You don’t have to be big. You have to be remarkable

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Wilayah Gombak dan KL

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



SIARAN SEGERA
SIARAN MEDIA                                                                         
11 APRIL 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.  Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1
Flat DBKL Dato’ Keramat
15
Taman Cempaka
2
Jalan Padang Tembak
16
Taman Bakti
3
Jalan Semarak
17
Taman Nirwana
4
Jalan Gurney
18
Kampung Pandan Dalam
5
Kementah
19
Taman Cahaya
6
Pulapol
20
Pandan Cahaya
7
Wisma Tanah
21
Taman Dagang
8
JUPEM
22
Taman Shamelin
9
UTM
23
Taman Tenaga
10
FELDA
24
Taman Miharja
11
Pusat Latihan Telekom
25
Taman Kobena
12
Jalan U Thant
26
Bandar Permaisuri
13
Jalan Ampang Hilir
27
Desa Pandan
14
Taman Pandan Jaya
28
Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1
Kampung Baru Ampang
29
Kampung Kemensah
2
Kampung Melayu Ampang
30
Kampung Lembah Jaya
3
Taman Hillview
31
Kampung Pinggir Tiga Jaya
4
Bukit Jobina
32
Kampung Tengah Lembah Jaya
5
Taman Dato Ahmad Razali
33
Lembah Jaya Utara
6
Taman Bukit Indah
34
Lembah Jaya Selatan
7
Taman TAR
35
Sri Rampai
8
Kampung Tasek Permai
36
Taman Ampang
9
Ukay Heights
37
Taman Dagang Permai
10
Ampang Jaya
38
Taman Pandan Ria
11
Dataran Ukay
39
Taman Permai Jaya
12
Pinggiran Ukay
40
Taman Permata
13
Sri Ukay
41
Taman Saujana Ampang
14
Beverly Heights
42
Tasek Tambahan
15
Ampang Indah
43
Taman Ampang Mewah
16
Ampang Jaya
44
Taman Ampang Utama
17
Ampang Saujana
45
Taman Bukit Ampang
18
Ampang Water Front
46
Taman Cahaya Ampang
19
Bandar Baru Ampang
47
Taman Dagang Jaya
20
Bukit Ampang Permai
48
Taman Halaman
21
Bukit Indah
49
Taman Kesuma Ampang
22
Desa Lembah Permai
50
Taman Kosas
23
Desa Setapak
51
Taman Mulia Jaya
24
Jalan Ampang
52
Taman Rasmi Jaya
25
Kampung Bukit Sungai Puteh
53
Taman Sri Ampang
26
Keramat AU 1 hingga AU 5
54
Taman Watan
27
Kampung Ampang Campuran
55
Wangsa Melawati
28
Kampung Indah Mulia


Jumlah Akaun : 61,392
                                                                                                                   
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April 2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’atau ‘puspel syabas’

-tamat-

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

PRISCILLA ALFRED,
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
Tel      : 03-2088 5400                                  
Faks    : 03-2088 5288
6 Comment for "Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Wilayah Gombak dan KL"

So siapa yang hadapi gangguan tu..... Silalah tadah air bebanyak...

better tak de lekrtik berbanding tak de airkan...

Mesti haru biru jadinya bila ayaq takda ni...kompem tak selesa..

lama tue 4-5 hari...huhu susah kalau xda air kan nani

eh..hari tuh kat uitm husna pon ada masalah air jgak..almost area tu lah..sebab masalah dr syarikat air darul aman (SADA)..

lebih rela xdak letrik dr xdak air kan..=)

Ssh xde air ni...tp alhamdulillah selyg ade air haritu...:-)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top