Special Offer

Author

Khasiat Jus Limau Kasturi

Khasiat Jus Limau Kasturi | Khasiat Limau Kasturi | Kebaikan Minum Jus Limau Kasturi | Cara Kurus Dengan Selamat | Skin Bleaching Murah


Assalamualaikum

Minuman kasturi atau pun lemon suam setiap pagi boleh membantu sistem penghadaman dan juga melancarkan pembuangan dari dalam badan. Jus kasturi paling berkhasiat untuk merawat masalah penghadaman dan minum jus kasturi pada waktu pagi boleh membantu masalah sembelit.

Untuk meningkatkan imun sistem badan, buah buahan citrus lebih berkesan dan tinggi kandungan  Asid Ascorbic atau vitamin C. Limau kasturi sangat berkhasiat untuk membuang toksin dalam badan dan juga merupakan cara yang paling pantas untuk menghilangkan berat badan. Ianya juga kaya dengan vitamin yang boleh menaikkan kecantikan dan menyerikan wajah.


Ramai yang minum jus kasturi ni sebab ianya menyegarkan badan plus nak kurus tetapi sebenarnya jus kasturi ni ada banyak khasiat yang orang tak tahu

Antara khasiat Limau Kasturi

  1. Membantu membersihkan toksin dalam badan dan mengurangkan berat badan - Jus kasturi menyihatkan dan juga rendah kalori. Minum secara konsisten boleh membersihkan usus. Minum jus kasturi sebelum makan boleh membantu kalian supaya tidak makan berlebihan. 
  2. Bertindak sebagai agen 'skin bleaching' - Orang Asia memang suke kulit putih dan ekstrak limau kasturi sangat lembut, semulajadi dan berkesan. Limau Kasturi boleh mencerahkan kawasan yang gelap seperti ketiak, siku, boleh memudarkan bintik hitam. Hanya apply pure extract kat tempat yang nak dicerahkan tu. Disebabkan ekstrak limau kasturi ni lembut, jadi kalian boleh gune di muka dan badan tanpa menyebabkan iritasi. Apply 2 kali seminggu dan kesan paling cepat boleh lihat dalam mase dua minggu. 
  3. Meningkatkan Produksi Kolagen - Kandungan asid ascorbik atau vitamin C dapat menguatkan sistem imun badan dan meningkatkan produksi kolagen dalam badan. di sebabkan limau kasturi ni boleh meningkatkan produksi kolagen ianya di anggap sebagai tonik kecantikan. Ekstrak limau kasturi ni boleh menyamaratakan tona kulit yang tak sekata dan menghaluskan kulit. 
  4. Membantu masalah batuk dan kahak serta selsema - Jus limau kasturi kaya dengan vitamin dan mineral. Oleh itu ianya digunakan untuk mencegah masalah batuk, kahak dan selsema. Vitamin C yang ada dalam limau kasturi mempercepatkan kesembuhan dan juga menghalang daripada jangkitan bakteria merebak. 
  5.  Mencegah gigi reput - Minum jus kasturi dapat mencegah masalah oral. Vitamin C dalam jus kasturi boleh mencegah masalah gigi reput, gingivitis, gusi berdarah, gigi bergoyang. Ianya juga dapat menyingkirkan plak dan juga kotoran pada gigi seperti kekuningan.
  6. Menghilangkan bau badan - Bagi kalian yang mencari cara untuk menghilangkan bau badan boleh gunakan ekstrak limau kasturi ni.  Limau kasturi dapat menghalang perpeluhan dan ianya mengandungi sebatian anti bakteria yang kuat. Bakteria yang bercampur dengan peluh menyebabkan badan berbau. Kalian boleh gunakan ekstrak limau kasturi untuk menghilangkan bau badan dengan dua cara. Pertama, Perah beberapa limau kasturi ke dalam tab mandi atau dalam air mandian kalian. Kedua, gosok limau kasturi terus ke badan kalian seperti bahagian ketiak dan lain-lain. Dalam masa yang sama limau kasturi juga dapat mencerahkan kawasan pelipatan yang hitam.
  7. Menghapuskan kelumumur - Rimas dengan kelemumur di kepala. Boleh gunakan limau kasturi ni dengan gosok di kulit kepala. Ianya juga dapat mengurangkan kegatalan, iritasi dan mencegah kekeringan di kulit kepala. Limau kasturi juga dapat meningkatkan jumlah rambut !
  8. Mengawal tekanan darah tinggi - mengurangkan kebarangkalian untuk hypertension dan lain-lain penyakit yang serius.
  9. Menghapus batu karang - Kandungan potassium dalam limau kasturi boleh menghapuskan batu karang serta melegakan jangkitan di saluran kencing.
  10. Membantu pelbagai masalah kesihatan - Jus pekat limau kasturi membantu masalah keletihan, diabetes, cholera, rheumatism, arthritis, Arteriosclerosis.
Saya suke minum suam-suam. 3 biji pagi, 3 biji malam. Sedap, menyegarkan, melancarkan sistem perkumuhan. Tak perlu letak gula, pemanis pun. Minum macam tu pun sedap. Masam-masam gitu. Ni juga salah satu cara untuk saya yang sedap berpantang caffeine. Bagi kalian yang nak kuruskan badan boleh cube ni setiap hari. Biar lambat asal selamat. #skinjourney



0 Komentar untuk "Khasiat Jus Limau Kasturi "

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top