Biogreen Raw Honey With Propolis Set Go Shop

 Assalamualaikum.. 

Biogreen Raw Honey With Propolis Set Go Shop | Finally dapat juga madu ni sebab dah lama Lurviey bising bising suruh aku order tapi aku lupa nak order. Biasalah lepas beranak ni memang mudah sangat lupa. Hari tu balik kampung nak beli madu hutan tapi stok tak de sebab musim madu hutan ni bulan 6 nanti. Lama lagi nak tunggu bulan 6, so aku order je la madu ni dulu. 

Kami tahu pasal madu ni pun sebab tertengok kat channel Go Shop tahun lepas. Tapi baru minggu lepas aku order. Memula plan nak order direct dengan Biogreen kat shopee tapi harga lepas campur dengan shipping almost RM30 sebotol. Jadi aku order kat Go Shop satu set terus lagi jimat dan free shipping. 

Ni la madunya, 220g. Rasa? Aku tak makan pun dan tak terasa nak makan pun. Aku tunggu madu hutan je la nanti. Lurviey cakap manis. Aku baca review ada yang cakap ok tak manis sangat. Depend pada tekak masing masing la kan. Tapi kalau nak beli madu ni boleh beli kat Go Shop sebab memang murah. Oh ye, kat botol madu ni ada tulis normal kalau madu ni crytallized. Aku kalau nak minum pun aku campur dengan air dan lemon. Manis sangat aku memang tak boleh nak telan. Korang makan madu? Madu brand apa? Cer suggest sikit kot kot boleh aku try. 


5 Komentar untuk "Biogreen Raw Honey With Propolis Set Go Shop"

Akak pun first time dengar brand ni Naniey...

xpernah mkn lagi madu..tp terasa nk cuba madu shuib tu hahaa ^_^

Harga boleh tahan murah juga tu. Harga madu memang mahal. Saya pun suka campur madu dalam air dan tambah hirisan lemon :)

Sha suka madu kelulut sebab rasa dia ada masam-masam sikit..

Back To Top