You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum... 

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap | Dah buntu aku tak tahu nak masak apa dan aku decide nak cuba masak rendang ayam memandangkan aku teringin sangat nak makan rendang. Raya ni tak merasa rendang jadi kena la buat sendiri. Alhamdulillah menjadi rendang aku tapi tak cantik macam rendang orang lain masak. Rendang aku berkuah sikit sebab aku suka kuah banyak daripada rendang jenis kering. Lurviey menambah nambah dan memuji, maknanya rendang aku jadi la tu. Hehe. Seperti biasa aku simpan sini senang nak masak nanti aku refer sini. Rendang ni aku refer 2-3 resepi.


  Bahan bahannya

  • Ayam
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • Bawang Merah 3 biji yang besar
  • Bawang Putih 5 ulas
  • Halia 1inch
  • Lengkuas 1inch
  • Kunyit 1inch
  • Serai dititik 2batang
  • Cili boh/giling
  • Asam Keping 1 keping
  • Santan 1 kotak
  • Kerisik 2 sudu besar 
  • Gula nise sikit
  • Hirisan Daun kunyit, daun limau purut 
  • Kiub Ayam

 Cara caranya

  1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit. 
  2. Tumiskan bunga lawang, kayu manis dan bahan blend beserta serai dititik, dan cili boh sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak boleh masukkan ayam dan gaul sebati serta masukkan sedikit air dan tutup pan dan biarkan seketika.
  4. Bila dah nampak air ayam keluar dan ayam dah nak masak boleh masukkan santan dan asam keping. Perasakan dengan kiub ayam
  5. Kemudian boleh masukkan kerisik. Untuk warna lebih gelap boleh lebihkan kerisik. 
  6. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Siap ! 

Buat masa sekarang aku akan guna resepi ni untuk masak rendang. Aku tengok ada banyak cara masak rendang. Ada yang letak halba, ada yang tak letak lengkuas. Next time aku akan letak rempah 4 sekawan. Resepi ni aku guna bunga lawang dan kayu manis je. Dan rendang aku jenis tak berminyak sangat sebab minyak memang aku tak letak banyak. Lurviey jenis alergik minyak. Kalau nak masak macam rendang, ayam masak merah atau apa apa makanan yang berkait dengan minyak aku kena pastikan makanan tu tak de nampak minyak terapung atau bertakung gitu. Haishh.. 

 

P/S: Hari ni aku rasa macam malas nak masak. Teringin nak makan Nasi Beriani Kambing Kak Jah ! 


Tag : resepi
7 Comment for "Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap "

Boleh cicah ketupat dah tu... Sedapnya...

Makan panas- panas dengan nasi panas..memang sedap kan

Samalah kak naniey, saya pun suka yang berkuah sikit, kering macam tak syok nak makannn hehehe

Bila teringin auto rajin terus nak masaknya kan. Sedapnya rendang. Saya pun jenis suka berkuah sikit. Baru sedap makan dengan nasi, lemang, ketupat dan sewaktu dengannya.

ni rendang basah2 kan...
k ret suka both, basah dan kering hehehe.

sedapnya . CCL suka taburkan sikit hirisan daun kunyit , naik aroma

Cik TK pun suka rendang berkuah!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top