Special Offer

Author

Ilmu dan Harta

Assalamualaikum...

Ada ilmu tak de harta, orang pandang gitu-gitu je. Ada harta zero ilmu yang tak de pertalian pun terhegeh nak mengaku saudara. Fakta bukan Auta. Bukan sekadar dalam drama tapi realiti kehidupan..



Tertarik untuk saya kongsikan empat kelompok manusia;

SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH HARTA DAN ILMU. Lalu dia bertakwa kepada Allah, melakukan silaturrahim serta mengetahui hak Allah di dalam hartanya. Ini adalah tingkatan PALING BAIK.

SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH ILMU TETAPI TIDAK DIANUGERHI HARTA. Namun dia mempunyai niat tulus dan mengatakan ' Andai kata aku punya harta tentu aku akan beramal seperti si fulan'. Dan kerana niatnya ini, pahala mereka berdua sama.

SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH HARTA TETAPI TIDAK DIANUGERAHI ILMU. Dia memakai hartanya tanpa dasar ilmu, tidak bertakwa kepada Allah, tidak melakukan silaturrahim serta tidak mengetahui hak Allah dalam hartanya. Ini adalah tingkatan PALING TERBURUK.

SEORANG HAMBA YANG TIDAK DIANUGERAHI ALLAH HARTA DAN ILMU. Namun dia mengatakan ' Andai aku punya harta tentu aku akan beramal seperti amal fulan'. Dan kerana niatnya, dosa mereka sama'.

HR TIMIDZI DAN AHMAD, HADITH HASAN SAHIH. (Dipetik dari Majalah Sinergi, Edisi 09)

Recheck dan diagnosis diri sendiri. Masing-masing dah besar punya akal.. Yang berilmu bukan semata dunia tapi akhirat juga. Sekadar berkongsi.

posted from Bloggeroid

0 Komentar untuk "Ilmu dan Harta"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top