You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday


 Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True®  ONEday | Review Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True®  ONEday

Assalamualaikum
  


SEMUA ORANG SUKAKAN PEMENANG. PUASKAN MATA ANDA DENGAN BAUSCH + LOMB Biotrue® ONEday, KANTA LEKAP YANG MENETAPKAN STANDARD BARU
DALAM INDUSTRI KANTA LEKAP.



Apakah kanta lekap yang ideal? Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan fisiologi kornea yang baik, dan  mudah dikendalikan. Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih kanta lekap yang sesuai adalah keselesaan, kemudahan serta keperluan bergantung kepada gaya hidup pengguna. 

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti pemenangnya.






“Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam.  Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari”, kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia apabila ditanya mengenai ciri-ciri Hypergel.


Apabila memilih kanta lekap yang sesuai,ramai berpendapat bahawa kandungan air kanta lekap perlu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang baik, ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari, kerana ini biasanya menyebabkan kekeringan pada akhir hari. Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday adalah berlainan kerana ia meniru lapisan lipid air mata untuk mencegah dehidrasi dan  memberi kelembapan sehingga 16 jam, mendahului kebanyakan jenama kanta lekap utama dalam pasaran hari ini.



Tan juga menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. “Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri.  Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi. Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman. 
Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain.” Kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia. Untuk mengekalkan kesihatan mata, Tan mencadangkan pengguna untuk memilih kanta lekap yang boleh memberi kandungan oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka dan mendapatkan nasihat lanjut daripada optometris anda


Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV,  mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Walau bagaimanapun, Alice Tan, Professional Service Manager dari  Bausch + Lomb Malaysia menasihatkan agar menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.


*Sila gunakan nombor kerja LOTJ 2017-04-035 sebagai rujukan untuk penerbitan akhir bagi memastikan semua rujukan tersedia untuk sebarang tuntutan justifikasi.


Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday



Tidak seperti kanta lekap yang lain, mereka berfungsi seperti mata anda.

Untuk keselesaan penglihatan sepanjang hari




Tentang Biotrue®

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan kanta lekap pakai buang harian premium. Diilhamkan oleh mata manusia itu sendiri, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel™, satu inovasi yang menggabungkan bahan terbaik daripada Hidrogel konvensional dan Hidrogel silikon dan bakal menjadi generasi akan datang untuk bahan pakai buang harian. Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.

Tentang Bausch + Lomb

Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Re-nu® dan banyak lagi.


My Review 
  1. Sangat selesa bile pakai. Tak rasa kering dan tak terasa macam pakai contact lense walaupun pakai lebih dari 8 jam. Biasanya saya pakai lense bile ada keje kat luar dari jam 1.30 sampai pukul 12 malam. Lame kan? Memang lame.. Tapi mata tak kering dan berair pun. 
  2. Harga berpatutan dan yang penting ianya selamat untuk mata kalian. 


 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.                       
Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)         Jay Mee Chuah, Marketing Director.
Email: Vivian.Hoong@bausch.com                         Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603-7680 8830                                                     Tel: +6012 201 2088
 
 


1 Comment for "Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday"

Tengah survey2 contact lense yg selesa.. jumpa kat sini.. okay, nanti boleh try.. tq for sharing nanie..😘

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top