You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Sotong Bakar Guna Pes Ikan Bakar Adabi

 Assalamualaikum ... 

Resepi Sotong Bakar Guna Pes Ikan Bakar Adabi | Biasanya aku buat ikan siakap bakar guna Pes Ikan Bakar Adabi ni tapi semalam tetiba craving sotong bakar sebab ternampak gambar sotong bakar. Jadi dengan sotong yang ada beberapa ekor dalam peti, aku habiskan buat sotong bakar, nak lepas gian orang kata. 

Resepi Ikan/Sotong Bakar Guna Pes Adabi (cara aku)

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Serai

Cara- Caranya 

  1. Tumbuk semua bahan di atas (bahan tu agak agak je)
  2. Lumur pada ikan dan sotong.
  3. Perap seketika bagi pes tu meresap
  4. Dah boleh bakar ( tak perlu bakar lama sangat, nanti liat isi sotong tu.) Untuk bakar korang boleh letak dalam aluminium foil dan boleh guna daun kunyit untuk bangkit baunya. Memang sedap. 

Kalau korang jenis tak suka pedas korang boleh adjust dulu rasa perapan tu sebab perapan ni pedas tau. Pedas sangat ! Korang adjust la nak masam, manis, masin semua tu. Aku memang tak adjust dah sebab dah ngam dengan tekak aku. Cuma kalau ikan bakar, aku perah limau sikit masa nak perap tu. Aku ratah sotong semalam sorang je sebab Lurviey tak boleh makan pedas. Kejam pula rasa sebab makan sorang je. 

Hari tu bawa kat MIL ikan siakap bakar, siap kena puji. Fuh.. Kalau kena puji tu kira pass dan sedap la. MIL aku memang pakar bab makanan ni dan memang pandai masak. Apa kurang dan lebih dalam masakan pun dia tahu. Korang masak guna pes apa kalau bakar bakar ni? Kongsi sikit kat komen, boleh aku try next time.. 


JAWAPAN WORDLESS WEDNESDAY HIMALAYAN ROCK SALT : AKU GUNA NAK CUCI GELANG AKU. NANTI RAJIN AKU SHARE YE.

Tag : resepi
8 Comment for "Resepi Sotong Bakar Guna Pes Ikan Bakar Adabi"

Tak perasan pulak adabi ada pes ikan bakar. Lagi senang lah kerja masak ada pes ikan bakar. sebelum ni pernah beli pes sambal tumis.

sedap ni.. brand adabi mcm2 ada boleh masak mesti menjadikan

tak tak tefikir pun bole guna instant paste macamni. nak try laaa nanti :)

Part kena puji tu kembang semagkok la kite kan..hehee itu yg plg membahgiakan ^_^

Tq untuk resepi ini :)

Alaaaa...baca plak time ni..dah la kena puasa seafood ni....lepas petengahan bulan 3 baru bleh makan semula..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top