You don’t have to be big. You have to be remarkable

Popia Basah Zaiton Greenwood Memang Sedap

 Assalamualaikum... 

Popia Basah Greenwood Sedap | Popia Basah Zaiton atau Popia Basah Greenwood memang wajib beli at least 2 atau 3 kali seminggu. Antara menu yang orang cari bulan puasa selain tepung pelita, ayam golek, adalah popia basah. Bukan semua orang pandai buat popia basah ni lagi lagi sos dia. Kalau sos sedap, inshaAllah semua sedap. 

Aku pun tahu dan makan popia basah ni bila dah duk KL ni. Rasa Popia Basah Greenwood ni memang cukup lengkap. Sos dia memang sedap dan tak pedas sangat macam popia basah yang kami beli kat lain. Isi popia basah ni pun tebal dan banyak. Yang pasti ada udang kering. 

Harga satu set popia basah ni RM5 ada 5pc. Aku makan satu setengah pun dah kenyang sangat. Jadi, beli 1 set memang dah cukup dah untuk dua orang. Selebihnya Lurviey la makan sebab dia memang hantu popia basah. Hehe. Popia Basah Zaiton ni kalau hari biasa pun ada meniaga juga kat area Shell Greenwood. Korang cari lah food truck warna hijau. 

Sekian.. Tak dapat nak taip panjang panjang. Hidung berair. Selsema. Ni mesti sebab Kordel Vitamin C yang aku baru beli tu. Semalam aku try minum lepas tu selsema sampai now. Badan aku dengan passion fruit memang tak ngam. Haishh..

Tag : food
6 Comment for "Popia Basah Zaiton Greenwood Memang Sedap "

eh belah mana ni kat greenwood tu?

ok dha baca blk... kat area shell ye..
ok nnt klu ada rezeki nak g try laaa

Menyesal plak masuk sini pagi ni...aduyaiii...terus teringin popia basah

Sedapnyaaa lama tak mkn popia basah ni. Alahai mana nk cari lps habis pantang hehe

Belum ada rezeki makan popia basah sedap Ramadan kali ni… kalau tidak memang selalu beli

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top