You don’t have to be big. You have to be remarkable

Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum.. 

Selamat Hari Raya | Tak terlambat lagi kan untuk aku wish korang SELAMAT HARI RAYA. Aku memang busy seminggu sebelum raya lagi. Tak sempat nak update entri. Entri biskut raya aku pun tak settle lagi. Tahun ni aku buat biskut cornflakes dan biskut semprit dan sebenarnya ni pertama kali aku buat sendiri biskut semprit. Sebelum kahwin ni memang aku balik kampung semua dah siap mama buatkan. Merangkak aku mencari resepi yang ngam kat facebook dan google. Tengok juga kat Youtube. Nasib baik sedap. Hehe. Sedap kat tekak aku la. Nanti kena up juga entri kat sini senang next raya aku tengok kat blog aku je. 

Ramai yang sedih tak dapat beraya bersama ahli keluarga semua. Lagi sedih ada yang dah dua tahun tak pulang beraya. Ada yang ada baby pun belum bertentang mata lagi dengan atuk nenek. Sekarang ni kes pun makin meningkat. Covid semakin mengganas dan tak kenal muda atau tua. Kalau PKP 1.0 dulu kita sedia maklum, yang tua dan ada penyakit memang chances nak hidup tu rendah jika kena Covid ni tapi sekarang ni muda yang tak de penyakit pun kalau kena, boleh meninggal. Semoga Allah melindungi kita semua. Kita ni dah jaga SOP sebaik mungkin dah tapi ada manusia yang tak bertanggungjawab dan pentingkan diri ni yang menyusahkan kita. 

 

P/S: Slowly aku berkungjung blog korang nanti ye. 

2 Comment for "Selamat Hari Raya Semua "

selamat hari raya naniey...maaf zahir batin

Selamat hari raya! Bertabah lah kita pkp ni..Doa-doa tahun depan dapatlah beraya dengan family :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top