You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pengalaman Pertama Shopping Dengan ZALORA

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Zalora? Rasanye ramai yang tahu mengenai Zalora ni kan.. Kalau google je macam-macam jenis kisah pengalaman orang yang online shopping dengan Zalora. Of course ada yang negatif dan ada yang positif. Dan entri ini adalah pengalaman pertama saya membeli bersama Zalora.. 

Rasanya ramai yang suka online shopping. Mudah dan cepat dan rasanya ramai jugak yang prefer cash on delivery (COD). Betul tak? Well, special thanks to Zalora sebab bagi peluang kepada saya untuk shopping dengan voucher RM100..

Frankly speaking memang takut actually nak beli barang sebab baca bad experience orang yang membeli dengan Zalora.. Tapi ramai yang bagi positive feedback. So why not saya cube rasai sendiri macam mane shopping dengan Zalora ni. Bile buka website Zalora tengok bahagian Women memang banyak choice.. Tapi saya tak kan beli kasut, aksesori, tudung dan baju . Fokus saya kat beauty product and handbag!!! Yes.. I need new handbag.. Nak plak dapat offer dekat nak raya ni. Apa lagi. Ni la time untuk bergaya dihari raya. Hehe.. Klik kat bahagian handbag, amik kau... Tak tahu nak pilih yang mana satu.. Nak brand apa, color apa, jenis macam mane.. Dah pulak.. Amik masa lebih kurang dua minggu jugak nak pilih yang mane satu.

Setelah di tapis-tapis dan tapis akhirnya Sabtu lepas nekad la beli handbag Alfio Raldo ni... Harganya hanya RM79 sahaja selepas diskaun. Harga asal adalah RM159. Ok la tu. Seratus tolak tujuh puluh sembilan, ada balance lagi dua puluh satu ringgit. :P


Nak beli apa ye.. Banyak tu balance.. Tengok aksesori harga yang menarik hati semua di atas RM21. Then tengok beauty product jumpa la satu yang berkenan di hati; Sephora Nano Eye Pencil.  Ok ke tidak? Nanti saya review ye.. 

Penghantaran barang dari pihak Zalora amatlah memuaskan hati. Tip top. Sabtu order, Ahad da hantar, pagi Isnin saya dah terima. Akak cleaner datang ketuk pintu serah barang. Wahhhh cepatnye servis penghantaran Zalora. Kalau macam ni memang next time nak beli lagi sebab masih ada baucar RM20 dan baucar diskaun 10%.

KESIMPULANNYA, pengalaman saya shopping dengan Zalora amat memuaskan hati. Barang adalah sama seperti yang dipaparkan dalam website dan penghantaran juga cepat. Alhamdulillah..  Syukur dengan rezeki Ramadhan. Terima kasih...

Jom shopping dengan >>>>>> ZALORA
5 Comment for "Pengalaman Pertama Shopping Dengan ZALORA"

Pernah jugak shopping dengan zalora ni. Best.

tue la... pnah gak bc review bruk psl zalora.. tp everything ade pors n cons... hehe..

btw, cntik nye bag....

dah 2,3 kali shopping dengan zalora.. tak pernah ada bad experience lg.. :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top