You don’t have to be big. You have to be remarkable

Naura Demam Kali Kedua | Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur


Kali Kedua Naura Demam | Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur


Assalamualaikum..

Kali kedua Naura demam. Gelabah? Cukup lah demam mase kat kampung hari tu buat saya panik dan takut. Tidur tidur ayam je sebab setiap berapa minit saya check suhu. #paranoidmummy

Sebelum demam, kami keluar bawak adik lelaki pergi Jalan Jalan Japan kat M3 Mall kemudian Aeon Big Wangsa Maju.. Balik daripada hantar adik rumah ayah su, rase kepala Naura panas semacam je mase menyusu. Check suhu 37.3 kemudian 37.6 max 37.9 macam tu. Selama 4 jam pantau suhu macam tak nampak tanda tanda nak turun pun. So, we decide pergi GH je la. Tapi Naura aktif, gelak gelak.. Sian die tak boleh nak tidur, then  sebab terus siap-siapkan die nak pergi GH. 

Sampai kat ED GH, dorang cakap kena pergi WCH. Kes bawah 12 tahun terus ke WCH kecuali if jatuh or patah. Pukul 4 pagi nasib baik boleh parking tepi je, terus ke green zone pediatrik. Lame juga menunggu sebab mungkin tak serius bagi doktor. Mase screening test tu suhu Naura 38.2. Agak tinggi. She still active, gelak gelak macam orang tak demam.. 4.20 pagi tunggu turn lame gile. Dekat subuh baru la turn kami.. Time tu jumpa chinese paeds.. Tak ingat name die. He said tak perlu risau. Shud be tak payah bawak pun tak pe sebab tak tinggi mane pun. Just pantau suhu je.. Ada banyak kes kritikal lain yang perlukan perhatian. As new parent I dont think ni benda biasa. Tapi sokay la die bagitau macam tu. Next time pun kalau Naura demam, still saya akan bawak jugak. Biarlah dorang cakap tak tinggi. Sambil tunggu sambil pantau rasenya tak salah.. Baby demam lain macam, tak same orang dewasa demam..


Then Lurviey tanya boleh ke pakai kool fever kat dahi sebab ada tengok kat facebook cakap tak boleh letak kat dahu kan (if you notice la kan).. Doktor cakap boleh pakai, as long as panas tu keluar daripada badan.. Yang penting pantau suhu baby dan tengok pernafasan baby ok ke tak, ada muntah-muntah or cirit birit tak. Kalau ada, cepat cepat datang hospital. Then doktor prescribe ubat demam untuk Naura and also ubat titik in case hidung tersumbat..
Farmasi Klinik Pakar waktu subuh lengang je. Yang jaga kaunter sorang je masa ni. Kalau sesiapa datang WCH ni standby la baju sejuk sebab sejuk sangat sangat.
Ruangan untuk anak anak bermain sambil tunggu ubat. So, tak la bosan anak kalian mase menunggu nak ambil ubat. Selesa sangat hospital baru ni. Balik dari WCH singgah Greenwood beli makan sebab saya memang tak larat dah nak siapkan breakfast. Mata pun pedih, tapi dalam kepedihan mata tu bile tengok Naura tak sihat hilabg terus ngantuk. Singgah 7e beli kool fever, then sampai rumah basahkan kain letak kat pelipat (ketiak, kaki) dan badan. #paranoidmummy keep watching her temperature to make sure suhu makin menurun. Alhamdulillah petang suhu dah ok. Naura macam biasa aktif dan banyak akalnya ! 
0 Comment for "Naura Demam Kali Kedua | Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top