Special Offer

Author

Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme Badan

Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme Badan | Tips Tingkatkan Metabolisme Badan | Cara Kurus Dengan Mudah | Cara Kekalkan Berat Badan


Assalamualaikum

Jealous tak dengan orang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk? Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk adalah disebabkan kadar metabolisma tinggi . Ramai orang yang mudah 'gems' atau naik badan jealous dengan mereka yang makan banyak tapi berat tetap maintain. Nak makan banyak jugak? Kat bawah ni cara untuk tingkatkan metabolisma badan.

Seperti kita ketahui, setiap makanan yang dimasukkan ke dalam badan kita akan diproses menjadi tenaga. Jika makanan yang masuk tidak melebihi kalori di dalam badan maka berat badan akan menjadi statik. Tubuh sebenarnya membakar kalori dengan beterusan pada setiap waktu, bukan sahaja pada waktu bersenam, malah semasa kamu tidur, menonton televisyen mahupun membeli belah.

Kadar metabolism setiap orang adalah berbeza. Kebiasaan orang gemuk mempunyai kadar metabolisma yang rendah dan sebaliknya bagi orang kurus. Maka tidak hairanlah bila ada sebahagian orang gemuk makan sikit je pun tetap bertambah berat badannya dan atlit sukan makan banyak tapi berat badan masih kekal.


Kaedah bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisma badan

Makan 
Makan jenis makanan ringan seperti snek dengan kerap dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Makan dengan kerap bersama jumlah yang sikit mampu memastikan badan anda sentiasa berfungsi (bekerja). Jika kamu tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kamu akan mungkin makan berlebihan pada waktu seterusnya.

Pilihlah snek yang mengandungi fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih. Dan bukannya snek seperti Kit-Kat, Pringles atau snek yang mengandungi kadar garam yang tinggi. Elakkan! Cari healthy snack ye..

Minum air secukupnya
Bagi membantu badan berfungsi pada tahap yang optimum, minumlah 8 gelas air sehari seperti mana disyorkan oleh pakar pemakanan. Nak minum lebih dari 8 gelas pun takpe. 'It's Free Calory!'

Elakkan stress
Elakkan 'stress' yang kerap kerana ia boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam badan. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu kepada tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persedian sekiranya berlaku situasi dalam keadaan tekanan yang tinggi. Chillex je.

Lakukan senaman cardio
Selain menjaga pemakanan, senama cardio seperti jogging, berenang, berbasikal juga amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan. Bila badan sentiasa aktif, metabolisma juga akan turut meningkat.

Tidur cukup
Badan memerlukan rehat. Tidurlah sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam kerana ia dapat mengekalkan metabolisma yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Elakkan tidur lewat! Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan bangun pada awal pagi.

Minum teh hijau
Jika selama ini minum pilihan di kedai mamak atau waktu lepak adalah teh o ais, ABC, Coconut Shake, cuba gantikan pula dengan teh hijau atau teh oolong. Ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma. Minum sebanyak 4 sehingga 5 cawan sehari untuk dapatkan kesannya.

Makan pedas
Untuk kaki makan pedas ni memang bonus la untuk tingkatkan metabolisma sebab kandungan 'capsaicin' di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas makan. Jadi badan akan kekal aktif bekerja membakar kalori dan meningkatkan metabolisma



0 Komentar untuk "Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme Badan "

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top