You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kenapa Lampu Durian Ford Ranger Menyala | Amirul Ranger Garage Shah Alam

 Assalamualaikum ... 

Kenapa Lampu Durian Ford Ranger Menyala | Bila kereta tak ok mesti tak senang duduk kan. Pertama sebab keselamatan dan yang kedua duit kau akan keluar melayang. Tapi apapun yang paling penting keselamatan diri. Beberapa hari lepas FR Lurviey naik lampu durian. Menggelabah la sebab tak tahu punca dan for sure keluar duit. Kebetulan memang dah sampai masa nak kena servis. Dah yang paling pening nak cari bengkel yang betul betul boleh buat dan juga boleh scan dan reset FR. 

sumber: whichcar.com

Sebelum balik kampung last year before PKP, Lurviey pernah whatsapp satu bengkel ni, Amirul Ranger Garage yang terletak di Shah Alam, tapi tak pergi pun sebab time tu dah lewat sangat dah nak pergi dan next day nak gerak balik kampung. Di sebabkan dah boleh rentas daerah , jadi semalam Lurviey ajak ke bengkel Amirul Ranger Garage ni. Jauh juga dari Batu Caves ke Shah Alam. Jauh sebab nak menghadap jem je. 

Sampai sana 12.32 dan dorang pun dah nak tutup bengkel. Nasib baik la belum tutup. Jadi tak dapat nak servis kereta lagi. Dapat tukar Turbo Hose tu je. Turbo Hose dah bocor. Itulah penyebab kepada naiknya lampu durian tu. Dah sampai masa kena tukar. RM350 melayang.

Penyebab naik Lampu Durian ni ada 2 kemungkinan

  1. Turbo Hose Bocor (Lurviey tukar yang ni)
  2. Intercooler Hose Bocor.

Boleh baca apa yang Amirul Garage kongsi di bawah ni ye. 

Korang yang ada masalah dengan FR dan pening nak cari bengkel mana khususnya bagi yang baru je beli dan guna FR boleh dapatkan servis dengan Amirul Ranger ni. Kalau kat Kelantan ada satu bengkel best dan Lurviey suka sangat servis kat situ. Tau pun sebab orang kat Service Centre Ford Kelantan yang recommend. Nanti la aku sharing next entri bila aku rajin ye. 

Amirul Ranger Garage 

Waze :Amirul Ranger Garage
lokasi :Bersebelahan Kolej Vokasional Shah Alam
Waktu Operasi jam Kami (10:00Pagi-7:00 Petang)
Isnin Hingga Sabtu (AHAD Cuti)
Untuk Servis Minor atau Major anda boleh je Walkin terus sahaja ke bengkel dan kami Cuba selesaikan dengan Secepat Mungkin ,Demi Anda (kerana masa anda amat berharga)
Nak Postage Servic Set Pun Boleh. (Cover Satu Semenanjung Malaysia)
Amirul Ranger Garage
22, Jalan TP 7/6, Taman Perindustrian Uep, 40400 Shah Alam, Selangor
011-3250 1695
Untuk mudah kan anda mencari lokasi Bengkel sila Klik Link Biru di bawah:
2 Comment for "Kenapa Lampu Durian Ford Ranger Menyala | Amirul Ranger Garage Shah Alam"

Thank you sharing this, sbb tak pernah Alami lagi.... kena put in mind and betul klu kereta rosak, kepala pening fikir duit kan

tak pernah alami kereta rosak lg. tp kalau ford memang hubby tak reti repair sendiri, kena bawa ke ford juga

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top