You don’t have to be big. You have to be remarkable

Niat 8 Perkara Ketika Berwuduk

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Sayyidul Ayyam buat kalian semua.. Mohon lima minit untuk membaca perkongsian di pagi Jumaat yang segar dan indah ini. 


Ketika ambil Wuduk niatkanlah dalam hati..

1. Ketika berkumur, berniatlah kami dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, jangalah Kau hitamkan mukaku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, jangan gelincirkan kakiku ketika melintasi titian Siratul Mustaqqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunilah dosa-dosa aku".

Sumber: Facebook 

P/S: Time Fliesssssssss

6 Comment for "Niat 8 Perkara Ketika Berwuduk"

ilmu baru ni. time kaceh share nani. ;)

Nice dear..
Insyaallah tak lupa amalkan lepas ni...

In Shaa Allah diamalkan..nice sharing dear

tq nani berkongsi...(**sorry lambat singgah sini kekangan masa)

in shaa Allah..=)

nice sharing kak nani..boleh share lah..=)

Thanks nanie...perkongsian yg berguna buat semua.. :-)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top