercaan diorang. kesian burung hantu..

Wah macam-macam kepercayaan ada.

Burung hantu comel!!!

peribahasa burung hantu pulak pasni., hehehe

iisshh... issshhh Cina ni apa jugalah yang diorang tak makan!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top