You don’t have to be big. You have to be remarkable

Senarai Lokasi Dan Premis Berisiko Tinggi Penularan COVID19

 Assalamualaikum... 

Senarai Lokasi Dan Premis Berisiko Tinggi Penularan COVID19 | Semakin hari semakin seram tengok angka yang makin meningkat. Semalam dah keluar senarai lokasi dan premis yang berisiko tinggi berlakunya penularan Covid19 yang dikenal pasti menerusi Hotspot Identification For Dynamic Engagement System (HIDE) 

Sebelum nak keluar membeli belah boleh tengok dulu lokasi yang nak dituju tu ada dalam senarai HIDE ke tidak. Then fikir fikirkan sebelum pergi ke tempat tersebut. Takut weh.. Dalam keadaan angka yang semakin meningkat ni pun ada manusia yang tak percaya pasal Covid19 ni. Tak faham betul aku.




 



Semoga sistem ni boleh kita jadikan panduan dan rujukan sebelum ke sesuatu tempat untuk mengelakkan penularan Covid19. Bila akan berakhir pun tak tahu. Kesian tengok frontliner kepenatan tapi masih ada manusia yang ambil sambil lewa. Setiap hari ada je yang kena kompaun sebab langgar SOP. Pemakaian face mask dah berulang kali diingatkan tapi masih ada yang tak nak pakai. Keras hati sangat ke sampai tak boleh dengar dan ikut nasihat. Susah kan? Peraturan senang seperti peraturan di jalan raya pun susah nak ikut, inikan pula SOP ! #kitajagakita

6 Comment for "Senarai Lokasi Dan Premis Berisiko Tinggi Penularan COVID19"

Banyak jugak shopping Mall tu . Semoga kita semua dijauhi dari penyakit ini ya Allah

Betul tu kak naniey, dah setahun lebih dahh covid ni tapi masih ada yang jenis tak faham bahasa dan tak nak pakai mask. Tak faham betul :')

Kan.... ramai btul komen2 negatif pasal PKP la ...
Macam mana covid nak hapus klu rakyat snediri pun x nak bantu diri sendiri untuk sama2 'berkorban' sikit...

Bila gov asyik PKP on off on off, tau plak marah...
hahha k ret bukan la anti netizen or gomen tapi sendiri mau ingat la kan...

sampai bila nak tuding menuding...
takkan nk tunggu smp jadi cam india?

C-19 sdh ada di mana2...moga selamat semuanya...aameen

mana mana skrng ni rasa dah jadi tempat berisiko tinggi..
stay safe.. salam kenal sis.. sy dah follow sni =)

jemput join GA di blog :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

semoga Allah melindungi kita semua dari virus bahaya ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top