Special Offer

Author

Kalau Nak Di Puji Suami, buat Senaman Tiang

Assalamualaikum

Ari ni energy kurang sikit sebab masih kurang sihat. Tapi tgn aku sihat dan aktif untuk berkongsi artikel 'Senaman Tiang Bukan Erotik'. Senaman tiang tak sama ngan tarian tiang ok.. So nak tahu sila baca kat bawah ni. Bukan senaman tiang je, senaman terbang pun ada..


BUAIAN sering dikaitkan dengan bayi tetapi pengasas Dreams Dance Studio di Subang Jaya, Selangor, Reiko Soo, mengubah buaian menjadi alat senaman. Menurut Reiko, 35, senaman yang dipanggil fly fitness atau senaman terbang itu menggunakan sejenis kain daripada fabrik likra.

“Jangan terkejut kerana kain jenis ini cukup tahan lama selain boleh menanggung berat badan seseorang sehingga 500 kilogram,” ujarnya.

Katanya, senaman terbang dapat melatih seseorang untuk mengimbangi badan dengan fleksibel, menguatkan otot serta membentuk abdomen badan dengan lembut dan tenang

Cara bersenam pula ada yang dalam keadaan terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas sambil bergayut pada kain itu.

“Senaman ini menghendaki peserta terapung dan kurang memijak lantai. Ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih relaks dan tidak mudah letih. Fokus utama senaman ini adalah kawalan emosi dan pergerakan anggota badan secara pelbagai,” ujar Reiko.

Boleh dikatakan semasa berada dalam buaian tersebut, segala masalah dapat dilupakan kerana tumpuan terarah kepada pergerakan senaman sahaja.Walaupun masih baharu, senaman terbang mulai mencuri perhatian masyarakat tempatan yang mahukan aktiviti fizki yang bersifat ceria dan tanpa risiko kecederaan serius.

Kawal emosi

Di Dreams Dance, golongan yang mengikuti kelas senaman itu terdiri daripada kalangan profesional termasuk peguam, jurutera, doktor dan suri rumah.Konsep yang diterapkan oleh Reiko ini hampir sama seperti AntiGravity Yoga yang dicipta oleh Christopher Harrison, 50, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Menggunakan kain sutera sebagai kaedah senaman, AntiGravity juga baik sebagai kaedah mengawal emosi.
Harrison, seorang bekas penari profesional telah membuka banyak cawangan AntiGravity di seluruh dunia.
Seorang tenaga pengajar senaman terbang di Dreams Dance, Amira Hani Umaruddin, 27, berkata, para pelajarnya mendakwa mereka berasa lebih segar dan bertenaga selepas mengikuti beberapa sesi senaman tersebut.
“Fly Fitness menggunakan beberapa disiplin senaman manakala kain yang digantung membolehkan peserta bergerak secara bebas dalam pelbagai kedudukan.

“Senaman ini hanya memberi tumpuan pada senaman asas seperti di atas lantai dan kemudian bergayut di dalam kain yang mungkin mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mahir sepenuhnya,” kata Amira.
Latifah Mohamed, 23, seorang pelajar universiti tempatan di Shah Alam, Selangor mengakui badannya berasa lenguh-lenguh pada peringkat awal mengikuti senaman itu.

“Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa kerana ia mengeluarkan peluh yang banyak. Badan pula rasa lebih ringan dan selesa. 


Dipuji suami 

“Ia juga membuatkan saya terkenang pada bayi yang tidur di atas buaian sambil diayun si ibu,” ceritanya.
Bagi Catharine Chew, 28, dia dapat mengawal emosi dengan baik sejak mengamalkan senaman terbang itu kira-kira setahun lalu.

“Kita belajar mengawal perasaan dan mengosongkan minda daripada sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, Mandy Soo, 34, memberitahu, selepas mengikuti senaman tersebut bentuk badannya berubah menjadi lebih seksi sehingga mendapat pujian daripada suaminya.

Selain pakej senaman terbang, Dreams Dance turut menawarkan senaman ala tarian tiang yang dipanggil pole fitness.

Kata Reiko, senaman tiang berbeza dengan tarian tiang yang sering menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat negara ini kerana ia dikatakan mengandungi elemen erotik.

“Ia lebih berbentuk senaman semata-mata bagi mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih yakin dan bermotivasi tinggi.

“Bukan mudah untuk bergayut pada sebatang tiang besi dengan menggunakan kedua-dua tangan. Anda juga perlu mengimbangkan badan untuk tempoh yang lama,” ujarnya sambil memberitahu, tiang besi itu licin dan memerlukan kekuatan tangan untuk memegangnya supaya tidak terjatuh.

Sumber: Kosmo Online

  P/S: Sapa suka Zumba boleh join kelas zumba kat Fitness First.. 



1 Komentar untuk "Kalau Nak Di Puji Suami, buat Senaman Tiang"

nampak mcm best je..tapi nak buat tu..haiyooo..klau bdn besar cam ne lah..

jom cuba ga ni, hadiah best tau http://www.akmarwati.com/2012/03/win-coach-wristlets-at-babyibu.html

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top