You don’t have to be big. You have to be remarkable

Memori Kapal Terbang Kertas

Assalamualaikum

Sapa pernah main kapal terbang kertas? Ingat lagi tak mcm mne nk buat? Well tadi masa kat ofis sambil tunggu pc loading aku pun amik kertas secara spontan lipat-lipat jadilah kapal terbang kertas. Tak kan la aku lupe cara nk buat kapal terbang kertas yg menjadi mainan aku masa kecik-kecik dulu.


Masa kecik dulu koyak kertas buku latihan semata-mata nk buat kapal terbang kertas ni. Abis nipis buku latihan aku. Wahaha. Lepas tu lawan sapa yg terbang paling tinggi. Main masak-masak? Aku tak suke main macam tu sbb nampak mcm lembik sgt. Biasa petang-petang aku main kejar-kejar and aku Power Rangers and ada la raksasanye. Hehe..


Dulu aku hanya mampu main ni je tapi budak skang tak de da main benda ni. Nk buat kapal terbang kertas pun nk bukak tengok tutorial/DIY. Dulu walaupun kapal terbang tu putih plain je still happy main dengan kawan-kawan walaupun tanpa remote dan bateri. Untunglah anak org berada bleh beli kapal terbang remote.


Abaikan apa yg terconteng kat kapal terbang kertas tu. Aku memang suka benda mcm tu. Kasik ceria sikit. Sampai lecturer pun ada tegur aku pasal kertas jawapan aku yg warna warni. Barulah naik mood nk belajar. Ada mcm-mcm colour, tulisan cantik, tak serabut mata memandang.

Kat otak aku skang rasa mcm nk terbangkan kapal terbang ni je tapi aku perlukan padang. Memori zaman kanak-kanak indah untuk dikenang. Aku still ingat mama buat pencil box dari span baju yg kat atas bahu tu. Aku ada banyak kot masa sekolah rendah. Kreatif jugak mama aku nih. Rasa mcm nk request la ngan mama balik raya nnti. Buat casing phone. Sekian... 

P/S: Apa permainan korang masa kecik-kecik dulu
Tag : emovere
5 Comment for "Memori Kapal Terbang Kertas"

yeahh , teringat zaman kecik kecik dulu . hee , kita pun pernah buat kapal terbang kertas XD

hi..!
jom baca entry baru pka.

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html

tq :)

ayu suka main masak2,anak patung..hehe

best nain kapal terbang kertas ni, \tapi bebudak sekarang, main lagi ke kapal terbang kertas ni..?

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top