You don’t have to be big. You have to be remarkable

Selera Patin Tempoyak Uptown Danau Kota

 Assalamualaikum...  

Selera Patin Tempoyak Uptown Danau Kota | Korang dah lunch ke tu? Dah lama teringin nak try ikan patin tempoyak yang orang jual. Asyik buat sendiri je. Teringin juga nak makan yang orang jual pula. Sebenarnya aku kecewa dengan tempoyak yang aku beli last time. Bila masak ikan patin tempoyak ni rasa tak sedap gila. Kat kampung elok pula tempoyak mama aku beli dan simpan. Tak de rasa pelik macam tempoyak aku beli ni. Semalam Lurviey singgah beli kat gerai Selera Patin Tempoyak tepi jalan berdekatan tapak Uptown Danau Kota. Kat area sini ada dua gerai yang jual patin tempoyak. Satu, Selera Patin Tempoyak ni, dan lagi satu Kancil Raja Patin. Next time, aku cuba Kancil Raja Patin. 

Pilihan menu ada 2 jenis seperti yang tertera di banner ni. Gulai patin tempoyak RM10 dan Pais Patin RM15. Harga sama je kalau korang ambil bahagian ekor atau kepala. Sesetengah kedai ekor dan kepala harga lain lain (biasanya lagi mahal daripada badan) . Di sebabkan harga sama, maka aku pilih bahagian ekor. 

Kredit: Facebook Selera Patin Temerloh Danau Kota

Lurviey kurang makan masak tempoyak macam ni, jadi aku sorang je la makan. Set nasi ada timun, ikan masin, sambal belacan dan patin tempoyak.

Macam biasa, seorang Naniey suka makan banjir dan pastinya kuah mau banyak. Jadi aku minta Lurviey tapau kuah lebih sikit. Balance boleh la buat hirup. Sampai tenggelam ikan patin aku kuah banyak sangat.

Alhamdulillah sedap dan inshaAllah aku akan beli lagi kat kedai pakcik ni. Cuma kuah cair sikit, mungkin sebab aku awal sangat kot beli. Isi ikan pun manis dan sedap sangat. Korang kalau area berdekatan Uptown Danau Kota boleh la try Selera Patin Tempoyak ni. Sedap !

 

Selera Patin Tempoyak Danau Kota 
Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur
 


Tag : food
6 Comment for "Selera Patin Tempoyak Uptown Danau Kota "

dekat dah dengan rumah kite.. tapi tu laa kite tak reti makan ikan patin hehe

Sedapnyaaaa...akak dah la craving patin tempoyak..hari tu dapat beli ikan patin..sekali bau lumpur...

belum pernah try lagi masakan patin tempoyak.. harap one day dapat lah merasa hehe

Saya kurang pandai makan ikan patin. Selalu kalau patin tempoyak, ikan cuit sikit je... kuah yang laju :)

tak pernah try tapi nampak sedap btul...

baguslah jual mcm ni.. nampak besar isi ikan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top