You don’t have to be big. You have to be remarkable

Teringin Sup Salim Jalan Doraisamy Sentul

 Assalamualaikum 

Sup Salim Jalan Doraisamy Sentul | Kalau sebut sup mamak yang best, memang ramai yang recommend Sup Salim Jalan Doraisamy ni. Semalam balik dari rumah mama jam 10.45 malam then Lurviey bawa pusing area Sri Gombak dulu nak bagi Naura tidur. Tengah borak pasal sup mamak Amin kat Seksyen 14 port student UM lepak/dating kat situ, terus teringin nak sup perut mamak. 

Aku buat buat tanya Lurviey, "buka lagi ke Sup Doraisamy tu". Lurviey cakap buka lagi ni dan terus gerak ke sana. Nasib baik sampai tu masih ada lagi sup perut. Sup lain dah habis. Rezeki menggemukkan diri.  Alhamdulillah. Teringin punya pasal aku ketepikan pantang makan lewat malam tu. Adoii la.. 
 
 
Sup Salim Jalan Doraisamy ni sentiasa penuh orang dan personally aku tak recommend kalau nak lepak makan kat sini especially korang yang ada anak kecil sebab tempat tak luas macam kedai mamak shop lot tu. Sup Salim ni kedai tepi jalan je, banyak meja tapi limited space. Kalau bujang boleh la lepak kat sini. No hal. Kalau bawa anak memang tak sesuai. Kesian anak anak nak hirup asap orang merokok semua tu. Lagi selamat tapau dan makan kat rumah.

Lihatlah kepekatan sup mamak ni. Memang sedap hirup panas panas ketika hujan di waktu malam. Malam tadi pun sejuk sebab baru lepas hujan. Alhamdulillah sejuk bumi yang dah lama panas ni. Apapun, puas hati dapat makan sup perut ni. Kenyang. Aku buat hirup je. Tak pandai nak makan cicah roti.
 
Nak buat sup mamak ni mudah je. Yang penting kena rajin je. Kalau malas apapun tak boleh. Kat sini aku ada kongsi RESEPI SUP MAMAK MUDAH guna perencah ADABI je. 
 
8 Comment for "Teringin Sup Salim Jalan Doraisamy Sentul "

Pergh! Naniey. Nikmatnya sup tu bila makan panas². Terliur pulak tengok.

sup sup ni kalau makan waktu hujan, memang mantap! tapi kalau buat sendiri, memang tak laa hehe

sup perut mamak then cicah roti bengali ! sedapppp

Akak sebelum ni pun suka lepak makan sup mamak ni,suka amik yang sup ayam kampung...sedap sangat...rasa x cukup semangkuk...hahaha...tapi syaratnya x yah makan ngan nasi la...

tak suka juga makan kalau byk org melepak sambil isap rokok. ada anak ni elok tapau makan kt rumah. sup ni cicah roti banggali sedap!

Pekat betul kuah sup dia. Saya pulak jenis suka plain soup jernih :)

Sedapnya sup perut.. Sini susah nak jumpa yang sedap..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top