Special Offer

Author

Makanan Sihat Tapi Sebenarnya Membuatkan Anda GEMUK



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Sedar tak sebenarnya ada makanan yang kite anggap tu makanan yang sihat tapi sebenarnya langsung tak sihat. Tapi pilihan di tangan masing-masing untuk menentukan apa yang nak masuk perut sendiri kan. Even me, myself pun kadang-kadang masuk jugak makanan yang tak sihat especially makanan instant. Biasalah budak hostel. Bukan ada dapur nak masak-masak kan.**alasan tepat**  

Dalam diet harian, ada beberapa makanan yang anda jadikan keutamaan kononnya diambil bagi mengurangkan berat badan, tetapi tahukah anda makanan yang disangka punya banyak kebaikan itu sebenarnya mengandungi lemak serta kalori yang lebih tinggi berbanding makanan lain? I need more calorie! Lol...


Ketahui makanan yang disangka sihat tetapi memberi kesan pada tubuh. (Sumber: Eh!)


Sushi
Jangan terkejut! Sememangnya sushi sering menjadi menu utama untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Dengan sayuran segar dan rumpai laut, ia sememangnya rendah kalori. Tetapi ada juga hidangan yang ditambah dengan mayones serta ikan yang digoreng dengan mentega menjadikannya tidak lagi sesuai untuk pengawalan pemakanan. [Soooooo true.... Memang pun kan.. Dalam sushi ada yang diletak mayones, nasib me kurang gemar sushi. Kalau makan pun yang salmon and telur die tu je]

Buah kering
Mengandungi lima hingga enam kali lebih tinggi kandungan kalori daripada buah-buahan segar. Ini kerana ia dikeringkan dan kehilangan sumber air yang banyak. Namun awas dengan sebahagian besar jenama buah-buahan kering yang turut menambah gula supaya lebih terasa serta tahan lebih lama.

Teh botol
Bagi mengelakkan air bergas mahupun air manis, anda memilih air teh yang dibotolkan kerana teh lebih baik daripada kopi. Namun ramai yang tidak sedar akan kandungan gula di dalamnya boleh menyamai kandungan kalori di dalam sebotol air soda.

Jus buah kotak
Jangan mudah terpedaya dengan iklan di media massa yang menyatakan jus oren kotak mahupun epal menyihatkan. Sila ambil perhatian ya, untuk membuatkan ia lebih tahan lama, gula menjadi menu utama dalam pembuatannya. Jadi jus dalam kotak tidaklah sesihat seperti yang anda sangka.

Salad
Memang bagus sertakan hidangan salad dalam diet harian jika anda mengamalkan pemakanan salad kosong tanpa apa-apa dressing mahupun tambahan lain. Namun, salad yang sentiasa menjadi hidangan di restoran menyajikan dressing mayones yang manis dan lazat, hirisan keju yang menyelerakan serta kekacang yang menambah kalori pada hidangan itu.

Quick sharing and my personal point of view.
Nak cari makanan yang betul-betul sihat harganya of course 'sihat' jugak kan. So, kadang-kadang semua benda saya bedal je. Janji masuk perut, kenyang Alhamdulillah. Kehidupan kat Malaysia ni pun makin hari makin meningkat. Nak membeli pun kena bandingkan harga betul-betul tambahan zaman GST ni. Economic buyer la katakan! Hahaha... Makanan kat atas ni macam jus buah kotak tu memang saya tak suka and tak beli pun after baca satu artikel jurnal kesihatan tahun 2011 sebab kandungan gule tinggi walaupun masa promosi cakap no sugar added bla..bla..bla.. Sebagai seorang economic buyer dan jugak seorang yang tak suke makanan gula, of course la dengar gula je memang 'alergik'. Perasan tak bile tengok drama fefeling macam healthy lifestyle bangun bagi minum jus kotak. Hampeh! Tapi most of us kan suke yang on the go and instant. Tak de masa nak prepare nak buat jus sendiri. Juicer yang ada, pun sekadar ada je. Banyak lagi sebenarnya makanan yang sihat tetapi sebenarnya tak sihat especially instant stuff macam oats, granola, muesli, roti. Kena bijak-bijak baca label bile membeli tengok apa kandungan tapi kadang kala kena tipu juga. Grrrr... Me memang sweet conscious, sebut je makanan manis memang tak kan sentuh la. Tepuk dada tanya diri sendiri sebab nak masuk pun dalam badan sendiri. Saya bukan seorang yang 'healthy eater'. Susah nak definisikan 'healthy food' yang sebenar. ORGANIC FOOD? MALAYSIA AND ORGANIC FOOD?

Makan apapun pun walaupun makanan itu sihat dan berkhasiat tetapi jika di ambil secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh. Sekian sahaja perkongsian dan juga my random thought mengenai Makanan Sihat Tapi Sebenarnya Membuatkan Anda GEMUK!

2 Komentar untuk "Makanan Sihat Tapi Sebenarnya Membuatkan Anda GEMUK "

Tq for the info.. mula2 terkezut gak tgok sushi pon ade dlm senarai.. salad pon.. bila baca rupa2nya mmg betol pon.. ade sushi yg letak mayonis dan goreng2 mcm udang tempura tu.. mmg sodap ler tp dah byk kalori disitu.. hehe.. salad pon sama.. bila dah letak dressing apelah gunanya utk diet.. hahaa..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top