You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review NIHON Brightening Face Creme & Night Repair Creme

 Assalamualaikum 

Review NIHON Brightening Face Creme & Night Repair Creme | Pernah dengar NIHON Skincare? Ala yang doktor yang selalu sharing kat Facebook dan Instagram pasal kulit bermasalah tu dan secara tak langsung dia ada promote Nihon ni. Di sebabkan testimoni customer yang guna NIHON ni sangat menarik perhatian aku, maka aku pun terus order sample dulu. Selepas order sample dan aku rasa sangat ok dengan kulit aku, maka aku terus order yang botol besar. 

Enjoy your Japanese mochi skin ! Menunggu juga ni bila nak dapat mochi skin. Setiap pembelian produk Nihon akan dihantar dalam kotak macam ni. Aku beli sample pun dapat dalam box siap dengan note kat atas tu. 

Review NIHON Brightening Face Cream & Night Repair Creme

  1. Untuk sample 5ml boleh bertahan 2-3 minggu depend pada cara penggunaan. Dan 30ml ni boleh tahan up to 3 month. So far botol besar aku ni belum habis lagi, aku stop guna hari tu sebab purging.
  2. Nihon Brightening Face Creme sangat best dan ada bau wangi. Bila apply akan jadi instant whitening disebabkan dalam BFC ni ada kandungan serbuk mutiara.  Fungsi serbuk mutiara ni untuk mencerahkan kulit by reducing tyrosinase activation. Selain itu, ianya juga dapat membantu memperbaiki sel kulit rosak. 
  3. Kandungan dalam BFC adalah seperti serbuk mutiara, arbutin, retinol & kojic acid. 
  4. Nihon Night Repair Creme paling aku suka sebab NRC ni mengurangkan parut hitam aku. Aku ada parut hitam yang banyak kat bahagian dagu sebab hormonal acne selepas aku cucuk perancang. Aku perasan bila pakai NRC ni memang cepat pudar parut hitam ni. TAPI, bila ada active acne aku hanya sapu kat pipi dan dahi sahaja sebab NRC ni tak sesuai sapu ketika ada jerawat. 
  5. Kandungan dalam NRC ni adalah lactic acid, silanediol salicylate, retinol, hyaluronic acid & niacinamide.
  6. NIHON ni aku tak pakai setiap hari, jadi memang lambat la sikit nak tengok kesannya. Aku pakai selang seli. NRC tu aku pakai bila tak de active acne dan BFC aku pakai siang hari je. 
  7. Airless pump - aku kurang suka sebab aku rasa macam susah sangat nak tekan bagi krim ni keluar. Aku cuba ikut tutorial kat IG Nihon ni pun sama. Kadang-kadang bila tengah tekan nak bagi keluar tu tetiba terpancut ke tempat lain. Membazirnya ! 
  8. Harga bagi aku a bit pricey kalau nak beli sekaligus tapi TAHAN LAMA. Pandai la korang darab bahagi nak tengok berbaloi ke tidak. Korang boleh try sample dulu jika berminat. Bila try sample dan puas hati, baru boleh beli botol besar.
  9. Repurchase? YES! Tapi aku akan repurchase NRC sebab aku rasa NRC lagi nampak kesan berbanding BFC.

 

Ni la airless pump dia. Ni je aku kurang suka sebab pump ni tak nak bekerjasama dengan aku. Lupa nak bagitau harga. Basic set travel (Nihon BFC dan NRC) RM59.99 dan yang botol besar BFC RM129.99 dan NRC RM149.99. Sekian review ikhlas daripada aku. Bukan paid review tau !

Jika berminat nak dapatkan NIHON SKINCARE ni boleh ke 
Instagram : NIHON Skin 


  

7 Comment for "Review NIHON Brightening Face Creme & Night Repair Creme"

hehehe.. naniey, nnt wassap k ret k :)

Wahh..semakin berseri seri lah cik naniey kite ni :) hehee

btw jemput join GA shida..naniey jika kelapangan ya :)
https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

boleh tahan harga, berbaloi dengan hasilnya.. membazir bila pump terpancut ke tempat lain..

Tak pernah dengar NIHON Skincare ni. Kalau bagus memang perlu diteruskan :)

Boleh tahan harga. Harap harga mahal muka akan cantik elok. Tp memang ambil masa nk nampak perubahan muka tu. Harap bersabar hehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top