You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sentap

Assalamualaikum...

Salam Jumaat... Dua hari lagi masuk bulan baru, SEPTEMBER! Tak terasa masa berlalu.. Esok family akan ke Penang, tapi me tak dapat join atas sebab yang tak dapat dielakkan. Dalam hati, Allah je tahu..


Sesaje nak up entri Sentap. Kalian mudah sentap? Sentap nak tercabut jantung rasanye. Ku tahan-tahan berbekalkan akal yang waras. Kadang susah nak cakap dengan orang yang kurang cerdik. Sorry to say. Kurang cerdik sebab tak berfikir...

Put yourself in others shoes pun kalau jenis yang tak berapa nak cerdik memang tak reti langsung nak faham. Itu satu. Dua.. Untuk memahami, kau perlu rasa. Baru kau faham!

Kadang malas nak bersemuka dengan orang-orang ni sebab tak kan membaikkan keadaan. Biarlah orang kata sombong, dari me jadi biadap. Bukan sebab tak di didik. Tapi jenis manusia macam ni tak boleh bagi muka. Makin diberi, makin macam tettt..

Da abis bab negatif.. Positifkan diri.. Lol..

Melemah seketika tak mengapa. Jangan melemah lama. Kerana Mukmin itu kuat semangatnya. Semangat!!! Moga me terus semangat dan pekakkan telinga dari orang-orang macam ni dan diberi kekebalan hati.. Have a nice day and jom turun Stadium Selayang sok!

posted from Bloggeroid

1 Comment for "Sentap "

Selalu jugak sentap sentap ni. Bese la

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top