You don’t have to be big. You have to be remarkable

Jangan Ambil Mudah Soal Wali

Assalamualaikum

Perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan... "

Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W. 

Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa; "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.".



Tapi sedar tak ada segelintir individu yg memandang remeh soal perkahwinan. Soal wali. Ada individu yang memasang niat untuk mendirikan rumahtangga tapi menggunakan wali hakim tanpa pengetahun ayah kandungnya (wali sebenar). 

Dipetik dari Kosmo Online: Perkahwinan batal tanpa izin wali
 
ADAKAH sah pernikahan anak perempuan saya jika dia berwalikan hakim sedangkan saya yang merupakan ayah kandungnya masih hidup? Apakah hukum di sisi syariat dan hukum Allah jika isteri saya menipu tuan kadi bahawa saya tidak dapat dikesan dan ghaib? Apakah langkah yang perlu saya ambil atau adakah hanya berdiam diri sahaja?
 
JAWAPAN: 

Wali ialah orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak dikahwinkan mengikut susunan tertentu. 

Tujuannya adalah untuk menentukan sesuatu perkahwinan itu sah, sebab perempuan-perempuan itu adalah kaum lemah yang sentiasa berhajat kepada pimpinan daripada kaum lelaki.

Jika tiada orang yang bertanggungjawab terhadapnya nescaya perempuan senang dipengaruhi dan keselamatannya tergugat. Oleh itu, apabila seorang perempuan hendak berkahwin, maka hendaklah mendapat keizinan daripada wali yang bertanggungjawab.

Dalilnya daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Barang siapa antara perempuan yang berkahwin dengan tidak diizinkan oleh walinya, maka perkahwinannya itu batal'.

Niat aku sekadar untuk berkongsi apa yg aku baca. Walaupun masing-masing pernah belajar tentang perkahwinan dlm pendidikan Islam sekolah menengah tapi masih ada segelintir yg amik mudah soal hukum. 


P/S: Saling ingat mengingati.



4 Comment for "Jangan Ambil Mudah Soal Wali"

apa2 pn jgn belakangkan keluarga..insyaAllah dgn restu kita akan bahagia ;-)

naniey tak cukup tido jgn tido time kerja erk..hehe

hak seorg ayah utk mewalikan anaknya tak sepatutunya dinafikan... itulah tanggunggjawab terakhir dia sbg ayah sebelum dia menyerahkan tanggugjawab dia kepada suami anaknya tu..

ini masalahnya pada mereka yg pandang ringan bab wali. kalau nikah di dalam malasyia ni, wali perempuan tak ada, jgn harap tok kadi nak nikahkan.

tapi yg bkhwin di sempadan, apakah sah pnikahan itu walaupun pkwhinan itu tidak berwalikan bapanya..!

ada kmusykilankan dgn tok kadi di sempadan sana..xkn tak tahu apa pasal wali ni..

ade susunan kan? mne bole diketepikan yg penting2? mungkin akn timbul 1 perasaan bila ayah yg mewalikan kita.

its look easy when people talks about ijab dan kabul tapi sebenarnya ijab dan kabul is the hardest thing to parents sbb na melepaskan kita kepada org lain i mean perempuan lah kan. bertukar tangan. btw, nice sharing sayang. :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top