You don’t have to be big. You have to be remarkable

Naura Demam Dan Berak Cirit Berdarah

Naura Demam Dan Berak Cirit Berdarah | Anak Berak Berdarah


BACA SINI: FIRST TIME NAURA KENA SAWAN

Assalamualaikum 

3 minggu lepas hari yang penuh dengan emosi. Pak Cik meninggal (Lurviey side), Al-Fatihah (dibaca). Bila meninggal di hospital seperti biasa hospital akan buat ujian Covid dulu dan ianya mengambil masa lebih kurang 48 jam. Alhamdulillah, arwah Cik Zahar bebas Covid. 

Pagi sebelum demam otw ke pengebumian
 

Waktu pagi hari pengebumian tu Naura masih ok, tak panas pun badan. Tapi menginjak waktu tenghari selesai pengebumian badan dah mula panas.  Aku memang trauma la bile Naura demam sebab aku takut sawan. So, terus balik rumah aku, bagi dia makan ubat dan badan die getting better. Menjelang petang waktu Asar, badan panas semula. So, bagitau Lurviey nak pergi WCHKL. Walaupun dah bagi ubat tetap nak pergi hospital sebab aku tak nak peristiwa sawan macam hari tu happen lagi. Sampai je WCHKL dorang cakap kena pergi KK sebab kat situ untuk emergency case sahaja. Alahai...

Sampai KK Titiwangsa tu terus ke Fever Centre, dan bile turn Naura check suhu memang tinggi. 39.4. Terus masuk ubat punggung then doktor cakap tunggu setengah jam nak pantau suhu dia. Naura masih aktif seperti biasa walaupun badan panas. Selepas  setengah jam, check suhu dah turun kepada 38+ . Doktor bagi ubat dan juga ubat punggung. Balik rumah rest dan susukan dia sebab dia pun macam dah nampak mengantuk effect daripada ubat demam. Masa menyusukan Naura tiba tiba dia celikkan mata and pandangan dia kosong like 5 second macam tu (die macam staring something) Aku terus baringkan dia ke kiri, aku cakap kat Lurviey Naura nak kena sawan. Aku cuba bertenang setenang yang boleh, sebab mase first kena sawan hari tu aku panik, aku jerit, aku tak tahu nak buat apa. Nobody helps us and bayangkan aku jerit sampai rumah atas tanya kenapa kak...

Aku capai tudung lepas then pergi kat Naura and tengok dia dah muntah banyak. Dia ada respon mase tu dan aku terus bercakap dengan dia sambil tunggu lif dan terus ke carpark. Sepanjang perjalanan tu aku terus bercakap dengan dia and dia still respon aku walaupun sangat lemah. Sambil tu aku jerlum and basahkan kepala dia dengan air. Sampai emergency, macam biasa la kena isi borang saringan covid dulu. Geram pulak part ni. Anak aku sawan ni ! Borang isi lepas tu boleh tak?!

Masuk zon kuning, doktor tanya apa jadi semua then dorang check Naura semua. Suhu masih tinggi dan nurse bagitau jangan stop jerlum dan bagi ubat demam. Doktor datang bagitau untuk pantau demam sehingga pagi. So, aku cakap ok lah sebab lagi better stay tunggu kat situ daripada aku panik kat rumah. Dalam jam 12 lebih macam tu Naura berak then pergi toilet tengok macam ada lendir darah. Lepas tu tukar pampers dia then dia berak lagi. Aku bagitau doktor dan doktor kata ada darah memang tak normal and kena warded. Di sebabkan Naura dah ada rekod warded kat situ memang sekejap je terus naik ke wad (kebetulan time ni system down pulak untuk register ward).  Kesian sangat tengok dia dengan sejuk menggigil. Kami dapat ward dan katil which is aku boleh baring sekali dengan Naura.

Next morning, doktor pakar datang then doktor minta sample najis dan kena rekod kencing berak, minum semua tu. Alhamdulillah result negatif rotavirus dan tak perlu on antibiotik pun. Doktor tahan lagi sehari sebab nak pantau berak Naura. Demam dah tak de. Alhamdulillah. Next day, baby sebelah Naura dah discharge so tinggal kami berdua je dalam bilik tu. Bilik air memang dah ada dalam tu siap dengan shower so tak perlu risau if nak mandi, gosok gigi semua. Makanan untuk penjaga (ibu) juga disediakan. WCHKL so called Hospital Tunku Azizah now memang selesa. Harap sangat kerajaan tak swastakan, sebab ada ura ura kata nak swastakan. Haishhh.. 

Keesokkan harinya doktor datang tanya macam mane keadaan Naura dan jika berak dah ok boleh discharge hari tu. Doktor bagitau cirit birit memang ambil mase untuk pulih dan kena minum ORS jika cirit sebab nak gantikan mineral yang dah hilang. Kalau susah nak minum ORS make sure baby minum banyak air sebab nak gantikan mineral yang dah banyak hilang dalam badan. Alhamdulillah.. Tenghari Lurviey datang bawa makanan yang MIL masak untuk aku dan Naura. Banyak dia makan. Suka sangat makan sup. Happy sangat bile tengok anak makan banyak dan tak merengek. Lepas hantar makanan Lurviey balik sebab tak tahu jam berapa boleh discharge. Dalam 3 lebih macam tu nurse bagi discharge note untuk settlekan bil. Call Lurviey datang untuk bayar bil then boleh discharge ! Total RM12 sahaja. Murah kan? Untuk tempat yang selesa, servis yang bagus dan yang penting anak sihat. 

Bila balik memang aku buat sup je untuk Naura dan masih lagi cirit tapi Alhamdulillah dah tak kerap sangat. 3 hari jugak baru ok cirit dia. ORS sekali je aku guna tu pun susah nak bagi dia minum dan paksa guna syringe. Nasib baik Naura jenis suka minum air masak banyak. Letak je dalam botol Upin Ipin sekejap je habis. 

Sekian catatan kali ni. Anyways doktor pakar sahkan yang Naura memang sawan semasa blank 5 second like staring something tu. Doktor cakap sawan ni macam macam. Bukan sekadar kejang je.. Benda yang aku tak nak happen juga walaupun dah cuba kawal. Allah.. Aku takut... Aku tak nak dah anak aku kena sawan... 


1 Comment for "Naura Demam Dan Berak Cirit Berdarah"

kesian nya dia pernah kena sawan, nak tunggu sampai 3 tahun dia pandai bercakap bagitahu sakit dkt mana memang perjalanan yg merungsinkan mak2..
kalau dah besar, lega sikit, dia pandai ngadu dah nanti

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top