You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pemberian Jenis Vaksin Covid 19 Mengikut Lokasi

 Assalamualaikum.. 

Pemberian Jenis Vaksin Covid 19 Mengikut Lokasi | Betul ke melalui lokasi PPV kita boleh tahu kat situ diberikan jenis vaksin apa? Aku ada ternampak orang post lokasi dan jenis vaksin yang diberikan. Bagi aku itu TIDAK PENTING ! Kenapa masih ramai yang mahu memilih jenis vaksin. Aku tak faham kenapa? 

Vaksin apa pun fungsinya adalah untuk melindungi diri sendiri dan juga orang lain dalam komuniti. Kerajaan dah bagi free of charge tu pun masih mau berlagak DIVA nak memilih vaksin. Janganlah cancel last minutes sebab rugi slot dan rugi masa frontliner dan orang lain. Ramai lagi orang tengah tunggu turn nak dapatkan tarikh dan ramai lagi yang struggle nak update My Sejahtera. Semua vaksin yang diberikan adalah baik

Alhamdulillah mama aku dah dapat vaksin semalam (15/7/2021) . Mama dapat vaksin Sinovac. Sebelum ni mama memang dapat panggilan, tak silap aku rasa sebulan yang lepas kot tapi mama cakap tak dapat pergi sebab tak de orang nak jaga papa yang terlantar. Papa memang tak boleh tinggal sebab nanti dahaga air tak de orang nak bagi. Nak minta tolong jiran memang susah sikit sebab keadaan pandemik sekarang dan juga papa minum ikut tiub kat perut. Adik beradik aku semua duk luar Kelantan. Last week adik aku dapat balik kampung sebab ada follow up dengan HUSM jadi lepas la nak rentas negeri sebab ada appointment dengan pakar. Mama terus update My Sejahtera dan Alhamdulillah 2-3 hari kemudian dapat tarikh untuk vaksin. Mama boleh pergi vaksin dan adik aku boleh jaga papa. Mama pergi vaksin semalam, jiran aku yang tolong hantarkan. Syukur Alhamdulillah dapat jiran yang baik baik tolong mama saat aku dan adik beradik semua tak de kat rumah. 

Petang semalam aku call mama tanya ok ke tak lepas vaksin. Mama cakap pening sedikit selepas vaksin. Then petang dah ok dah. Mama aku jenis aktif dan tak reti duk diam. Ada je kerja nak dibuatnya. Lepas tu aku tanya mama ada tak gambar kat booth saya sudah divaksin. Mama cakap tak de sebab tak de orang nak ambilkan gambar. Tak pe lah. Syukur juga tak de orang ambilkan sebab pagi ni aku baca kat group whatsapp ada yang terkena covid disebabkan bergambar kat booth dan akhirnya satu family kena covid.

Kesimpulannya tak kira la vaksin apa pun yang diberikan itulah yang terbaik untuk korang. Syukur Alhamdulillah. Jangan menipu dan perlu telus dengan pihak perubatan agar tak mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Vaksin untuk melindungi diri dan tak bermakna dah vaksin korang dah kebal ye. Perlu amalkan SOP yang telah ditetapkan. 

 

 

P/S: Sedap je bercakap pasal vaksin ye. Macam aku dah terima vaksin. Hehe.. Aku masih belum dapat tarikh vaksin lagi..

7 Comment for "Pemberian Jenis Vaksin Covid 19 Mengikut Lokasi "

Saya pun masih menunggu panggilan untuk divaksin 😊

Saya dah hari ketiga untuk vaksin pertama saya masih lenguh tangan , agak spoil moodnak buat kerja lama di depan laptop

Rasanya betul lah tu kalau tahu PPV tu kat mana tahu dapat vaksin apa. Bergantung jugaklah tu. Tak kisah vaksin apa asalkan dapat. Alhamdulillah mama okay je.

lepas cucuk saya rasa kebas je. lain lain tak ada. Semoga cepat dapat temujanji vaksin juga. Aaminn...

Jangan dikisah vaksin apa kita dapat, janji divaksin kan kak naniey. Sama je fungsi semua vaksin tuu kannnn. Saya pun masih tunggu giliran, setiap hari check mysejahtera :')

Vaksin sebagai ikthiar sahaja.

selebihnya jaga diri dan hiasi peribadi

Akak amim yg AZ, masa KJ open for registration beberapa bulan lepas..May rasanya...so akak nyer turn 25 Julai nanti...kat UM....

Aduhai..jenis2 dah byk..tp kita xdapat lg nk cucuk..

betul kata mrhanafi..setuju!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top