Giacomo Porcelain Plate Blue Chelsea Collection

 Assalamualaikum..

Giacomo Porcelain Plate Blue Chelsea Cantik | Hari Isnin hari tu mama call aku minta aku order pinggan kat shopee. Terus aku order. Semalam pinggan dah sampai. Alhamdulillah tak de cacat cela dan pecah pun. Aku sampai semalam aku terus tengok pinggan yang aku order tu. Memang cantik. Packaging daripada seller ni pun sangat rapi dan inshaAllah tak pecah jika handle with care.

Cantik tak? Pinggan buffet ni saiz 10.5" dan harganya untuk 12 unit RM136.90. Pinggan ni tak de la berat sangat dan tidak seringan corelle juga. Pinggan porcelain ni oven, microwave, freezer and dishwasher safe. Selain pinggan ni ada juga mangkuk tapi mama tak nak mangkuk. Nak pinggan ni je. Kalau sesiapa minat warna biru boleh la buat Blue Chelsea ni sebagai koleksi. 

Aku tertarik dengan dengan koleksi ni tapi aku rasa buat masa sekarang aku tak memerlukan sangat pinggan. Nak simpan pun tak tahu nak letak kat mana. Kitchen limited space, tak de kitchen cabinet. Aku nak beli cabinet sendiri pun tak tahu celah mana. Simpan je la dulu hasrat nak beli pinggan mangkuk semua ni.

Kalau korang berminat boleh beli kat link bawah ni 



7 Komentar untuk "Giacomo Porcelain Plate Blue Chelsea Collection "

Cantik!! Elok lah harganya pun beratus. Memang tak suggest beli pingan bercorak tp murah sbb bila letak makanan, bahan beracun dr cat akan serap dlm makanan. Semua tu pingan murah dan made in china

Cantiklah design pinggan tu. Samalah Eza takda kabinet lagi. Memang tak tahu nak simpan mana.

Cantikkkk. Kakak saya pun suka beli pinggan giacomo ni :D

Cantiknya pinggan. Suka motif flora tu :) Syukur sampai dalam keadaan selamat. Risau juga nak membeli barang kaca online ni.

Back To Top