Resepi Ikan Rohu Masak Kari Mudah

Resepi Kari Ikan Rohu Mudah | Resepi Ikan Rohu Masak Kari Mudah | Ikan Rohu Sedap Masak Apa | Resepi Ikan Rohu | Perencah Segera TOPVALU | Resepi Ikan | Resepi Ikan Mudah | Cara Masak Ikan Kari Mudah


Assalamualaikum 

Sape pernah makan ikan rohu? Setiap kali ke Aeon Big Wangsa Maju saya tertarik sangat dengan ikan Rohu ni. Remind me pada ikan terubuk sungai kat Pahang. Ya Allah... sedapnya masak gulai masam pedas pedas uolss.. Resepi Gulai Masam boleh tengok kat sini [GULAI MASAM IKAN SUNGAI] So, kelmarin beli ikan rohu seekor dan decide nak masak kari memandangkan yang paling mudah untuk di masak adalah kari. I dont have blender nak blend lada untuk buat masak lemak.  Oh ye, seekor ikan Rohu ni harga RM5 sahaja. Murah kan? Segar lagi tau ... Kat Giant Taman Samudra harga RM8/kg.
KREDIT : guerillafishan

Bahan-bahan
  • Ikan Rohu 1 ekor
  • Perencah Kari Ikan Segera TOPVALU 1 paket
  • Kacang Bendi 5-6 batang
  • Santan 200ml (1 kotak) 
  • Air 400ml
Cara-Caranya
  1. Tumis sehingga naik bau perencah kari ikan segera. 
  2. Setelah naik bau, masukkan air dan kacau. Kemudian masukkan kacang bendi dan ikan. biarkan hingga mendidih. (saya masukkan ikan terus sebab masak gune rice cooker, tak boleh nak adjust api) 
  3. Setelah mendidik dan nak masak, masukkan santan 1 kotak dan kacau..Biarkan seketika.
  4. Siap! Mudah kan? Kalau rase nak masin sikit letak garam. (Saya tak letak garam pun sebab dah ok rasenya)
Boleh tengok video kat bawah ..



Tak sangka pulak Perencah Ikan Kari Segera TOPVALU ni sedap, murah pulak tu. Almost RM4 untuk  sepaket. Ni first time saya gune perencah segera untuk kari sebab kat hostel mane ada rempah nak masak kari semua tu. Lol. Next nak try perencah masak lemak pulak. Ikan rohu ni rasanya lemak lemak gitu isinya tapi terlalu banyak tulang yang bentuk Y tu. Nak makan kena berhati hati sebab terlalu banyak tulang.


0 Komentar untuk "Resepi Ikan Rohu Masak Kari Mudah"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top