1. Giant Papillary Conjunctivitis – Mereka yang tidak gemar untuk membuka contact lens ketika waktu tidur dan waktu mandi. 
  2. Fungal keratitis - kanta lekap yang kotor yang mengandungi benda asing dan habuk kayu.
  3. Acanthamoeba corneal ulcer - Antara jangkitan yang paling ditakuti yang boleh menyebabkan hilangnya penglihatan. Elakkan pemakaian contact lens ketika di kolam renang.


Cara penggunaan contact lens dengan betul sangat penting!

  1. Kanta lekap haruslah direndam selama enam jam sebelum dipakai kembali menggunakan solution yang boleh didapati di farmasi. Ini penting untuk membersihkan serta mengembalikan kelembutan dan keanjalan lens.
  2. Mata adalah organ yang sangat sensitif. Pakai dahalu contact lens sebelum melakukan aktiviti seperti memotong cili, bawang atau memakai make-up bagi menghindari sebarang elemen asing pada jari anda.
  3. Pastikan jari dalam keadaan bersih sebelum memakai kanta lekap.
  4. Kanta lekap mudah rosak andai diuruskan secara kasar. Pastikan anda berhati-hati ketika dan mengendalikan kanta lekap.  
  5. Jangan pakai kanta lekap yang koyak atau berlubang walaupun sedikit.
  6. Jika terasa pedih atau mengalami kegatalan, hentikan terus dari memakai contact lens tersebut.
  7. Rehatkan mata anda dari menggunakan contact lens pada waktu malam atau ketika di hujung minggu.
  8. Jangan tertidur sambil memakai contact lens kerana ia menyebabkan mata menjadi merah dan letih. Mengeluarkan contact lens ketika ini sedikit sukar kerana mata anda terlalu kering.
  9. Seeloknya, buka dahulu contact lens sebelum mandi. Andai tetapi, jika anda memakainya, jangan buka contact lens sejurus selepas mandi kerana contact lens anda ‘melekat’ kuat pada retina mata.
  10. Akhir sekali, jangan sesekali ‘recycle’ solution yang telah digunakan. Pastikan bekas kanta lekap sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Pengalaman sendiri
Saya pernah terlupa nak tanggal contact lens masa nak cuci muka. Masa cuci muka gosok la kat area mata tu.. Memang tak ingat time tu. Tetiba lepas gosok-gosok kat mata, baru teringat contact lens belum tanggal lagi. Alamak.. Lepas cuci muka, nak keluarkan contact lens tu tak boleh sebab die dah melekat kat mata. Dah takut gile and rasa nak nangis dah. Buatnye terus lekat tak ke jadi masalah lain. Alhamdulillah nasib boleh tanggal. Cara tanggal die ganas la sikit. Ngeri nak cerita.. Lepas hari kejadian memang selalu ingat bile balik terus kena tanggal dulu sebelum cuci muka.




Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday

Sekian sahaja sharing hari ni di petik dari majalah remaja. Well sebelum membeli tu rajin-rajinkan bertanya pada seller tentang material dan apa-apa berkenaan contact lens. Ramai yang prefer beli online. Order dan tunggu barang sampai je. Kalau kat kedai spek contact lens yang color pun limited dan tak banyak yang jenis macam yang online shop jual. Apapun KEBERSIHAN DIUTAMAKAN.