You don’t have to be big. You have to be remarkable

Panduan Diet Malaysia Dan Piramid Makanan 2020

 Assalamualaikum.. 

KENYATAAN MEDIA
PANDUAN DIET MALAYSIA DAN
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020
 

 
___________________________________________________________
Amalan pemakanan sihat adalah sebahagian daripada asas bagi kehidupan yang sihat. Keutamaannya besar untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan penyakit dan bertepatan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit di kalangan masyarakat. Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia pada tahun 1999 dan telah disemak semula pada tahun 2010 dan 2020. Semakan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia mengambil kira perubahan status dan corak pemakanan penduduk, peningkatan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan seperti obesiti, diabetes dan hipertensi serta saranan pengambilan nutrien terkini untuk rakyat Malaysia.
 
Panduan Diet Malaysia 2020 adalah disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun. Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya adalah lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik. Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak COVID-19.
 
Bagi memudahkan rakyat Malaysia memahami dan mengamalkan pemakanan sihat, Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam bentuk bergambar digunakan sebagai terjemahan Panduan Diet Malaysia 2020. Piramid Makanan Malaysia 2020 mengandungi empat aras dengan lima kumpulan makanan. Kumpulan makanan pada dasar piramid perlu diambil lebih banyak berbanding kumpulan makanan lain.
 
Selain daripada digunakan sebagai panduan pengambilan makanan sihat harian, Piramid Makanan Malaysia 2020 juga merupakan rujukan dalam perancangan pengeluaran dan import makanan negara oleh kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan sekuriti makanan dan pemakanan penduduk. 
 
Saya dengan ini ingin menyeru rakyat Malaysia agar dapat mengamalkan pengambilan makanan berdasarkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia 2020.
 
DATO’ SRI DR. ADHAM BABA
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Jumaat, 19 Februari 2021
 
In case ada yang terlepas pandang mengenai penambahbaikan piramid makanan. Korang makan ikut piramid makanan ke? 
3 Comment for "Panduan Diet Malaysia Dan Piramid Makanan 2020 "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top