Special Offer

Author

Takdir yang Tertulis di Loh Mahfuzh

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Jumaat semua.. Jumaat pertama tahun 2013.. Semalam baca pasal takdir and at the moment ni je yang dapat saya share. Moga ianya bermanfaat buat kalian. 

Firman Allah SWT
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan disisi-Nya terdapat ummul Kitab (Loh Mahfuzh) - Ar Ra'd, 39)

Menurut Tafsir Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Loh Mahfuzh itu boleh dihapuskan oleh Allah jika Dia mengkehendaki, ataupun Allah tetapkan saja sesuai dengan kehendakNya.

Kemudian yang dapat mengubah takdir yang tertulis dalam Loh Mahfuzh itu adalah doa dan perbuatan baik

Rasulullah SAW bersabda
"Tiada yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik"- Riwayat Tirmizi

Begitu juga menghubungkan silaturrahim boleh juga mengubah takdir. Umur yang pendek boleh dipanjangkan oleh Allah, rezeki yang sukar akan dimudahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda
"Dari Anas bin Malik beliau berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang suka banyak rezekinya dan lambat datang ajalnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"- Riwayat Bukhari dan Muslim
 
Sumber: Bimbingan & Panduan Fardhu Ain

Mari amalkan doa dibawah.

Jazakallah Khairan

P/S: Sharing is Caring :) :) 

16 Komentar untuk "Takdir yang Tertulis di Loh Mahfuzh"

Salam Jumaat buat NAni cayang...Terima kasih NAni...nak amalkan juga doa ini ....syukran jazilan

btol tu..suma dah tertulis..tinggal tuggu masanya bila jd.

amin..moga doa kita dimakbulkan..

setuju...semua dh tertulis..kita hanya perlu berdoa n berserah..hehehe....

kita hanya mampu merancang....tapi DIA yang menentukan..semuanya sudah tertulis..

Salam Jumaat Nanie..perancangN Allah sememangnya terbaik untuk kita..

tq nani berkongsi ilmu. InshaAllah sama2 amalkan. :)

Manusia hanya mampu merancang...
Tapi segalanya kuasa Allah swt....=D
Nice sharing...

Ameen~
terima kasih kak nani..=)

berdoalah kerana doa senjata mukmin..

perjalanan hidup ini semua sudah tertulis...

T.ksh atas perkongsian ni nanie.. ;-)

doa yg patut kita semua amalkan.. :-)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top