Special Offer

Author

Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan

Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan | Khasiat Kimchi | Cara Buat Kimchi | Kebaikan Kimchi


Assalamualaikum 

Hantu korea mesti tahu apa kimchi. Saya masih belum tahu dan apa rase die pun tak tahu. Cuma ada tengok orang share dalam IG, FB kesedapan mereka menikmati kimchi. Setakat ni masih belum tergerak hati nak try lagi. Takut nanti tak makan plak. Hari ni nak kongsi mengenai Kimchi ni elok untuk turunkan berat badan! Wow.... 
Kimchi ni adalah campuran kubis yang dihiris nipis campur dengan bahan seperti garam, cuka, bawang putih, serbuk cili. Bahan dicampur dan digaul hingga sebati dan disimpan dalam balang dan diperam untuk jadikan jeruk atau acar.

Kimchi ni ada khasiat tau.. Baca kat bawah ni.. 
  1. Mengandungi Probiotik - Kimchi yang dijeruk ni ada bakteria baik untuk badan yang membantu pencernaan dan juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit 
  2. Melambatkan Penuaan - Kimchi yang diperam selama dua minggu ni ada antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Kimchi ni boleh bantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan pada wajah.
  3. Menurunkan Berat Badan - Di sebabkan kimchi ni ada bakteria baik, ianya juga boleh mengurangkan keinginan makan dan juga mengurangkan kadar gula dalam darah. Capsaicin yang ada dalam cili boleh meningkatkan kadar metabolisme. 
  4. Mencegah Kanser Perut - Kubis China dan lobak putih yang digunakan dalam Kimchi ada bahan isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang. 
  5. Menurunkan Kolestrol - Bawang putih yang ada dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar serta penyakit kardiovaskular.

No wonder la orang korea ni especially artis nampak muda, comel je kan. Makan kimchi la tu. Hehe.. Kimchi ni boleh makan dengan nasi panas atau dengan ramen. Kalau kat IG selalu nampak Kak Aiin Baharom makan kimchi. Sekarang Kak Aiin pun ada jual kimchi. Hantu kimchi boleh la terjah Kak Aiin ni. 



1 Komentar untuk "Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan "

rajinlah makan kimchi klau macm ni...hihi

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top