You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mencari Momentum Yang Hilang

 Assalamualaikum.. 

Mencari Momentum Yang Hilang  | Kalau 5 tahun lepas nak dapat 10000 ke 12000 step tu mudah sangat tapi sekarang sangat susah. Nak dapatkan semula momentum yang telah hilang sejak aku kahwin ni memang agak sukar. Mana taknya, baru nak workout, Naura tarik tangan aku minta teman atau tengok dia main. Adehhh.. 

Sampai aku sedar, aku perlukan perubahan. Aku kena back on track macam dulu walaupun hanya lite workout sahaja. Boleh baca entri aku tentang fave Workout Ringkas Di Rumah.

Semalam target aku nak 5000-8000 steps sahaja, tapi Alhamdulillah dapat 10000 steps. Permulaan yang bagus. Semoga terus berjaya. Misi nak turunkan berat badan aku walaupun BMI normal tapi aku rasa tak selesa dengan berat macam ni. Ni semua cucuk depo punya pasal sampai berat aku pun naik. Target aku tak banyak pun nak hilangkan lima atau enam kilo je tapi aku tahu memang sukar. Sambil exercise, aku kena ubah meal plan aku juga. Tak banyak pun tapi sikit. Slowly but surely. Boleh? Dear Self, Good Luck !

Tag : fitness
5 Comment for "Mencari Momentum Yang Hilang "

Chaiyuk chaiyuk. Semoga berjaya mencapai target :)

betul cucuk depo boleh naikkan berat bdn. dh bersalin nanti pening nk pilih perancang mcm mana. huhu

harap pemakanan jelah yg kena jaga, exercise tu dlm angan2 kalau dh ada anak

Akak ni pun sama gak..momentum dah banyak hilang..adakala sebab kekangan masa..esok baru nak start jogging pagi..kalau diizinkan allah...selalunya pagi ni liat sikit kan...

yay!!! keep on doing it !!! keep healthy and being fit :)

Fighting fighting you can do it

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top