Special Offer

Author

Kecerdasan Emosi

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kecerdasan emosi atau dalam bahasa mat saleh kite panggil emotional intelligence. Sambil refresh balik segala ilmu sambil berkongsi. Moga entri ini bermanfaat untuk kalian. 

IQ tinggi tidak melambangkan EQ juga tinggi.

Setiap dari kite mempunyai personaliti yang berbeza. Semua orang tau kan? Kehendak dan keperluan yang berbeza dan juga cara kite express emosi kite juga berbeza. Dalam kehidupan manusia kecerdasan emosi adalah sangat penting jika... mereka hendak berjaya. Kenapa? Macam mane nak berjaya kalai EI pun tak cerdas. Asyik nak dengki, busuk hati, iri hati. EI tak cerdas la tu.



Kecerdasan emosi (EI) adalah keupayaan untuk mengenalpasti emosi dan memahami apa yang individu lain ekspresikan dan juga sedar bagaimana emosi memberi kesan kepada orang sekeliling kalian. EI juga melibatkan persepsi kalian terhadap orang lain. Bile kalian faham perasaan mereka, kalian tau macam mane nak manage relationship more effectively.

Orang yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi biasanya berjaya dalam kehidupan mereka dan apa jua yang mereka lakukan. Cuba kalian perhatikan mereka yang berjaya dalam hidup. Ramai orang ingin mendampingi individu yang tinggi EI dan mahukan mereka dalam team mereka (work team). Individu yang tinggi EI sentiasa buat orang sekeliling rasa senang, bagus, selesa dan kehidupan mereka lebih mudah berbanding mereka yang sentiasa marah dan tidak tahu mengurus emosi.

Lima elemen yang menentukan EI mengikut Daniel Goleman, American Psychologist. 
  1. Kesedaran Kendiri- Individu yang tinggi EI lebih self-aware. Mereka memahami emosi mereka. Oleh itu mereka tidak bertindak mengikut emosi. Individu ini juga mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka dan mereka bekerja dalam bidang yang mereka boleh perform better.  
  2. Self Regulation- Keupayaan untuk mengawal emosi dan impulses. Orang yang boleh mengawal diri biasanya tidak akan membenarkan diri mereka menjadi seorang yang terlalu pemarah atau terlalu cemburu dan mereka tidak cuai dalam membuat keputusan. Mereka berfikir sebelum bertindak. Ciri-ciri dalam pengawalan diri adalah bertimbang rasa, keselesaan dengan perubahan, integriti dan keupayaan untuk mengatakan tidak. (Tak ramai yang mampu mengatakan TIDAK- ada masa saya up entri lain okeh?)
  3. Motivasi- Individu yang tinggi EI ni selalunya motivated. Mereka sanggup menangguhkan keseronokan sementara mereka untuk kejayaan jangka panjang. Mereka sangat produktif, sukakan cabaran dan sangat effective dalam apa jua yang mereka lakukan. Yeah!!!!! Harap kalian bermotivasi membaca point ini .
  4. Empati- Keupayaan untuk mengenal pasti dan memahami kehendak, keperlua dan pandangan dari orang-orang di sekeliling kite. Empati BERBEZA dengan simpati. Dalam erti kata mudah 'put yourself in others shoes'. Orang yang mempunyai empati yang baik dapat mengenal pasti perasaan walaupun tidak diekspresikan. Individu sebegini biasanya amat bagus dalam menguruskan perhubungan dengan orang disekeliling. Mereka jugak mengelakkan stereotaip dan juga penilaian terhadap orang lain. 
  5. Kemahiran bersosial- Kite lebih tertarik untuk bercakap dan berkawang dengan mereka yang pandai bergaul. Betul tak? Ini kerana kecerdasan emosi mereka tinggi. Golongan yang tinggi EI tidak mementingkan diri dan apabila bercakap mengenai kejayaan mereka bukan ingin berjaya seorang diri bahkan membantu orang sekeliling untuk bangkit dan berjaya bersama-sama seperti mereka.

Kecerdasan emosi merupakan faktor kepada kejayaan dalam kehidupan terutama dalam kerjaya anda. Keupayaan untuk menguruskan orang dan perhubungan adalah sangat penting bagi seorang pemimpin/ketua pasukan. 


Sekian.. Sekarang cuba muhasabah diri dan lihat tahap kecerdasan emosi kalian. 
Tinggi, Sederhana atau Rendah??
Kalau rendah dan sederhana apa yang perlu kalian lakukan?
Tingkatkan dan ubah! 
*peringatan untuk saya jugak* 



P/S: Tiada entri bajet good2 ok? Saya nak jadi bagus dan saya nak kalian yang baca ni pun bagus. Sama2 kite jadi lebih baik dari sebelum ni.
P/S/S: Ada orang takutkan kejayaan. Nak tahu? InshaAllah saya akan kongsikan untuk kalian nanti.


3 Komentar untuk "Kecerdasan Emosi "

kadang2 rasa tggi...dan kadang2 rasa rendah...konpius dengan emosi diri sendiri lak...

apapun,rasanya perlu perubahan..

thanks nanie...

yup...Masha hari2 deal dgn sesama manusia...emosi kena slalu maintain strabil...bila,moody,kerja semua punoh...huhu...thans dear

kalau berkaitan bab2 emosi ni memang susah jugak.. tapi sebolehnya kawal emosi dengan bijak..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top