You don’t have to be big. You have to be remarkable

Random From The Past #12

 Assalamualaikum... 

Random From The Past | Lama aku tak buat entri RFTP ni. Last tahun 2011. Hari ni disebabkan dari pagi aku bangun kononnya nak santai la sikit hari Ahad tapi sinki pula tersumbat. Lepas tu Lurviey keluar nak beli lauk dan beras kereta pula tak boleh start. 5 hari tak keluar memang bateri kereta kong la. Kena tunggu esok la jawabnya sebab lepas tukar bateri nak kena reset sistem pula di FR. 

Ok la RFTP kali ni tentang adik beradik aku. Ni la adik beradik aku. Ada 4 orang semuanya dan aku yang sulong. Gambar ni diambil tahun lepas sehari sebelum adik lelaki aku bertunang dan 3 hari sebelum PKP diumumkan buat pertama kalinya di negara kita dan menyebabkan aku stuck kat kampung selama 3 bulan. Adik lelaki (Aizuddin) aku yang paling last kahwin dan adik aku ketiga (Nana) yang kahwin dulu sebelum aku dan diikuti adik bongsu (Nadia) aku. Semua adik beradik aku berada di luar Kelantan. Aku di Selangor, adik lelaki aku di KL, yang ketiga di Penang dan yang bongsu di Perak. Aizuddin dan Nadia kahwin orang satu daerah dan memang dekat sangat untuk ulang alik jadi tak perlu risau setiap tahun nak balik kampung mana. Nana kahwin dengan orang Penang jadi ikut turn la sama macam aku. 

Bila dah kahwin ni, masing masing ada komitmen dan nak jumpa memang susah. Setakat ni kalau nak jumpa berkumpul kat kampung semasa cuti sekolah je la. Semua boleh balik walaupun sekejap. Semoga hubungan darah ni sentiasa berkekalan dan tidak putus. Teringat member aku bagitau yang dia dengan abang dia dah lost contact puncanya harta pusaka je. Banyak kes aku jumpa gaduh adik beradik di sebabkan harta benda. Tak faham betul.



6 Comment for "Random From The Past #12"

Betul kak naniey, bila dah kahwin ni, semua dah ada komitment masing masing dengan keluarga masing masing kannnn. Aaamiin, semoga hubungan adik beradik kak naniey kekal selamanya. Yang part gaduh sebab harta benda memang ada, sampai tak bertegur sapa antara satu sama lain.

memnag bahaya harta2 ni, boleh jadi gaduh adik badik...
ada je jadi kat pakcik makcik...
kadnag tu, nak tak nak kena la mengalah..

ishh jgn tak percaya naniey.. mende2 mmg wujud lebih2 lagi zaman muilenium ni pun masih wujud lagi sifat2 tamak tu

si bongsu diperak kat mana naniey? semua copypaste mukanyee hehee

Semoga ikatan adik beradik terus utuh walau apapun jadi. Rindu nak kumpul ramai ramai kan.

Insya-Allah, air dicincang tidak akan putus.

Tapi tulah, kita biasa dengar kalau bab harta pusaka, bab duit, keluarga pun boleg putus saudara. Moga kita semua dilindungi dari permasalahan sebegini.

muka lebih kurang sama acuannya ttu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top