You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pengalaman Temuduga

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi everyone. Hari ni nak share pasal temuduga (interview). Sementara tunggu Lurviey datang untuk dinner and discussion so saya curi sedikit masa untuk up entri tentang interview. 
 
Menghadiri temuduga adalah saat yang paling mendebarkan. Itu pengalaman saya. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza okeh. Mana taknya, lain interview lain-lain interviewer and macam-macam kerenah. Ada yang strict, yang santai and etc. Saya pernah berhadapan dengan interviewer yang strict and yang santai. First interview saya adalah minggu terakhir praktikal. Matlamat saya adalah tidak menjadi seorang penganggur selepas tamat praktikal.

First Interview.
  • Saya dapat panggilan untuk menghadiri temuduga untuk jawatan yang relates dengan counseling. Bakal klien saya adalah sexual worker (pelacur) dan transgender (mak nyah, pondan). At first, I am so happy. I really wanna help them to get out from that world but in counseling we cannot change them unless they are willing to change themselves. That's not the problem. The problem is for sure orang-orang signifikan tidak bersetuju untuk saya bekerja di situ. Memandangkan tempat tersebut agak tersorok dan kurang selamat. So, setelah memikirkan pro dan kontra saya menolak pekerjaan tersebut.
Second Interview. 
  • Temuduga seterusnya adalah selepas tamat praktikal. Again.. saya dapat jawatan Marketing Executive. Ok. Just ignore about the position. Saya tak suke jawatan tersebut tetapi saya suka job description which is I have to creates the training modules. Yes I like that. Lagipun masa praktikal di UniKL saya ada create career modules. Interviewer siap suruh I explain apa modules yang saya buat. Then they ask me untuk tunggu sekejap. Then they offer me the position. Sadly, saya tolak sebab gaji tidak munasabah. Nonsense!! Hidup kat KL dengan transport, sewa hostel, makan etc. Saya tolak terus. But it's ok. Lurviey pun cakap tempat tu tak secure. Orang KL mesti lagi tau kan tempat tu secure or tak. 
Next Interview. 
  • Dapat panggilan untuk jawatan school counselor (private). Sekolah tu kalau sebut confirm orang tahu. Tapi terpaksa saya tolak jugak. Sebab kat DAMANSARA. Huahaha.. Memula memang excited gile tapi bile tahu kat Damansara je terus tolak. 
  • Dapat call dari CEO tettttt untuk jawatan admin cuz at the moment they dont have counselor vacancy. Saya suka company tu cuz they provide career info for peoples especially students. Memandangkan tempatnya di Klang jadi saya tolak jugak jawatan tersebut. 
  • Dapat jawatan untuk IPTS counselor tapi office and college terpisah which is bukan satu tempat and tempat tu area Petaling Jaya. Nak pergi sana kena naik komuter. Me naik komuter???? Memang tak lah.. Pergi dengan Lurviey naik kereta one day before interview tu pun sampai sesat. Reject!
  • Interview seterusnya adalah jawatan as consultant. Saya pergi interview and get the information about the position. 3 minggu kemudian dapat email saya dapat jawatan tu. Memandangkan saya tidak mahu menganggur sementara tunggu hari konvo, jadi saya terima jawatan tersebut untuk melangsaikan bayaran sewa jubah konvo dan juga hutang UM.Bermulalah episod saya sebagai seorang pekerja yang makan gaji. Namun, saya tidak suke dengan jawatan tersebut. Sangat bercanggah dengan value saya. Tapi apa boleh buat. Kata tak nak menganggur. Sambil keje sambil cari keje lain juga.
  • Dapat lagi panggilan interview as Recruitment Associate Teach For Malaysia (TFM). They said they want to interview by phone. But sadly orang berkenaan tidak call saya kembali sedangkan saya da balik awal semata-mata untuk phone interview. Itulah namanya tak de rezeki. 
Dah banyak lagi yang saya apply tapi sudahnya saya tak pergi. Apply lain offer lain. Damn.. So beware peeps. My friend dah kena. Apply for admin exec then dapat receptionist. Stupid gile yang keje kat HR if macam ni. Sangatlah tak profesional and wasting others time. Please la. 

Itulah serba sedikit tentang pengalaman interview saya. Eh, tak de interview dengan gov sector??KENAPA SAYA TAK MEMILIH UNTUK BEKERJA KERAJAAN? Ada masa, saya akan kongsi kenapa saya tak pilih gov sector.


Katarsis: Ada orang lepas grad terus dapat kerja bagus. Ada orang, ada master degree pun keje masih tak bagus. Ada orang lepas grad masih tercari-cari bidang sendiri. Itulah namanye rezeki. Lain orang lain rezekinya. Jadi jangan terlalu selesa dengan apa yang anda capai hari ini. Ucaplah Alhamdulillah.. 

P/S: Terima kasih kerana ada yang concern dengan career life saya.

10 Comment for "Pengalaman Temuduga "

nani, pada kita dalam arena cari kerja sekarang ni, soft skill satu-satu candidate tu sangat penting. itu yang membezakan satu candidate dgn yang lain. dan apa yang soft skill kita tu boleh majikan gunakan. this is the trick.

kita dapat ni daripada penemuduga yang kita penah pegi.

walau apa pun, all the best dear!

banyak pengalaman ye.. Moga berjaya ye :-)

banyak kali jugak nani attend interview. secara tak langsung dpt pengalaman yg berbeza2. most valuable experience.

hebat kak nani nih..interview merata..husna nih jenis cepat cemas..belum nak interview tp dah ketar2 habis satu badan..LOL..=P

byk pengalaman nanie,
Nur kalau sebut temuduga je mesti kecut, sbb tu tak suka temuduga..hihi..

tapi ade ke org yg pegi temuduga tp xgementar langsung eh..

byk pglmn tu bgus..

oh, nak tau gak kenapa tak plh gov =)

beznya nani byk pnglmn interview.ayu skli ja..huhu..pas kja mtk kja lain tp xda rzki lg.hehe

Tak suka interview.....
Huhuuuuuuhuhuh..
Tapi after this mesti kena hadap interview kan...
AJ dah menganggur kembali kan...

Wahhh byknye pengalaman inteviu...deqla x suka jugak..gugup masa inteviu..x yakin 1 hal..hoho..owh manisnya nanie.. ;-)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top