You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Ayam Ekspres By NanieyBarnieyLurviey

 Assalamualaikum... 

Nasi Ayam Ekspres By NanieyBarnieyLurviey | Dah habis puasa otak sibuk nak fikir masak apa. Aku buntu nak masak apa sebab perut tak terasa nak makan nasi pun ni. Rasa kenyang je. Tapi tu la kena makan juga walaupun rasa kenyang, takut nanti angin satu badan terus naik kat kepala lagi susah. Kelmarin Lurviey bagitau masak nasi ayam je. Beli ayam siap panggang kat Baker's Cottage. Itu kerja senang. Masak nasi dan sup ayam je la. Sediakan kicap siap ! Ayam kat Baker's Cottage tu sekarang ada limited promotion, RM11.90/ekor. 

Di sebabkan kat rumah aku ni guna Beras Basmathi Sunflower, gigih aku mencari sukatan sup nak masak nasi ayam ni. Risau juga aku kang terlembik pula nasi. Tapi sayang kat facebook dan google tak de orang share pun nasi ayam masak guna basmathi Sunflower ni. Yang ada beras Faiza tapi aku was was nak guna sukatan dia sebab macam kurang je. Jadi aku ikut cara masak nasi biasa. 2 cawan beras basmathi sunflower bersamaan 4 cawan sup. Siap ! Nasib baik jadi. Risau aku takut tak jadi. 

Sup ayam aku masak guna leher dan kaki ayam yang sedia ada je. Dan kuah kicap tu pula senang je nak buat. Sup campur dengan kicap manis dan kicap masin dan sedikit minyak bijan. Sumpah sedap gila rasa kicap nasi ayam ni ! Untuk sambal or lada nasi ayam pula aku guna SOS CILI AYAMAS. Tuang je dan siap untuk dinikmati. Nasi Ayam Express By NanieyBarnieyLurviey is DONE. Pemalas sungguh ni.. Bukan pemalas tapi nak jimatkan masa memasak.


Tag : resepi
2 Comment for "Nasi Ayam Ekspres By NanieyBarnieyLurviey "

Tak pernah try ayam kat bakers cottage...
selalu beli yg kat ayamas je..
nanti boleh try la :)

nyummmyyyyyyy... bestnya org suka makan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top